-->

Produk Baru: Vakum robot

Posted by Admin Tuesday, March 27, 2012 1 comments
SAMSUNG mengeluarkan vakum robot NaviBot S baru yang berupaya membersihkan habuk di mana saja ruang sempit termasuk di bawah sofa yang sering mendatangkan masalah.
Anda tidak lagi perlu mengeluarkan semua barangan dari bilik tidur termasuk alas lantai dan permaidani kerana Samsung NaviBot berupaya membersihkan setiap sudut dengan bebas selain beberapa mod automatik pada antaramuka peranti terbabit yang berfungsi penuh membersihkan ruang dikehendaki.


Spesifikasi


PRODUK: Samsung NaviBot

HARGA: anggaran RM2,400
KATEGORI: pembersih vakum robotik
TENAGA: 40W
OPERASI: automatik, manual, spot, turbo, intensif
TAHAP KEBISINGAN: 48dB
JENIS TAPISAN: HEPA (H11)
KAPASITI: 0.3 liter
BATERI: Li-Ion (14.4V)
DIMENSI: 13.8 x 3.1 inci
BERAT: 3.2kg

- Dipetik dari myMetro

Girls’ Generation di KLCC

Posted by Admin Friday, March 23, 2012 0 comments

KUMPULAN terkenal Korea Selatan, Girls’ Generation bakal membuat kemunculan sulung mereka di Malaysia untuk konsert Twin Towers@Live 2012 di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur pada malam ini. Kumpulan yang dianggotai sembilan gadis jelita itu mula popular menerusi single berjudul Gee pada tahun 2009 dan dikenali juga dengan Soshi atau SNSD dalam kalangan peminat setia.

Mereka kini popular dengan single berjudul The Boys. Menariknya, Girls’ Generation juga bakal berkongsi pentas dengan penyanyi popular, Nicole Scherzinger yang juga bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls.

Konsert tersebut diadakan sempena dengan perlumbaan Formula Satu (F1) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad ini. Kemunculan Girls’ Generation dan Scherzinger menggantikan penyanyi Kylie Minogue yang sepatutnya membuat persembahan pada konsert yang dinamakan sebagai Konsert F1 Rock, tetapi ia terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sebelum ini, Nicole Scherzinger pernah membuat persembahan sebanyak dua kali di Malaysia ketika masih menganggotai kumpulan Pussycat Dolls. Setelah Pussycat Dolls berpecah pada tahun 2010, Scherzinger masih meneruskan kariernya dan ini kali pertama dia muncul membuat persembahan secara solo di Malaysia,” ujar Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, pengerusi Jojo Events Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan kemunculan artis untuk persembahan pada konsert tersebut.

Artis-artis lain yang turut terbabit dalam konsert selama dua hari itu termasuklah Orianthi, Kelis, Rehsmonu, James Baum dan Faizal Tahir.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Rumah sewa Michael Jackson dijual

Posted by Admin 0 comments

LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.

Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.

Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.

"Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman," kata laman web tersebut.

Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.

Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Wanita menangis kerana rumah dirobohkan

Posted by Admin 0 comments
HUANG SUFANG menangis ketika dia terbaring selepas melihat sebahagian 
rumahnya runtuh di Kampung Yangji kelmarin.

KAMPUNG YANGJI - Seorang wanita, Huang Sufang menangis sekuat-kuatnya sehingga dia terbaring di atas tanah kerana sebahagian rumahnya silap dirobohkan oleh pekerja-pekerja pembinaan kelmarin.

Menurut laporan media, para pekerja itu tersilap merobohkan sebahagian rumahnya itu. Mereka menganggap rumah Sufang termasuk dalam projek meruntuhkan bangunan.

Seorang saudaranya terpaksa menenangkan Sufang selepas dia menangis sekuat-kuatnya. - Reuters

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Saintis cipta robot ubur-ubur

Posted by Admin 0 comments
 
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan robot ubur-ubur.

BLACKSBURG, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS mencipta robot ubur-ubur, Robojelly yang bergerak dengan menggunakan kuasa air laut.

Badan Robojelly boleh mengembang dan menguncup untuk memancut keluar air laut yang akan menghasilkan momentum untuk ia bergerak.

Robot berkenaan dibina oleh penyelidik Universiti Virgina Tech di sini. Penyelidikan itu disokong Tentera Laut AS.

Badan robot itu perbuat daripada logam aloi yang dapat kembali kepada bentuk asal selepas ia direnyuk.

"Sepanjang pengetahuan kami, ia merupakan robot dalam laut yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar," kata seorang jurutera mekanikal di universiti tersebut, Yonas Tadesse. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Vettel tidak sabar

Posted by Admin 0 comments
VETTEL mahu pastikan aksi di Sepang penghujung minggu ini dikuasai pasukan Red Bull

JUARA dunia dua kali, Sebastian Vettel sudah tidak sabar untuk menebus kekalahannya dalam Grand Prix (GP) Australia minggu lalu apabila turun beraksi pada pusingan kedua perlumbaan kereta Formula Satu (F1) GP Malaysia di Litar Sepang, Ahad ini.

Vettel, juara dunia 2010 dan 2011, terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas ketinggalan di belakang pemandu McLaren, Jenson Button di Albert Park minggu lepas.

Pemandu Red Bull dari Britain itu kini bersedia untuk menghalang kemaraan McLaren yang menunjukkan prestasi yang baik pada awal saingan musim ini dan Litar Sepang akan menjadi gelanggang terbaik buatnya untuk merealisasikan misi tersebut.

“Sebenarnya, kedudukan di tempat kedua di Melbourne minggu lepas saya kira sudah cukup memuaskan. Memang tiada siapa yang mahu menduduki tempat kedua tetapi berdasarkan situasi kami pada awal musim ini, saya rasa ia sudah cukup bagus,” kata Vettel.

“Saya gembira kerana dapat kembali beraksi di Malaysia. Saya sudah biasa dengan keadaan litarnya (Litar Sepang), seronok dengan cuaca yang mencabar di sini dan sudah tentu saya tidak sabar lagi untuk menguji kemampuan saya di sini.

“Selepas perlumbaan di GP Australia, kami seperti mendapat suntikan semangat dan motivasi baharu pada saingan kedua kali ini. Kami akan melakukan apa sahaja untuk menghalang McLaren daripada mencatat kejayaan kedua di Sepang," jelasnya lagi.

Pemandu berusia 25 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, misi di Sepang kali ini mungkin agak sukar kerana tiada perubahan dilakukan terhadap jentera yang digunakan ketika perlumbaan di GP Australia minggu lepas.

“GP Australia adalah langkah yang bagus untuk melihat sejauh mana tahap kompetitif yang ada pada jentera masing-masing tetapi di Litar Sepang, ia satu perlumbaan yang berbeza di atas gelanggang yang berbeza.

“Suhu di permukaan litar ini adalah yang tertinggi sekali dalam F1 dan saya ingin melihat bagaimana jentera kami memberi respons di atas litar yang mencabar ini.

“Namun, tugas saya di sini mungkin agak sukar kerana menggunakan jentera yang sama ketika di Melbourne. Tiada perubahan dan peningkatan dibuat terhadap jentera kerana amat mustahil untuk meningkatkan tahap prestasi jentera dalam masa sehari semalam.

“Apa yang saya boleh buat ialah menaruh keyakinan terhadap potensi jentera saya dan cuba memandu sebaik mungkin untuk menyaingi kepantasan McLaren dan pasukan lain seperti Ferrari,” tambahnya.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Chong Wei rehat lima minggu

Posted by Admin 0 comments
CHONG WEI sedang diperiksa oleh dua pegawai perubatan ISN di Bukit Jalil semalam 
sambil diperhatikan oleh jurulatihnya, Seu Bock.

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memerlukan tempoh tiga hingga lima minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan bahu yang dialaminya ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, dalam tempoh tersebut, Chong Wei hanya akan menjalani latihan ringan bagi mengekalkan tahap kecergasannya.

“Proses pemulihan Chong Wei kini telah memasuki minggu kedua sejak dia mengalami kecederaan ketika beraksi pada kejohanan badminton Seluruh England (minggu lalu).

“Kami (ISN) perlu melaku- kan rawatan secara terperinci dan membuat keputusan tentang penglibatan dan aktiviti Chong Wei supaya dia dapat meneruskan latihan bagi mengekalkan tahap kecergasannya,” kata Dr. Ramlan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung kecederaan bahu kanan yang dialami Chong Wei di pejabat ISN di Bukit Jalil semalam.

Turut hadir ialah jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Terdahulu, Dr. Ramlan yang mengulas mengenai laporan ujian Magnetik Reso- nance Imaging (MRI) yang dijalani Chong Wei di Hospi- tal Pakar Damansara kelma- rin menjelaskan bahawa kecederaan yang dialami pemain No. 1 dunia itu tidak melibatkan kecederaan struktur.

Sebaliknya, ia hanya kecederaan melibatkan sekumpulan otot di bahagian bahunya.

“Ini adalah satu petanda yang baik dan ia bukanlah kecederaan yang boleh memudaratkan.

“Rawatan yang kami mulakan sebelum ini sebaik Chong Wei mengalami kece- deraan tersebut adalah rawatan yang betul. Jadi, Chong Wei tidak memerlu- kan rawatan khas atau pembedahan,” jelasnya.

Sementara itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei, 30, terpaksa diketepikan daripada membarisi skuad negara menjelang aksi peringkat kumpulan Piala Axiata 2012 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur yang akan bermula hari ini.

Katanya, ia bagi memberi ruang kepada pemain itu menjalani proses pemulihan.

“Dengan keadaannya ketika ini, Chong Wei memang tidak dapat beraksi.

“Begitupun, sekiranya skuad negara layak ke peringkat separuh akhir, kita akan lihat bagaimana dengan tahap kecederaannya ketika itu sama ada dia boleh beraksi atau tidak.

“Jika dia boleh beraksi mungkin dia akan beraksi tetapi ia bergantung kepada proses pemulihannya,” kata Seu Bock.

Tanpa kelibat Chong Wei, tempatnya selaku perseorangan pertama hampir pasti akan diambil alih oleh Muhammad Hafiz Hashim yang disenaraikan selaku perseorangan kedua pada Piala Axiata.

Selain Chong Wei dan Hafiz, skuad negara yang dikenali sebagai Malaysia Tiger turut dibarisi Liew Daren, Muhammad Arif Abdul Latif serta beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Kim Wah.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan K akan membuka tirai saingan menentang Filipina hari ini.

Dua lagi anggota kumpulan itu ialah Thailand dan Rajawali dari Indonesia.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Henrique dahagakan jaringan

Posted by Admin 0 comments
HENRIQUE (kiri) masih belum puas dengan jumlah gol yang dijaringkannya setakat ini.

TUJUH gol daripada lima perlawanan masih belum cukup buat bintang import Johor FC, Arthur Henrique.

Pemain kelahiran Brazil itu mengakui masih dahagakan lebih banyak jaringan bagi membantu skuad Lebah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Henrique, sasaran utamanya ketika ini adalah untuk membantu Johor FC menewaskan Sime Darby pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

"Kami semakin bersemangat apabila mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan dan Selangor.

"Saya harap, saya dapat terus menjaringkan gol buat Johor FC apabila bertemu Sime Darby kelak," katanya.

Henrique mula mencuri tumpuan sejak membuat penampilan pertama bersama Johor FC pada 14 Februari lalu ketika menentang Sarawak dalam aksi Liga Super.

Setiap kali beraksi, dia berjaya menghasilkan gol selain sering kali mencipta peluang buat rakan sepasukan yang lain.

Dia juga merupakan watak utama Johor FC dalam saingan Piala FA apabila menjaringkan satu gol sewaktu skuad Lebah menewaskan bekas juara, Negeri Sembilan 2-1 pada pusingan pertama.

Tidak cukup dengan itu, Hen- rique turut menjadi penyumbang utama ketika menewaskan juara lima kali, Selangor 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

"Bagaimanapun, saya sedikit bimbang mengenai tahap kecergasan saya memandangkan saya berehat panjang daripada bola sepak tahun lepas.

"Namun, saya berjanji akan melakukan yang terbaik."

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Bercakap dengan TV

Posted by Admin 0 comments
SMARTHUB...tampil 1,500 aplikasi TV.

TERDAPAT empat musim di Korea Selatan iaitu panas, luruh, bunga dan sejuk, tapi hakikatnya negara terbabit mempunyai satu lagi musim tambahan iaitu ‘Musim Samsung’.

Betul! Tahun 2012 menyaksikan syarikat terbabit mahu melebarkan pengaruhnya terutama bagi pasaran elektronik dengan memperkenalkan beberapa inovasi baru kepada pengguna yang secara tidak langsung memudahkan kehidupan mereka.


MODEL BARU...Siri ES7500 bersaiz 55 inci dengan fungsi 3D.



INOVASI...penyaman udara dikawal telefon pintar.



MAJU...ES8000 dilengkapi teknologi yang mengesan suara.



ST200F...kamera kompak dengan zum 10x lengkap WiFi.



DV300F...teknologi dwi skrin Samsung dengan resolusi 16.1 megapiksel.



WB850F...skrin AMOLED 3.0 inci VGA.



PINDAH DATA...salin foto dan pindah ke laptop dengan pantas.



LUAR BIASA...mesin basuh baru Samsung guna teknologi khas.



KAMERA DIGITAL...taruhan Samsung.



APLIKASI...Samsung mempunyai aplikasi yang bertindak sebagai alat kawalan jauh.


Bertempat Di Pusat Konvensyen Bangkok, Thailand, Samsung tekad melancarkan kempen ‘Push Boundaries’ yang menekankan aspek inovasi canggih dalam kehidupan pengguna ditonjolkan beberapa ciri bersepadu baru pada produk mereka.

Ia termasuk penggunaan rangkaian WiFi serta TV pintar yang mencuri tumpuan wartawan ketika mendedahkan produk baru mereka.

Bayangkan, anda mampu menggunakan telefon pintar jenama Samsung dengan hanya menempatkan aplikasi Samsung Future untuk dijadikan alat kawalan jauh bagi beberapa produk termasuk TV, penyaman udara dan mesin basuh.

Ia direalisasikan melalui inovasi WiFi (Wireless Fidelity) yang mula-mula diperkenalkan menerusi produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998.

Penggunaan WiFi merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan rangkaian, titik akses (access point) dan cip WiFi yang dimuatkan dalam perkakasan elektronik yang membolehkan ia berkomunikasi di antara satu sama lain, lalu membenarkan pengguna berkongsi fail atau melayari Internet sama seperti rangkaian setempat (LAN) biasa.

Titik akses merujuk kepada peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan cip WiFi yang dipindah turun membolehkan perpindahan data berlaku menerusi standard Persatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 802.xx antara sumber tertentu dengan mesin terbabit.

Konsep sama digunakan Samsung yang menempatkan cip WiFi dalam TV, penyaman udara dan mesin basuh membenarkan kawalan seperti buka/tutup, kelajuan, pilihan saluran dan sebagainya.

Contohnya, pengguna boleh menukar saluran TV dengan hanya mengaktifkan butang maya pada telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note atau S II yang memindah data secara WiFi kepada TV.

Kelancaran rangkaian lebih lancar menggunakan rangkaian WiFi dengan jarak lebih baik bagi memudahkan operasi ‘alat kawalan’ terbabit.

Teknologi sama turut ditempatkan pada perkakasan rumah seperti mesin basuh atau penyaman udara yang mana ia boleh dilakukan pada kawalan satu telefon pintar saja di mana-mana bahagian dalam rumah.

Ia meningkatkan tahap produktiviti pengguna apatah lagi beberapa kerja boleh dilakukan pada satu masa.

Selain penggunaan WiFi dalam perkakasan rumah, Samsung turut memanfaatkan teknologi terbabit ketika memperkenalkan tiga kamera baru model WB850F, ST200F dan DV300F.

Ketiga-tiga kamera terbabit dimampatkan dengan cip WiFi bagi membolehkan pengguna memindahkan foto tanpa menggunakan kabel atau mengeluarkan kad memori dari bahagian dalamnya sebelum menggunakan pembaca kad pula yang memproses foto keluar.

Pengguna hanya perlu klik pada fungsi WiFi sebelum memilih peranti yang mahu dihubungkan seperti tablet atau telefon malah terus dimasukkan ke laman sosial seperti Facebook, YouTube dan Picasa.

WiFi sama juga memungkinkan pengguna terus menyalin foto ke komputer peribadi (PC) dengan tempoh masa yang pantas.

Pada masa sama, Samsung sekali lagi mempamerkan keunggulannya dalam industri apabila memperkenalkan TV Pintar LED dengan dua model iaitu ES8000 serta ES7500 dalam usahanya memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih pilihan dan kawalan ke atas capaian serta paparan kandungan.

Ketika kita memasuki era baru dengan pengalaman tontonan yang lebih mendalam, Samsung menilai semula elemen visual yang menjadikan TV sebagai pemusat bagi setiap ruang isi rumah.

Kini TV bukan sekadar peranti untuk menonton siaran TV berbayar atau sebaliknya, malah untuk mencapai Internet dengan sebahagian besar fungsi komputer dimasukkan ke dalamnya.

Ramai orang kini mahu kekal terhubung dengan kenalan mahupun keluarga, selain maklumat yang kian menjadi kepentingan utama kepada mereka.

Maka dengan itulah, Samsung tampil dengan teknologi pintar untuk membolehkan TV mereka sebagai pemboleh dalam suasana selesa di rumah.

Samsung berjaya mengubah cara pengguna berinteraksi dengan TV dan bagaimana ia berinteraksi, begitu juga cara kita menggunakan kandungan online yang kini boleh disalurkan terus ke dalam satu peranti iaitu TV.

Syarikat terbabit mencipta inovasi Smart Hub khusus untuk meningkatkan ciri TV pintar Samsung.

Ia menjadi laluan utama ke dunia berciri maju, yang mana merangkumkan kandungan
dan pelbagai fungsi lain termasuk enjin pencari, perisian peluncur web, laman web rangkaian sosial dan pelbagai aplikasi.

Terdapat lebih 1,500 aplikasi tersedia di dalam Smart Hub yang dibangunkan di peringkat dalaman ataupun pembangun pihak ketiga serasi untuk dipindah turun dan digunakan di dalam TV pintar itu.

TV pintar Samsung serasi dengan semua jenis kaedah penyambungan termasuk talian berasaskan optik gentian dan jalur lebar tanpa wayar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.

Sesuatu yang unik membezakan Samsung dengan jenama lain antaranya termasuk kandungan yang boleh dirakam serta sejarah lawatan.

Misalnya laman YouTube yang sering dilawati oleh pengguna, maka pada sesi seterusnya TV pintar ini akan mengesyorkan atau memberi cadangan laman YouTube.

Malah, buat pertama kali, Samsung memperkenalkan Smart Interaction yang mana fungsi mengesan suara dan pergerakan dilakukan selepas menanam cip dan kamera dalam peranti baru.

Menerusi fungsi suara, TV terbabit mampu beroperasi secara automatik apabila pengguna ‘membuka mulut’.

Contohnya, kalau pengguna mahu membuka TV, hanya perlu menyebut ‘TV ON’ sebelum mesin terbabit pantas mengaktifkan TV.

Selain menyebut ‘TV ON’, terdapat ciri lain lain seperti ‘CHANNEL CHANGE TO’ (tukar saluran) ‘VOLUME UP/DOWN’ (tetapan suara) dan sebagainya.

- Dipetik dari myMetro

McLaren tumpu GP Malaysia

Posted by Admin 0 comments
BUTTON (kanan) bakal menjadi tumpuan pada GP Malaysia, Ahad ini selepas 
kejayaannya menjuarai GP Australia minggu lalu.

MCLAREN kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pusingan kedua perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang penghujung minggu ini dalam misi mencatat kejayaan kedua selepas GP Australia.

Pemandu Britain, Jenson Button muncul juara di Litar Albert Park minggu lepas dengan meninggalkan pencabar terdekatnya dari Red Bull, Sebastien Vettel di tempat kedua, manakala rakan sepa- sukannya, Lewis Hamilton ketiga.

Situasi itu menyaksikan Button mengumpul 25 mata mengatasi Vettel (18) dan dengan Ha- milton meraih 15 mata di tempat ketiga, McLaren kini mendahului kategori pengeluar (30 mata), mengatasi Red Bull yang mengutip 20 mata.

“Saya rasa kami kini hanya memberi fokus terhadap saingan penghujung minggu ini,” jelas Button pada sidang media di Litar Sepang semalam.

“Kemenangan di GP Austra- lia minggu lepas adalah satu permulaan yang hebat tetapi kami masih perlu bekerja kuat kerana keadaan di Litar Sepang agak berbeza dengan suasana di Melbourne.

“Namun, saya tetap berasa teruja untuk turun beraksi di Sepang dan misi kami ketika ini ialah mengekalkan konsis- tensi jentera sambil berharap untuk mencatat kemenangan kedua di Sepang, Ahad nanti,” ujarnya yang muncul juara di Sepang pada edisi tahun lepas.

Button, 32, juga yakin McLaren mampu mencatat keja- yaan kedua di GP Malaysia selepas menyaksikan prestasi jenteranya di Melbourne, namun dia masih meramalkan satu persaingan sengit daripada Red Bull dan Ferrari di Sepang.

“Semuanya berjalan dengan baik di GP Australia, jentera kami tiada masalah dan kami juga tidak berdepan isu ketahanan tayar,” kata juara dunia edisi 2009 itu.

“Kami juga kena yakin dengan jentera kami. Jelas sekali jentera kami menunjukkan kesimbangan yang baik di Melbourne tetapi di Sepang, ia adalah satu perlumbaan yang berbeza dari segi litar dan juga suasana.

“Saya yakin seandainya kami mampu mengekalkan konsistensi seperti di GP Australia, tidak mustahil kami mampu memenanginya sekali lagi di sini. Kita tunggu dan lihat saja bagaimana keadaan- nya penghujung minggu nanti,” ujarnya lagi.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Hamilton tekad tawan Sepang

Posted by Admin 0 comments
SEPANG - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton bertekad untuk mencatat rekod kemenangan kedua di Malaysia minggu ini selepas diberi kata perangsang oleh jurutera pasukan semalam.

Juara dunia 2008 itu merampas petak hadapan pada perlumbaan pembukaan di Australia, Ahad lalu, namun dia dipintas oleh rakan sepasukannya, Jenson Button yang menjuarai aksi pertama musim ini.

Hamilton yang menamatkan perlumbaan di tangga ketiga amat kecewa dengan pencapaian mengejutkan itu, malah dia juga tidak berpuas hati dengan kedudukan yang diperolehnya.

Hamilton berkata, sukar baginya untuk memahami perkara yang telah terjadi ketika perlumbaan itu berlangsung.

"Saya telah berjumpa dengan jurutera dan kami menilai kembali data yang di- peroleh minggu lalu.

"Hanya ada masalah kecil pada klac jentera pada awal perlumbaan. Ia bukan kesilapan saya. Kini kami sudah memaha- minya dan tahu cara untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

"Kata-kata yang diberikan oleh juru- tera ketika itu juga agak menggalakkan dan saya juga sudah mengetahui punca kami ketinggalan ketika saingan di Australia," kata Hamil- ton semalam.

McLaren melakar kejayaan apabila merampas kedudukan hadapan di Melbourne bersama juara dunia 2009, Button yang juga berjaya mencatat pusingan terpantas.

Button turut bersemangat untuk menyekat juara berganda dari Red Bull, Sebastian Vettel untuk menjuarai saingan di Sepang buat kali ketiga.

Red Bull kembali sebagai pasukan yang paling kompetitif selepas terpaksa bekerja keras ketika sesi kelaya- kan di Litar Albert Park.

Dari petak keenam, Vettel tampil de- ngan lebih agresif untuk merebut kedudukan kedua perlumbaan selepas memintas Hamilton.

Dia dan rakan sepasukannya, Mark Webber membuktikan bahawa mereka pasukan yang kompetitif tetapi pada masa yang sama, McLaren bertekad untuk memastikan kejayaan kedua berjaya dicatat di Malaysia.

"Ia (Sepang) merupakan litar berke- lajuan tinggi dan berdasarkan kepada prestasi kami, saya yakin pasukan akan mencatat kelajuan terpantas di sana," kata ketua pasukan McLaren, Martin Whitmarsh. - Reuters

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Tevez inspirasi City

Posted by Admin 0 comments
 

MANCHESTER - Roberto Mancini yakin Carlos Tevez akan memberikan kekuatan tambahan kepada Manchester City dalam misi memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

Penyerang kontroversi Argentina itu menjadi inspirasi kemenangan 2-1 City ke atas Chelsea selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua di Eastlands awal pagi semalam.

Tevez yang masuk menggantikan pemain tengah, Nigel De Jong pada minit ke-66 memainkan peranan penting untuk membantu Samir Nasri meledakkan gol kemenangan City pada minit ke-84.

Kemenangan itu telah mencerahkan semula peluang City untuk memenangi gelaran liga selepas hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Meskipun Chelsea memperoleh jaringan awal menerusi pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill (59), City berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Sergio Aguero pada minit ke-78.

"Pada saya, apa yang paling penting, Tevez berjaya memberikan hantaran kepada Nasri dalam mencipta gol kemena- ngan dan semua penyokong sangat gembira dengan persembahan penyerang itu malam ini (semalam)," kata Mancini.

"Tevez masih memerlukan masa. Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi kehadiran Tevez pada perlawanan menentang Chelsea cukup penting buat kami.

"Mungkin Tevez perlu mengambil masa selama 10 hari atau dua minggu untuk mengembalikan prestasi cemerlangnya. Dia akan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan kami.

"Setiap hari saya bercakap dengan Tevez pada bulan ini dan saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik sepanjang 20 minit bermain (selepas menggantikan De Jong) untuk membantu pasukan mencipta kemenangan ini."

Kemenangan ke-20 berturut-turut City di gelanggang sendiri itu turut mencatat rekod baharu dalam era Liga Perdana England.

Setakat kini dalam sejarah, hanya empat kali kelab Liga Perdana England berjaya mencapai rekod itu.

Pada perlawanan tersebut, penampilan semula Tevez mendapat sambutan hangat para penyokong City selepas enam bulan dia tidak beraksi bersama skuad The Citizen. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

M. Nasir cipta kejutan

Posted by Admin 0 comments

SABTU lalu, berlangsung sudah konsert minggu pertama program realiti hiburan Mania.

Empat penyanyi yang bertanding pada malam itu iaitu Stacy, kumpulan Estranged, Atilia dan Akim AF7 sudah mengetahui di bawah empayar komposer manakah mereka masing-masing akan bernaung.

Kini, cuma tinggal lapan penyanyi iaitu Adira, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hafiz AF7, Alyah, kumpulan Kristal dan Hazama AF9 yang belum mengetahui mereka di bawah bimbingan komposer yang mana satu.

Ternyata pelbagai kejutan yang dibuat oleh ketiga-tiga pemilik empayar Mania iaitu Datuk M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani dalam membuat pemilihan penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing oleh mereka.

Sangat bertentangan dengan genre muzik lazim M. Nasir, 54, ternyata pemilihan Stacy AF6 sebagai salah seorang daripada lima penyanyi di bawah empayarnya mencipta kejutan buat peminat.

Penyanyi dan komposer hebat itu turut mencipta kejutan apabila dilihat memberi reaksi terkejut menerima bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Ebi Kornelis yang terpilih daripada tiga senarai Hot Seat program Mania.

Ternyata, penerimaan komposer hebat itu untuk berusaha membentuk Ebi untuk turut merebut peluang menjadi juara Mania dengan gelaran Super Star Malaysia membuatkan penyanyi kelahiran Sabah itu melutut kegembiraan di atas pentas Mania.

Ditemui usai konsert minggu pertama di Studio 1, Astro, Kuala Lumpur baru-baru ini, M. Nasir memberitahu dia memilih Stacy kerana potensi luar biasa yang dimiliki penyanyi itu.


TIGA komposer unggulan (dari kiri) Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito menggalas 
tanggungjawab berat menentukan empayar siapa yang paling hebat antara ketiga-tiga mereka.


Yakin potensi juara AF6 itu boleh diperhebatkan lagi, M. Nasir turut memuji Stacy memiliki kesungguhan dan komitmen ketika mengadakan persembahan.

“Saya tertarik dengan kegigihan, disiplin dan komitmennya ketika mengadakan sesebuah persembahan. Dia sentiasa bersedia dalam setiap persembahannya,” ujarnya.

Ditanya mengenai genre pop dance yang dibawa Stacy bertentangan dengan genre lazim yang sering dihasilkannya, ungkap M. Nasir, Stacy tidak akan selama-lamanya membawakan muzik genre pop dance.

Sebaliknya, kata M. Nasir, dia akan memberikan lagu-lagu genre lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokal hebat Stacy untuk dipersembahkan sepanjang Mania berlangsung.

Mengulas mengenai format Hot Seat, ujar M. Nasir, ia merupakan satu cabaran yang harus diterimanya.

Format Hot Seat telah menetapkan bahawa ketiga-tiga M. Nasir, Dhani dan Aubrey tidak diberi hak untuk memilih, sebaliknya masing-masing perlu menerima penyanyi tertentu yang diberikan oleh penerbit untuk dibimbing bagi merebut gelaran Super Star Malaysia.

Tambahnya: “Ia merupakan format yang telah ditetapkan Astro selaku penerbit Mania. Saya sahut cabaran membimbing Ebi. Dari segi vokal, ia masih boleh diperbaiki. Sebaliknya, aspek persembahan dan persembahan Ebi di atas pentas masih banyak memerlukan bimbingan.”


Dhani dianggap tamak

Baru sahaja konsert pertama Mania berlangsung, komposer dan vokalis terkenal kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, 40, sudah mendahului M. Nasir dan Aubrey dari segi bilangan penyanyi yang bernaung di bawah empayar masing-masing.

Dhani sudah memilih tiga penyanyi berbanding M. Nasir hanya seorang (Stacy, Ebi pula terpilih menerusi Hot Seat), manakala Aubrey masih belum mempunyai sebarang penyanyi di bawah empayarnya.

Ahmad Dhani memilih penyanyi Atilia, Akim dan Estranged di bawah empayarnya atas faktor kepelbagaian genre yang dimiliki ketiga-tiga artis tersebut.

“Saya mencari elemen variasi untuk penyanyi yang akan dibimbing. Mereka telah mencukupi senarai penyanyi solo wanita, lelaki dan berkumpulan di bawah empayar saya,” ujarnya yang dianggap tamak oleh Aubrey secara bergurau kerana memilih tiga penyanyi sekali gus di bawah empayarnya.

Mengulas mengenai pemilihan Atilia yang dikenali sebagai penyanyi gemar membawakan lagu-lagu genre jazz, ujar Dhani yang masih mempunyai dua kekosongan penyanyi di bawah empayarnya, dia sudah lama tidak terlibat dalam pembikinan muzik jazz dan R&B.

“Inilah masa buat saya untuk berkecimpung semula dalam genre jazz dan R&B. “Saya dulu pernah hasilkan muzik jazz untuk penyanyi Reza pada tahun 1997.

“Malah, sehingga saat ini saya masih mempunyai banyak lagi lagu genre jazz dan R&B yang masih tersimpan. Disebabkan itu saya memilih Atilia,” tuturnya yang terpaksa berulang-alik dari Indonesia ke Malaysia setiap minggu untuk menjayakan Mania.

Berbeza dengan Ahmad Dhani dan M. Nasir yang sudah membuat keputusan memilih penyanyi di bawah empayar masing-masing, Aubrey pula dilihat lebih bersikap selektif dan masih tidak menentukan penyanyi mana yang akan dibimbingnya.

Menjawab mengenai perkara itu, komposer lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor itu memberitahu tidak bersikap selektif sebaliknya mengakui kurang pantas memilih berbanding Ahmad Dhani dan M. Nasir.

“Saya memang suka dengan semua persembahan pada malam ini. Semua penyanyi menunjukkan kesungguhan dan bakat masing-masing. Bukan saya tidak mahu buat pemilihan tetapi Ahmad Dhani dan M. Nasir memilih dengan lebih pantas.

“Pemilihan penyanyi juga bukan dibuat secara berebut sebaliknya berlangsung dalam satu perbincangan. Jadi, saya cuma bersikap tolak ansur,” ujarnya tersenyum.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Busana pengantin haluan Noreen

Posted by Admin 0 comments
 

LALUAN pendidikan Nurraini Abu Samah, 26, tidak mudah. Sebelum berjaya bergelar pelajar tahun akhir di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, beliau terlebih dahulu perlu menempuh dua peringkat pendidikan.

Jika kebanyakan pelajar terus menyambung program ijazah sarjana muda menerusi tiket Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma atau matrikulasi, Nurraini pula memilih mengambil kedua-dua kelayakan iaitu STPM dan diploma.

"Saya sangat suka bidang fesyen, jadi selepas tamat STPM, saya membuat keputusan mendalami bidang tersebut dengan mengambil diploma tekstil di Machang, Kelantan.

"Saya mahu belajar dari bawah dan Alhamdulillah, segala usaha selama ini terbayar apabila melihat hasil rekaan yang telah berjaya saya hasilkan," jelas Nurraini yang selesa disapa Noreen.

Mengambil masa selama setahun bagi memahirkan diri dalam asas jahitan, Noreen melihat dirinya akan berada dalam persada fesyen tempatan dalam tempoh dua tahun lagi.

Cukup mencintai rekaan busana pengantin, wanita yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu mengidamkan sebuah butik sendiri pada masa akan datang.

"Kelebihan saya terletak pada penggayaan (styling). Saya lebih cenderung kepada pakaian wanita dan sangat gemar menghasilkan rekaan feminin terutamanya dres labuh.

"Disebabkan itu, saya bercadang untuk mencuba nasib dalam lapangan pakaian pengantin tambahan pula permintaan terhadap pakaian itu tidak pernah putus," jelasnya yang jujur mengakui masih belum memiliki sebarang pengalaman menghasilkan pakaian pengantin.

Rekaan dres malam juga dilihat menjadi kekuatan Noreen. Buktinya, keempat-empat koleksi yang dihasilkan untuk penilaian akhirnya baru-baru ini tampak mewah dan cukup elegan. Ia sudah cukup memberitahu orang ramai bahawa Noreen sudah bersedia melangkahkan kaki ke dalam industri fesyen tempatan.


Cabang sukar

Bagi menghasilkan sesuatu rekaan, Noreen memberitahu bahawa bagi mendapatkan idea yang segar adalah sangat sukar kerana sesuatu idea itu perlu diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan dan seterusnya dicipta secara fizikal.

"Mereka pakaian tidak mudah. Seseorang pereka itu perlu tahu etika dan tahu apa yang ingin direka. Jika tidak, orang akan mempersoalkan hala tuju rekaan kita.

"Tetapi ia akan menjadi satu kepuasan apabila melihat idea yang sebelum ini hanya berlegar-legar dalam fikiran berjaya dihasilkan," ucapnya yang menjadikan Jovian Mandagie sebagai pereka fesyen tempatan kegemarannya. - ALIF ABU BAKAR

- Dipetik dari KOSMO! Online

Gabungan mewah dan sederhana

Posted by Admin 0 comments
BUTIK Caron yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur menampilkan seleksi gaun pendek dalam variasi warna, potongan dan material yang sesuai dipakai untuk pelbagai jenis acara.

BARISAN skirt, blaus, dres, kardigan, beg tangan dan aksesori berjenama pasti menggamit pandangan wanita yang berkunjung ke Butik Caron. Walaupun secara kasar ia kelihatan tidak jauh beza berbanding butik-butik lain, namun keistimewaan gedung pakaian itu terletak pada label jenama yang dijual.

Jenama dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah memonopoli deretan pakaian yang dijual di butik yang telah beroperasi selama dua tahun itu.

Dres les jenama Glassons dari Australia, dres XOXO dan Max Studio dari AS, dres jersi Fashion Elle dari Perancis dan dres pendek Lipsy dari United Kingdom (UK), semuanya memiliki rekaan unik yang tidak terdapat dalam pasaran tempatan.

Konsep suai padan (mix and match) menjadi kunci buat wanita yang bercadang membeli pakaian di butik ini. Usah risau dengan warna dan fabrik kerana ia ternyata menepati iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Bermula daripada RM60, pengunjung dapat memiliki sehelai blaus. Bergantung pada material dan potongan, ada juga blaus yang mencecah harga RM126. Skirt pula dijual dalam lingkungan harga RM100 manakala dres diletakkan pada kelompok harga RM89 ke atas.

Lebih mengujakan, pengunjung juga dapat memiliki koleksi beg tangan berjenama mewah seperti Michael Kors (MK), Prada, Coach dan Juicy Couture yang merupakan rekaan edisi terhad yang tidak berada di butik-butik jenama tersebut yang berada dalam negara ini.

Padanan jenama mewah (high end) dan sederhana (high street) membentuk gaya seorang wanita yang trendy dan mempunyai cita rasa tersendiri dalam berfesyen.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Wax Elite untuk lelaki elit

Posted by Admin 0 comments

Gaya Pejabat 

MENGGUNAKAN wax Elite Edgy EFX Shiny Wet, gaya ini memberikan impak sedikit basah dan sesuai untuk rambut tebal. Ia menimbulkan tekstur rambut agar kelihatan segar dan tidak keras.

- Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

- Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

- Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian depan diturunkan menyentuh dahi manakala bahagian atas dicondongkan mengikut arah rambut pada dahi (ikut belahan rambut anda).

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.


Gaya Kasual

MAHU kelihatan bergaya

tetapi tidak terlalu ekstrem? Oleskan wax Elite Edgy EFX Rugged Matte yang mampu melahirkan keyakinan sepanjang hari. Sesuai digayakan untuk ke acara kasual dan santai.

- Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

- Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

- Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian atas diturunkan menghala ke depan dan rambut bahagian depan dinaikkan ke atas (90 darjah) sementara bahagian sisi (sideburn) diturunkan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.


Gaya Nakal (Funky)

JIKA ingin keluar bersosial bersama rakan-rakan terutamanya pada waktu malam, pastikan anda membentuk rambut anda dengan gaya ini. Rapikan wax Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre pada rambut anda yang mampu mengekalkan bentuk rambut yang digayakan kekal sepanjang malam.

- Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku), tambah wax jika tidak cukup dan gosokkan pada tapak tangan.

- Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

- Langkah 3: Bagi mendapatkan rambut cacak (spiky), tarik semua bahagian rambut ke atas (90 darjah) termasuk rambut bahagian belakang.

- Langkah 4: Pintalkan (twist) hujung rambut agar tekstur rambut kelihatan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Tiga hingga empat minit.

- Produk: Elite Edgy EFX

- Jenis: Lima jenis wax iaitu Spiky Web Fibre, Wavy Loose Clay, Airy Wild Mud, Shiny Wet Wax dan Rugged Matte Wax.

- Harga: RM15.90.

- Lokasi: Farmasi kecantikan dan pasar raya seluruh Malaysia.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Berlian penyeri wajah

Posted by Admin 0 comments
PARTIKEL mikro mineral berlian yang ditapis mampu membekalkan tenaga kepada sel kulit.

SEBUT sahaja berlian, semua orang membayangkan kemewahan, kesucian dan kejernihan batu permata tersebut. Ia merupakan batu permata yang amat keras dan terdiri daripada karbon tulen.

Disebabkan fizikalnya yang berkilau, kebanyakan wanita memilihnya sebagai teman akrab untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi. Secara ringkasnya, berlian merupakan perhiasan diri paling elegan buat kaum Hawa.

Sebagai simbol keagungan, perkataan berlian pada asalnya ialah adamant, yang digunakan ketika tamadun Yunani. Ia bermaksud ‘tidak dapat ditakluki’.

Kandungan atom karbon dan ikatan molekul yang kuat menjadikannya batu permata yang banyak faedahnya. Berdasarkan faktor itu, berlian telah digunakan dalam bidang perubatan bagi membekalkan tenaga termasuklah hal-hal kecantikan.

Begitupun, ramai tidak mengetahui keunikan berlian dalam mencantikkan kulit. Partikel mikro mineral berlian yang ditapis sebenarnya mampu membekalkan tenaga kepada sel kulit dan meningkatkan peredaran cecair di bawah lapisan kulit.

Kulit kemudiannya akan menerima nutrien yang berguna dan menjadi kuat, bertambah halus dan mengembalikan keremajaan kulit.

Ekstrak mineral asli yang diperoleh daripada batu permata itu akan bertambah mujarab apabila digabungkan dengan bahan-bahan lain yang bersesuaian dalam merawat masalah penuaan.

Kombinasi mineral berlian dengan kalsium, asid amino, benih rai (bijirin yang bijinya dijadikan tepung), bunga pansy liar, alfalfa dan yis meningkatkan penghasilan sel baharu dan menyelesaikan masalah kulit lemah serta mengekang kedutan.

Seseorang wanita perlu mengenal pasti tiga tanda utama penuaan agar tidak terlewat merawat masalah tersebut. Tanda pertama adalah apabila kulit mula kendur, tidak bermaya dan tidak sekata. Ia terjadi akibat kekurangan bekalan nutrien kepada kulit.


KANDUNGAN atom karbon dan ikatan molekul yang kuat dalam 
berlian memberi faedah dalam bidang perubatan dan kecantikan.

Tanda kedua pula ialah kulit yang penuh kedutan disebabkan kehilangan lemak di bawah lapisan kulit dan otot yang menyokong ketegangan kulit.

Akhir sekali, kulit akan menjadi kering dan ternyah hidrat. Masalah ini berpunca daripada cara hidup yang sibuk dan waktu rehat yang tidak mencukupi.

Sekiranya anda memiliki ketiga-tiga tanda tersebut, cuba pulihkan masalah tersebut dengan produk kecantikan kulit yang mengandungi mineral berlian. Tidak dinafikan, ia efektif dalam menyelesaikan kerumitan yang anda hadapi.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Palet terang serlah imej lelaki

Posted by Admin 0 comments

MELIRIK pada koleksi sut kasual yang direka Fairuz Ramdan sesekali membuatkan pandangan mata sedikit terpana. Setiap pasang pakaian untuk ke acara tidak rasmi itu digabungkan dengan tiga warna terang yang sangat jarang dimainkan kebanyakan pereka tempatan.

Warna seperti merah jambu terang, hijau, kuning, merah dan jingga menjadi penata utama sut kasual yang mula dipentaskan Fairuz ketika Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) tahun lalu.

Yakin dengan penerimaan yang bakal diterima, pereka yang telah bertapak dalam industri fesyen tanah air sejak 2005 itu lantas tampil dengan koleksi baharu yang diubah suai dari segi corak dan gabungan warna.

“Penggunaan warna-warna terang dalam penciptaan pakaian lelaki di Malaysia amat terhad, malah boleh dikatakan tiada pereka yang berani mengambil risiko membentuk sut kasual lelaki seperti ini.

“Jika kita lihat di kebanyakan negara Barat, lelaki kini lebih gemar menyarungkan pakaian berwarna terang yang mencuri perhatian. Di negara kita pula, ia masih berada pada peringkat permulaan.

“Sebagai negara beriklim tropika, saya rasa masyarakat kita paling sesuai menggunakan warna-warna terang berbanding negara-negara Barat yang mengalami perubahan musim.

“Hari ini, terdapat segelintir lelaki Malaysia sudah berani mengenakan jaket berwarna terang. Sut kasual rona terang ini juga dirasakan bakal menawan hati lelaki tempatan menjelang 2013,” jelas Fairuz yang kini giat menaikkan mutu fesyen lelaki Malaysia bersama beberapa pereka lain di bawah kumpulan MDForce.

Dihasilkan mengikut potongan asas seperti sut formal, sut kasual tersebut ditujukan buat golongan lelaki bergelar eksekutif muda ataupun mereka yang mahukan gaya ranggi dan berbeza daripada orang lain.

Selain boleh digayakan ke majlis-majlis makan malam dan parti, sut kasual yang diperbuat menggunakan fabrik kapas dan linen itu juga boleh disesuaikan ke acara minum petang dan tidak terkecuali, ke acara sukan-sukan eksklusif seperti kriket dan ekuestrian.

ELEMEN klasik dihidupkan melalui pemakaian suspender dan topi. 

Tidak terhad kepada lelaki tertentu, busana yang dijual pada harga RM1,000 ke atas itu dicipta untuk semua kumpulan lelaki tanpa mengira peringkat umur.

“Kriteria penting yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang lelaki itu memilih untuk memakai sut kasual ini adalah cara hidup mereka. Letak persoalan pada diri, adakah gaya ini sesuai dengan kehidupan seharian termasuklah profesion dan kehidupan sosial anda?

“Jika ia tidak menepati kriteria itu, maka mereka boleh memilih alternatif lain dalam berpakaian. Tetapi, itu tidak bermakna mereka tidak boleh langsung memakai sut kasual.

“Mereka masih boleh memilih pakaian ini untuk ke acara yang tidak terlalu formal iaitu acara tanpa protokol dan bebas kod pakaian,” jelas Fairuz yang mendedahkan bahawa kebanyakan pencinta muzik dan fesyen merupakan kelompok paling kerap dilihat menyarungkan sut kasual warna terang.


Manual berpakaian

Item-item kekunci yang menjadi pelengkap sepasang sut kasual terdiri daripada kemeja, jaket, seluar panjang, tali leher kupu-kupu (bow tie) dan napkin.

Jika bosan dengan seluar panjang, usah gentar menggantikannya dengan seluar pendek, namun pastikan ia sesuai untuk majlis yang anda hadiri. Jangan pula berseluar pendek ke acara makan malam kerana ia akan nampak sangat tidak sesuai dan kurang sopan dalam konteks sosial tempatan.

Begitu juga dengan tali leher kupu-kupu, anda boleh tukar kepada tali leher bersaiz kecil (skinny tie) bagi menyuntik sedikit elemen perkasa. Percaya atau tidak, lelaki bertali leher akan kelihatan sangat seksi apabila digabungkan dengan sut kasual berona terang.

Walau apapun jua sut kasual yang anda pakai, jangan sesekali melupakan napkin yang diletakkan di dalam poket atas jaket. Napkin merupakan aksesori wajib dalam pemakaian sut kasual kerana tanpanya, penampilan bakal kelihatan kekok, kosong tanpa seri.

KATA orang, hanya lelaki sejati yang berani memakai warna biru muda dan merah jambu. 

Selain daripada item-item yang disebutkan, anda juga harus kreatif menyuai padan sut kasual dengan aksesori-aksesori lain. Misalnya, ganti jaket dengan vest bagi mendapatkan nilai sentimental dan klasik. Pita hiasan boleh laras (suspender) dan topi fedora juga akan menciptakan karakter lelaki Inggeris tanpa perlu dipaksa.

“Memandangkan ia pakaian kasual, tidak ada sekatan dalam pemilihan kasut. Pilih apa sahaja kasut yang digemari seperti sneaker, kasut kulit atau pun sandal bertutup, ia tidak akan kelihatan janggal selagi lelaki itu bijak bermain warna dan melihat kesesuaian gaya yang ingin dibawa.

“Tali pinggang juga bebas menjadi pilihan si pemakai. Seseorang lelaki itu perlu memastikan warna yang digunakan mempunyai kesinambungan. Seperti contoh, jika tali pinggang merah, pastikan ia padan dengan kasut, seluar atau jaket yang salah satu daripadanya juga berwarna merah,” ujarnya yang memberitahu, pemilihan kemeja berkotak untuk gaya sut kasual beliau diinspirasikan daripada skirt lelaki Scotland (kilt).


Mentaliti

Kelewatan lelaki Malaysia menerima idea pemakaian sut kasual rona terang didorong oleh beberapa faktor. Fairuz menyatakan bahawa mentaliti jejaka tempatan menyifatkan pakaian tersebut hanya sesuai dikenakan golongan artis.

Mungkin disebabkan aura glamor yang dibawa pakaian itu membuatkan orang kebanyakan sedikit takut memilikinya, bimbang kelihatan keterlaluan sebagai figura biasa.

“Lelaki dalam negara ini masih menyimpan stereotaip itu, tetapi saya percaya ia akan terpadam secara berperingkat. Saya berharap golongan artis dan pereka tempatan dapat memulakan gerakan mempromosikan sut kasual terang di Malaysia.

“Jika kita lihat dalam industri seni, tidak ramai artis lelaki yang menjadi ikon fesyen kepada orang ramai. Hal ini disebabkan artis itu sendiri tidak begitu menitikberatkan perkara berkaitan fesyen.

“Bayangkan sekiranya ramai artis lelaki kita mula memakai pakaian warna terang, sudah tentu ia akan mencetuskan fenomena kerana mereka mempunyai kelompok peminat masing-masing,” tambah Fairuz yang memetik nama Iqram Dinzly sebagai artis lelaki yang sinonim dengan sut kasual berwarna terang.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Inspirasi Gisele Bundchen

Posted by Admin 0 comments
 

BANGGA dengan nama Gisele Caroline Nonnenmacher Bundchen, supermodel kelahiran Rio Grande do Sul, Brazil itu cukup popular dan berpengaruh dalam persada fesyen antarabangsa.

Kemunculannya di atas pentas peragaan sentiasa didambakan memandangkan si empunya diri yang terkenal dengan nama Gisele Bundchen itu disifatkan bijak menyerlah dan 'menjual' pakaian yang membaluti tubuhnya.

Atas faktor kejelitaan, penampilan dan kecemerlangan, Gisele sentiasa menjadi sumber inspirasi wanita di seluruh dunia. Apa saja item fesyen yang menjadi pilihan model berambut perang itu akan mempengaruhi golongan pencinta fesyen.

Menurut Gisele, dia dan dunia fesyen bagai isi dan kuku. Setiap kali menyentuh perihal fesyen, gaya atau trend, dia akan mengalami satu perasaan teruja yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

Bicara Gisele selanjutnya, saban hari dia akan memastikan konsep pakaiannya menggabungkan tiga elemen utama iaitu warna, stail dan perincian.

Tutur Gisele, sekiranya kombinasi berkenaan tidak dititikberatkan maka sukar baginya mendapatkan penampilan yang sempurna.

Justeru, bagi wanita tempatan yang ingin tampil santai dan ranggi bak model setinggi 179 sentimeter itu, jenama Esprit memperkenalkan koleksi fesyen terbaharu sempena musim panas dan musim bunga 2012.

Lebih istimewa, koleksi fesyen Esprit yang sudah berada di pasaran itu diinspirasi daripada cita rasa dan personaliti Gisele. Ia tampil dengan rekaan dan potongan yang lebih santai, kasual dan ranggi. Setiap potongan blaus, baju-T ataupun jaket menggabungkan elemen moden dan terkini.


JAKET trenc ini amat bergaya dipadankan bersama seluar pendek merah dan blaus biru.

Paling utama, penampilan wanita tampak sederhana dan tidak sarat memandangkan himpunan blaus dan baju T nuansa merah jambu, biru putih dan kelabu yang ditawarkan hadir dalam cetakan corak minimum serta polos.

Ia ideal digayakan bersama seluar pendek atau panjang rona merah terang, seluar jean lusuh, khaki warna hitam atau seluar berjalur hitam dan putih.

Dalam pada itu, Esprit turut menampilkan jaket trenc warna coklat lembut dan jaket berjalur hitam dan putih yang mengikut potongan badan. Rekaan yang diberi nafas baharu itu sesuai digayakan oleh kelompok remaja urban yang menyukai stail chicdan sofistikated.

Misalnya, memadankan jaket trenc bersama seluar pendek palet merah dan blaus warna biru. Selain itu, si pemakai juga bebas memakai jaket yang sama dengan seluar jean dan blaus merah jambu lembut.

Selain itu, penggunaan fabrik bulu, kapas dan denim sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan gaya kasual seperti Gisele Bundchen dengan menyarungkan koleksi musim bunga dan panas jenama Esprit. Himpunan terbaharu bulan Mac tersebut dijual pada harga di antara RM69.90 hingga RM899.90.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Kisah busana mewah

Posted by Admin 0 comments
 

Sama ada kita akui atau tidak, terma fesyen yang paling disalah guna pakai masa kini, tentunya haute couture.

Dalam kalangan pereka fesyen, masing-masing mempunyai interpretasi berbeza-beza tentang maksud haute couture mengikut era semasa. Gelaran couture tidak semestinya merujuk kepada busana mewah atau fesyen berkelas tinggi.

Semasa remaja, pada zaman persekolahan-lewat 80-an, saya membesar di Seremban, Negeri Sembilan. Sepanjang tempoh berkenaan, minat saya mula cenderung pada bidang fesyen, tetapi malangnya tiada tempat untuk saya menumpahkan idea kreatif. Malah, saya langsung tidak mengenali sesiapapun yang terlibat dalam industri fesyen.

Majalah fesyen menjadi teman setia saya ke mana-mana saja. Pada masa itu, saya kerap mengunjungi kedai buku semata-mata untuk membaca koleksi majalah fesyen antarabangsa yang harganya sedikit mahal berbanding majalah tempatan. Setiap helaian majalah saya amati sebaik-baiknya kerana itu saja cara terbaik untuk menghilangkan kebosanan.

Setiap bulan saya tidak pernah gagal membaca majalah Vogue edisi United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Ia sudah menjadi rutin wajib yang secara tidak langsung menyuntik inspirasi untuk saya lebih mengenali fesyen. Sehingga kini saya masih menyimpan isu-isu yang menampilkan cerita tentang Cindy Crawford dan Christy Turlington.

Mereka antara supermodel yang tiada tandingan dari dahulu, kini hingga akan datang. Majalah British Vogue banyak menyajikan penulisan fesyen yang disertakan visual indah hasil daripada lensa foto jurugambar handalan dunia seperti Patrick Demarchelier.


Cetus semangat

Pengalaman menatap imej-imej fesyen yang hebat telah membuatkan saya bertekad untuk menjadi salah seorang pengamal fesyen dalam industri yang mencabar ini.

Masih teringat bagaimana suatu ketika dulu, saya teruja ketika membeli majalah American Vogue - isu September. Ia memaparkan cerita couture bersama Linda Evangelista. Koleksi foto yang dirakamkan penuh fantasi, rekaan busana yang hebat dari segi buatan dan struktur.

Bertitik tolak dari hari itu, saya mula mengerti tentang keajaiban dan keistimewaan rekaan yang ditakrifkan sebagai couture.

Bagi saya, pereka fesyen yang paling menjadi inspirasi ialah Elsa Schiaparelli. Saya mengagumi hasil rekaan fesyen beliau yang mencetus revolusi, radikal, terkehadapan, moden dan malar segar.

Karl Lagerfeld pula merupakan couturier yang saya hormati kerana kariernya yang cukup prolifik serta malar segar. Beliau sentiasa tampil dengan idea baharu dalam setiap koleksi couture rekaannya. Lagerfeld jarang sekali mengamalkan konsep kitar semula dalam karya beliau.

Dia mungkin mengaplikasi teknik couture yang sedia ada, tetapi dengan gaya olahan yang kontemporari. Lagerfeld telah mencipta semua signatur Chanel yang wujud pada era ini.

Pada saya, haute couture adalah mengenai pembuatan. Saya cukup menghargai semua kerja tangan yang halus dan teliti dalam penghasilan perincian pakaian couture. Ini termasuklah seni sulaman ataupun lipatan. Saya berhasrat suatu hari nanti untuk mereka pakaian couture. Namun, kita boleh mencapai banyak perkara sebelum melonjakkan harga terlalu tinggi.


Ringan walau dramatik

Bila kita memperkatakan tentang teknik pembuatan, couture mampu membuatkan pakaian yang nampak dramatik dan agak berat, namun ia rasa ringan apabila si pemakainya bergerak. Ajaib bukan? Potongan dan bentuk pakaian couture yang jitu membolehkan pemakainya bebas bergerak.

Cristobal Balenciaga pada pandangan saya adalah merupakan pereka yang paling meninggalkan pengaruhnya dalam fesyen. Beliau begitu terperinci dalam aspek konstruksi reka bentuk koleksi pakaiannya dan memberikan penekanan pada streamlined shapes.

Paling penting, couture perlu sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu memakainya. Wanita tersebut juga perlu selesa memakainya. Semuanya adalah mengenai sifat dan perilaku seseorang wanita.

Saya pula sering mereka pakaian untuk senang dipakai. Idea saya untuk berkarya datang dari pelbagai inspirasi, mungkin daripada karya seni, filem, muzik, gaya fesyen jalanan, budaya serta apa jua yang berlaku di sekeliling saya.

Fesyen sepatutnya menjadikan kita lebih ceria apabila memakainya. Ia juga harus mempunyai ciri senang dipakai walapun berlabel avant-garde. Jika ia tidak boleh dipakai, ia adalah kostum.

Dunia fesyen kini telah banyak berubah dibandingkan dengan era 70-an, 80-an dan 90-an.

Pada masa hadapan, couture perlu diadaptasi kepada golongan muda. Kita harus akui bahawa sasaran couture selalunya untuk pelanggan yang lebih berumur.

Namun begitu terdapat pelanggan lebih muda yang tahu menghargai hasil seni ini, tetapi malangnya tidak mampu untuk memilikinya.

Bagaimanapun, ramai penggerak industri hari ini berpendapat bahawa untuk menjadi relevan pada waktu semasa, couture perlu lebih diadaptasi sebagai rekaan sedia pakai. Perspektif anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya selera. Ops, salah...tepuk dada tanyalah iman (",).

- Dipetik dari KOSMO! Online

Kombinasi unik dan comel

Posted by Admin 0 comments

NAMA asalnya ialah Onika Tanya Maraj. Namun anak kelahiran New York, Amerika Syarikat itu lebih popular kini dengan nama pentas, Nicki Minaj.

Sejak muncul dengan lagu genre hip hop berjudul Super Bass, pada tahun lalu, nama Nicki, 29, melonjak naik. Padahal, penyanyi berkulit hitam manis ini mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak tahun 2007.

Lebih mengagumkan, kemunculan Nicki semakin mencuri perhatian di seantero dunia kerana berani bergaya dengan imej unik, funky dan merah jambu persis patung Barbie.

Ekoran kekerapan tampil berimej sedemikian, kelompok peminatnya mula memanggil Nicki dengan sebutan Barbz iaitu panggilan manja bagi patung Barbie.

Tambahan pula, dia sentiasa memilih teknik solekan bak Barbie seperti pembayang mata rona terang, bulu mata palsu yang melentik, kanta lekap serta gincu bibir nuansa merah jambu terang. Tidak ketinggalan, menyarungkan gaun mini potongan kembang dan konsep suai dan padan yang kadangkala 'pelik'.

Namun, kini bagaikan mimpi menjadi realiti apabila pada tahun lalu, penyanyi yang mempunyai darah India itu dipilih oleh syarikat Mattel untuk menghasilkan patung Barbie-Nicki Minaj. Ringkasnya, Nicki bukanlah artis pertama yang diberi penghormatan sedemikian memandangkan sebelum ini selebriti Rachel Zoe dan Janet Jackson terlebih dahulu mempunyai patung versi Barbie.

Secara amnya, patung Barbie yang hadir di pasaran permainan sejak tahun 1959 telah diangkat sebagai ikon fesyen sepanjang zaman. Fesyen yang ditampilkan Barbie antara faktor utama yang menyebabkan Barbie digilai kanak-kanak dan gadis remaja sehingga mencetus fenomena di seluruh dunia.


Kempen amal

"Saya sama sekali tidak menyangka, imej pelik ini menarik minat pihak Mattel untuk mengeluarkan Barbie versi Nicki Minaj. Lebih mengharukan apabila patung Barbie ini merupakan jualan edisi terhad untuk kempen amal.

"Ini momen terbesar dan paling manis dalam kamus hidup saya. Secara tak langsung ia menunjukkan bahawa muzik dan fesyen boleh menyumbang sesuatu kepada insan yang memerlukan," jelas Nicki yang teruja apabila patung Barbie versinya dilelong dalam web CharityBuzz.com dan dipamerkan pada acara Divine Designs yang berlangsung selama lima hari di Beverly Hilton Los Angeles pada harga permulaan RM3,600.



Hasil lelongan itu, disumbangkan kepada Project Angel Food yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghidap HIV dan AIDS.

"Kawan-kawan pernah memaksa saya memakai pakaian dan bersolek seperti itu dan ini. Mereka menyifatkan seseorang penyanyi rap perlu tampil seksi dan memilih pakaian rona-rona tertentu.

"Tapi, saya ingin lari daripada imej seksi yang tipikal kerana ia kelihatan klise dan bosan. Oleh kerana enggan menipu diri sendiri dan mengikut telunjuk orang lain, maka saya memilih stail pelik yang menyelitkan fesyen Barbie," jelas Nicki yang menyifatkan dirinya seorang yang kelakar dan bersahaja.

Terbaru, pada awal tahun ini Nicki bersama penyanyi latin Ricky Martin menggantikan tempat penyanyi Lady Gaga sebagai jurucakap Viva Glam, yang merupakan koleksi kosmetik untuk kutipan amal jenama M.A.C.


Katy yang funky

Nampaknya penyanyi kelahiran Santa Barbara, California, Amerika Syarikat (AS), Katy Perry juga antara selebriti bertuah kerana memiliki patung Barbie persis wajah dan penampilannya. Dia terpilih kerana kecenderungannya membawa imej comel, funky dan fantasi di kebanyakan acara serta persembahan pentas.

Bahkan pelantun lagu Firework tersebut turut teruja acap kali menjalani sesi fotografi dan pembikinan klip video yang menerapkan kerja-kerja seni berkaitan dunia kanak-kanak dan menyarungkan kostum animasi.

Buktinya, lihat saja set klip video Katy berjudul California Girls yang berwarna-warni dan sarat dengan prop gula-gula, pelangi, aiskrim dan awan yang menyerupai gula-gula kapas.


Bertatah kek cawan

Impak daripada klip video berkenaan, koleksi patung Barbie-Katy Perry 'dilahirkan'. Tampil berambut biru terang, gayanya diserikan persalinan gaun mini potongan kembang bertingkat bertatah kek cawan. Hiasan kek cawan ialah simbolik memandangkan dalam klip video yang sama, Katy meletakkan kek cawan di bahagian dada.

Bukan itu saja, patung Barbie-Katy Perry tampak comel apabila sepasang kakinya disarungkan stokin fabrik jaring yang mempunyai perincian kristal Swarovski. Boneka itu juga memegang mikrofon gula-gula sambil berdiri di atas pentas kon wafel yang dikelilingi aiskrim.


KOSTUM karakter Snow White menjadi pilihan Katy.

"Saya gemarkan sesuatu yang ceria dan berwarna-warni kerana ia membuatkan kehidupan saya gembira serta bahagia. Sebab itu, saya selesa tampil dalam persalinan yang sarat dengan rona terang dan kontra," ujarnya.

Warna gelap pula hanya menjadi pilihan Katy jika perlu mengikut kod pakaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur acara atau sidang redaksi majalah.

"Tidak dinafikan, segelintir individu menyifatkan imej saya agak kebudak-budakan. Namun, saya tidak berkecil hati kerana fesyen itu universal, sama seperti muzik. Sesiapa saja bebas memilih gaya mengikut cita rasa peribadi," luah Katy.


Suram

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Katheryn Elizabeth Hudson itu meluahkan, penampilannya hari ini jauh berbeza jika dibandingkan pada zaman kanak-kanaknya. Sebelum melibatkan diri dalam industri hiburan, dunia Katy dikelilingi aktiviti harian yang 'suram'.

Tidak seperti remaja lain yang bebas bergaya dengan seleksi fesyen terbaharu, Katy hanya dibenarkan memakai pakaian ringkas dan sopan. Ini disebabkan ibu dan bapanya, Mary Hudson dan Keith Hudson merupakan pengikut tegar agama Kristian mengutuk tindakan wanita berimej seksi dan terdedah.

"Bukan sekadar pakaian, malah setiap sudut kehidupan saya dikawal ketat oleh ibu dan ayah. Sebahagian besar masa saya diisi dengan aktiviti membaca kitab Injil berbanding mengulang kaji pelajaran," jelas Katy yang gemar menukar warna dan gaya rambut.

Sementara itu memetik kata-kata pengkritik fesyen terkenal, Steven Cojocaru, dia memuji golongan wanita yang berani tampil dengan persalinan busana dan tata rias wajah yang pelik dan unik.

"Penampilan seseorang terserlah bukan kerana menggayakan jenama mewah yang bernilai ratusan mahupun ribuan ringgit. Tapi, ia wujud disebabkan keyakinan diri yang tinggi," jelasnya. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

- Dipetik dari KOSMO! Online

Gaya dewasa si cilik

Posted by Admin 0 comments

IBARAT individu berkerjaya lagaknya, itulah elemen yang cuba diterapkan kepada kanak-kanak untuk musim bunga/panas tahun ini.

Jenama Burberry cuba mencorakkan identiti kanak-kanak perempuan agar kelihatan lebih dewasa dengan pemakaian kot trenc berbutang dua rona biru gelap. Gaya tersebut mencerminkan imej sofistikated si cilik yang sedang meningkat remaja.

Buat si kecil yang berada dalam kumpulan usia lima tahun ke bawah, kot dufel atau jaket yang boleh diterbalikkan (reversible) bakal mewujudkan penampilan segak bagi lelaki dan elegan pada tubuh perempuan.

Kot sejuk berbulu (parkas) dengan cantuman penutup kepala (hoodie) tidak lagi hanya menunggu musim sejuk untuk keluar dari gerobok. Ia kini praktikal digayakan untuk musim bunga dan panas.

Jaket potongan separuh badan berkolar besar pula tampak sesuai dikenakan kanak-kanak perempuan yang menginginkan gaya ranggi. Gabungan warna dan corak jaket itu juga menaikkan seri si pemakai lantas mampu mencuri tumpuan ramai.

Mainan warna bagi koleksi kali ini juga pelbagai iaitu rona putih, hitam, kuning tua atau kuning gelap (khaki), biru emperial, biru firus, merah terang dan banyak lagi,

Penggunaan fabrik kapas pelbagai jenis umpama kapas gaberdin, kapas kanvas dan kapas twil menjadikan pakaian tersebut selesa dipakai kanak-kanak kerana materialnya ringan dan tidak serabut.



Baju kait Kashmir juga menjadi antara signatur klasik untuk koleksi baharu ini. Dres, jumpsuit, jersi dan kemeja berkotak turut menghiasi deretan rekaan kemas Burberry itu.

Pelbagai pilihan disediakan jenama tersebut buat si kecil daripada kumpulan bayi sehingga kepada mereka berusia 14 tahun. Kesemua koleksi baharu itu kini boleh didapati di semua butik Burberry seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin melihat lebih banyak pilihan rekaan dan warna yang ditawarkan, bolehlah melayari laman web Burberry di http://burberry.com.

- Dipetik dari KOSMO! Online

Artistik cetakan kulit ular

Posted by Admin 0 comments

APABILA bercakap tentang ular, lazimnya kebanyakan kita akan mempamerkan reaksi yang kurang selesa. Kita berasa geli dengan tekstur kulit reptilia berkenaan yang bersisik dan lembap. Namun, di sebalik 'keburukan' itu ada 'kecantikan' yang tersembunyi.

Kulit ular yang bercorak dan berwarna-warni antara kesempurnaan bagi pandangan mata kelompok pereka fesyen. Mereka melihat tekstur dan warna kulit ular memiliki nilai estetika yang menarik dan unik untuk menghasilkan pakaian.

Menyentuh mengenai fesyen berasaskan kulit ular, jenama antarabangsa Alexander Mcqueen antara perintis yang menaikkan populariti konsep fesyen sedemikian.

Sejak tahun 2010, jenama itu sentiasa melancarkan himpunan pakaian berasaskan fabrik cetakan ular dalam variasi warna terang dan lembut.

Cetakan fabrik kulit dicetuskan untuk memenuhi cita rasa pencinta fesyen tanpa perlu mengorbankan ular-ular hidup.

Melvin Ashley Shah, 45, merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang menampilkan kelainan busana berasaskan fabrik cetakan kulit ular.

Tutur anak kelahiran Kuala Lumpur tersebut, meskipun segelintir pihak berasa geli untuk menyarungkan pakaian sedemikian, tetapi tidak bagi penggemar fesyen.

Ironinya, bukan sedikit kelompok wanita yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang semata-mata untuk memiliki pakaian yang unik dan trendy.

"Situasi hari ini berbeza seiring dengan peredaran fesyen semasa. Wanita semakin bijak bergaya sehingga selera fesyen mereka berubah-ubah mengikut trend.

"Lagipun wanita kini bukan sekadar mementingkan potongan, rekaan dan kualiti, malah turut obses memilih pakaian yang membantu menyuntik penampilan unik.

"Misalnya, konsep fesyen warna blok yang memerlukan mereka menggayakan item fesyen rona terang serta kontra," jelas Melvin yang juga merupakan pemilik butik I Nee Collection by Melson.


Tekstil berbeza

Mengambil kira cita rasa dan faktor sekeliling, graduan Diploma Seni dan Ukiran Tekstil di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu memikirkan idea fesyen berbeza. Jika kebanyakan pereka fesyen cenderung memilih fabrik renda Perancis, net, organza mahupun sifon polos atau bercorak, Melvin pula gemarkan tekstil yang berbeza.

"Sebab itu saya sanggup terbang ke China kerana ia menawarkan variasi fabrik mewah, unik dan berkualiti. Hasil kerja pembuatan kain-kain di sana juga amat teliti dan sempurna. Harga yang ditawarkan berpatutan, asalkan kita bijak tawar-menawar.



"Ketika sesi membeli-belah saya telah terpikat dengan kehalusan dan tarikan pada fabrik cetakan kulit ular. Bagi saya sudah tiba masanya saya memperkenalkan motif ular memandangkan sebelum ini wanita Malaysia lebih terdedah pada motif abstrak, flora dan polka dot," terang Melvin sambil menunjukkan koleksi gaun pendek rekaannya yang menggunakan fabrik cetakan kulit ular.

Bicara mengenai koleksi busana berkenaan yang pernah diperagakan pada pertunjukan fesyen Malaysian International Fashion Alliance (MIFA) tahun lalu, Melvin menyatakan ia hadir dalam empat rekaan berbeza.

Selain gaun pendek konsep gelembung di bahagian bawah dan gelembung di bahagian bahu, Melvin turut menghasilkan dres pendek yang mempunyai hud dan tidak berlengan.

Menariknya, pereka berdarah kacukan Melayu, Serani dan Baba Nyonya itu tidak membiarkan koleksi dresnya polos tanpa perincian meskipun corak ular itu sudah tampak sarat. Bijak bereksperimen dengan konsep baharu dan moden, Melvin menghiasi pakaiannya dengan bulu-bulu rona terang seperti jingga, biru dan hijau.

"Pakaian saya ini sesuai digayakan ketika menghadiri parti, majlis makan malam mahupun minum petang. Disebabkan cetakan kulit ular ini sudah memenuhi keseluruhan baju, maka si pemakai tidak disarankan memakai aksesori yang berlebihan.

"Tas tangan dan sepatu polos sudah memadai untuk menyerikan penampilan. Ini termasuklah memilih teknik solekan yang sesuai sama ada konsep natural ataupun terang," nasihat Melvin yang pernah berkhidmat sebagai jurusolek jenama Versace selama empat tahun.


Pilihan selebriti antarabangsa

Dalam pada itu, motif kulit ular bukan sahaja popular dijadikan pakaian, malah ia juga untuk menghasilkan aksesori berasaskan motif yang sama. Ia terdiri daripada beg tangan, tali pinggang dan sepatu.

Pelakon genit Hollywood, Eva Longoria antara selebriti yang meminati aksesori yang diperbuat menggunakan material kulit ular. Dia dilihat tidak pernah lekang daripada beg tangan jenama Gerard Darel. Beg tangan bersaiz sederhana itu diinspirasi daripada kulit ular sawa yang menggabungkan warna hitam dan kelabu metalik.

Sementara itu, penyanyi wanita kumpulan Black Eye Peas, Fergie, 37, juga tidak ketinggalan memiliki seluar jean sendat lusuh bermotifkan kulit ular.

Penampilannya kelihatan ranggi apabila menggayakan seluar itu bersama baju-T singlet dan but rona hitam. Bagi pelakon Zoe Saldana pula, dia tampil ceria dalam persalinan gaun merah terang yang dipadankan bersama tas genggam, jenama Doutzen Kroess.




Aktivis haiwan menentang

Fenomena fesyen berasaskan kulit haiwan khususnya kulit ular mengundang reaksi negatif dalam kalangan aktivis haiwan. Memetik artikelwww.dailymail.co.uk, pakar dan perunding biologi, Agensi Perlindungan Haiwan, Warwick menyatakan industri fesyen pada hari ini lebih mementingkan gaya dan trend tanpa memikirkan impak pada kehidupan reptilia tersebut.

Lantaran itu, busana yang menggunakan inspirasi kulit ular seperti diilhamkan Melvin dilihat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan obsesi pencinta fesyen ke atas kulit ular sebenar.

- Dipetik dari KOSMO! Online

YouTube Malaysia dilancar

Posted by Admin Thursday, March 22, 2012 0 comments
Smith (kiri) dan Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan. FOTO: Effendy Rashid

KUALA LUMPUR: YouTube Malaysia dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur hari ini.

Smith berkata, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari.

Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia bakal melancarkan pindah naik video dengan cepat.

Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.

Majlis pelancaran terbabit disertai Yuna dan Mizz Nina.

- Dipetik dari myMetro 22032012

Gadis lari ikut kekasih ditemui di Kuantan

Posted by Admin 0 comments
Siti Nur Fatihah Mahadi 

KUANTAN - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, Isnin lepas, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada pukul 10 malam tadi.

"Ibu pelajar terbabit, sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

"Keluarga Nornabila yang menetap di Taman Koperasi, Jerantut ke Kuantan dan menemui Nornabila di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, Kuantan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azid berkata berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan telah berkahwin itu Ahad lepas, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilapor hilang disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan dan setelah ditemui dia mengaku dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun. - Bernama

- Dipetik dari Sinar Harian 22032012

Rihanna mahu gemuk?

Posted by Admin 0 comments
Rihanna mahu gemuk? 

Jika kebanyakan selebriti memilih untuk kekal langsing, namun berbeza pula dengan pelantun lagu Umbrella, ini.

Rihanna, mencuba sedaya upaya untuk menaikkan berat badannya namun sehingga kini masih belum berjaya. Sebaliknya berat badannya semakin menurun tanpa disedari.

Kata kekasih Chris Brown ini, dia ingin menambah berat badan untuk kelihatan lebih berisi agar menampakkan dirinya lebih seksi.

“Saya dah cuba, tapi gagal. Saya sendiri tidak tahu kenapa terlalu sukar untuk menambah berat badan. Lagipun, badan sahaja yang semakin kurus ini menampakkan bentuk badan yang tidak cantik.

“Semuanya kelihatan longgar, begitu juga bentuk payu dara saya yang semakin mengecil, ia sangat memalukan! Ramai menyangka saya tidak makan. Tapi saya sebenarnya sudah banyak makan. Walau tengah malam sekalipun, saya masih menikmati Mc Donalds dan aiskrim,” katanya yang mengakui menghadapi masalah dalam pemakanan.

- Dipetik dari Sinar Harian 22032012

GRO bawah umur dicekup

Posted by Admin 0 comments

SABAK BERNAM - Seramai 27 wanita warga asing, termasuk tiga remaja bawah umur yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis hiburan dua tingkat di Jalan Bunga Orkid, Sungai Besar, di sini, semalam.

Tiga remaja Vietnam berusia 15 dan 16 tahun yang ditahan, dikesan menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan turut dipaksa menjadi pelacur di premis terbabit.

Serbuan jam 1.30 pagi semalam, dijalankan 16 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan diketuai Superintendan Amir Rasid Derani.

Amir Rasid berkata, sebelum serbuan dilakukan, pihak­nya membuat pemantauan serta risikan selama empat hari selepas memperoleh maklumat berhubung premis terbabit yang didakwa menggaji remaja bawah umur untuk bekerja sebagai GRO.

Beliau berkata, ketika diserbu ketiga-tiga remaja bawah umur itu dilihat sedang sibuk melayan pelanggan, termasuk menuangkan minuman keras di dalam sebuah daripada 16 bilik yang terdapat di premis hiburan itu.

Menurutnya, ketiga-tiga remaja yang turut dilacurkan itu, ditahan bersama 23 wanita warga Vietnam dan seorang wanita Thailand berusia lingku­ngan 20-an.

Katanya, tujuh individu tempatan terdiri daripada ejen serta penjaga premis hiburan berusia 20 hingga 40-an turut ditahan kerana melindungi pekerja asing tanpa permit.

“Siasatan mendapati kebanyakan pelanggan premis terdiri daripada golongan nela­yan dan peladang.

“Harga bagi setiap langganan GRO pula adalah sebanyak RM40 sejam dan tambahan upah sebanyak RM3 akan diberi bagi setiap jag minuman keras yang dipesan pelanggan,” katanya, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,718.

Katanya, tiga remaja bawah umur yang diselamatkan dihantar ke Rumah Perlindungan Bukit Ledang di Jalan Travers, Kuala Lumpur dan siasatan dijalankan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang.

- Dipetik dari Sinar Harian 22032012

Schumacher optimistik

Posted by Admin 0 comments

JUARA dunia tujuh kali, Michael Schumacher yakin pasukan Mercedes GP mampu menjadikan kegagalan pada saingan pembuka musim Formula Satu (F1) Grand Prix Australia Ahad lalu sebagai suntikan semangat bagi menghadapi perlumbaan kedua - GP Malaysia minggu ini.

Schumacher memandu jentera W03 dengan baik pada sesi kelayakan GP Australia sehingga berjaya memenangi petak keempat di Litar Albert Park.

Begitupun, prestasi cemerlang pemandu berpengalaman Jerman itu tidak berpanjangan apabila dia tersingkir daripada persaingan selepas jentera yang dipandunya mengalami masalah kotak gear meskipun ketika itu menduduki tempat ketiga.

Justeru, Schumacher optimis jurutera Mercedes GP telah berusaha keras bagi memastikan situasi yang sama tidak berulang lagi pada saingan di Litar Sepang, Ahad ini.

“Kami telah belajar daripada kegagalan di Melbourne minggu lepas, ia jelas sekali sesuatu yang mengecewakan,” jelas Schumacher di Galeri Petronas, Kuala Lumpur semalam.

“Jentera W03 mampu memberi kejutan musim ini. Selepas menyaksikannya sendiri di Albert Park, saya yakin kami akan mencapai keputusan yang diharapkan jika masalah yang sama tidak berlaku di Litar Sepang.

“Matlamat utama kami ialah menunjukkan peningkatan sebanyak yang mungkin dalam setiap perlumbaan, selain berharap konsistensi juga dapat diteruskan dalam satu saingan ke satu saingan.”

Schumacher yang kontraknya bersama Mercedes GP akan berakhir hujung tahun ini, enggan meletakkan sasaran yang tinggi dalam saingan 2012.

Bagaimanapun, dia masih tetap memburu kejayaan podium pada GP Malaysia.

“Sasaran saya ialah untuk memperbaiki prestasi musim lepas,” kata Schumacher.

“Bukannya saya tidak bercita-cita tinggi tetapi kita perlu ingat, prestasi jentera pada awal musim ini masih lagi perlu dipertingkatkan.

“Begitupun, saya tetap mempunyai sasaran untuk menaiki podium dalam beberapa perlumbaan, terutamanya di Sepang kerana Litar Sepang adalah antara litar kegemaran saya dan ia juga memiliki nilai-nilai tersendiri berbanding litar lain,” katanya lagi.

Mengenai masa depannya dalam F1, Schumacher berkata: “Saya rasa tidak bagus untuk bercerita tentang masa depan saya ketika ini.

“Saya mahu menumpukan perhatian terhadap saingan musim ini dan mahu mencatat keputusan yang baik selagi masih bersama Mercedes,” ujarnya lagi.

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Kapsul angkasa Dragon ke ISS

Posted by Admin 0 comments

WASHINGTON - Persediaan pelancaran kapsul kapal angkasa komersial, Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berjalan dengan lancar, kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Kapsul itu dijadualkan berlepas pada 30 April depan dari Cape Canaveral, Florida.

Kapal angkasa itu dimiliki oleh sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas komersial AS, SpaceX.

"Persiapan turut melibatkan simulasi pelancaran kapal angkasa ini," kata Pengurus Stesen Angkasa NASA, Mike Suffredini pada satu sidang media.

Menurutnya, jika misi itu gagal atau berjaya, ia tidak boleh dianggap sebagai penentu masa depan penerbangan komersial angkasa lepas.

Jurucakap SpaceX, Kirstin Grantham pada satu kenyataan memberitahu, NASA belum memberikan kelulusan muktamad berhubung tarikh pelancaran tersebut.

Mengulas tentang halangan yang dihadapi pasukan pengendali SpaceX, Suffredini berkata, ia turut melibatkan proses berlabuh di ISS yang bergerak mengelilingi orbit.

Menurutnya, pelancaran kapal angkasa Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS.

Kapsul itu sepatutnya dilancarkan pada Februari lalu tetapi ia ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.

Ia dimiliki usahawan Internet, Elon Musk.

Syarikat miliknya itu mencipta sejarah kerana membuat penerbangan sulung ke orbit dengan menggunakan Dragon pada 2010.

SpaceX dan beberapa syarikat lain kini bersaing untuk membina dan mengendalikan kapsul kapal angkasa swasta yang boleh membawa angkasawan dan kargo ke ISS yang mengelilingi orbit pada ketinggian 350 meter dari Bumi.

Syarikat-syarikat itu termasuk Boeing bersaing untuk dipilih bagi menggantikan kapal angkasa NASA yang telah menamatkan operasi penerbangan ke ISS pada tahun lalu. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Bom meletup di luar Kedutaan Indonesia

Posted by Admin 0 comments
 

JAKARTA - Sebuah bungkusan bom buatan sendiri meletup di luar bangunan Kedutaan Indonesia di Paris, Perancis kata beberapa pegawai semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak akan menyebabkan kedutaan tersebut akan ditutup.

"Kami bangsa Indonesia tidak mudah takut. Saya tidak fikir letupan kecil seperti itu akan menghalang kami daripada meneruskan urusan seperti biasa," kata Menteri Luar, Marty Natalegawa.

"Namun, sudah tentu kami akan berwaspada." tambahnya.

Menurutnya, tidak dapat dipastikan sama ada letupan berkenaan disasarkan ke atas Kedutaan Indonesia kerana terdapat beberapa bangunan lain di kawasan sekitarnya.

"Syukurlah, tiada sesiapa cedera dalam letupan ini," katanya.

Beberapa saksi melihat tiga lelaki meninggalkan sebuah bungkusan berhampiran bangunan itu di barat ibu kota Perancis berkenaan sebelum bom buatan sendiri tersebut meletup di luar Kedutaan Indonesia sekitar pukul 5.45 pagi waktu tempatan.

Seorang jurucakap polis di Paris, Jean-Louis Fiamenghi memberitahu pemberita bahawa sebuah beg ditemui di bawah tingkap bangunan kedutaan itu oleh seorang pekerja yang membersihkan tong sampah di jalan raya berhampiran.

"Dia melihat ke dalam beg itu, membukanya dan mengesyaki ia ialah bom kerana melihat sebuah balang dengan sambungan wayar berada dalam beg tersebut. Dia meletakkan beg berkenaan dan menghubungi pihak polis. Letupan kemudian berlaku," kata Fiamenghi.

"Tiada sesiapa cedera tetapi penghuni beberapa flat berdekatan terkejut mendengar bunyi letupan itu," tambahnya.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan tetapi beberapa pegawai Indonesia memberitahu, serangan itu dipercayai tiada kaitan dengan ancaman keselamatan di tanah air.

"Beberapa tahun lalu terdapat juga kes letupan kecil berlaku di luar Kedutaan Indonesia di Paris. Ia didapati tiada kaitan dengan ancaman nasional," menurut Teuku Faizasyah yang merupakan jurucakap Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono .

Kedutaan berkenaan di Paris dan agensi perisikan Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis bagi menyiasat insiden tersebut.

"Duta Indonesia berada di lokasi tetapi tidak dapat menghampiri tempat kejadian. Banyak tingkap yang pecah tetapi belum ada laporan mengenai kecederaan atau kematian yang melibatkan staf Indonesia. Kami sedang menunggu perkembangan kes ini," kata Menteri Koordinasi Keselamatan, Djoko Suyanto. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Penduduk marah projek pelabuhan Dawei di Myanmar

Posted by Admin 0 comments
BEBERAPA orang bekerja di projek pelabuhan laut dalam Dawei di Myanmar pada 27 Januari lalu. - AFP

MAYINGYI - Kemarahan orang ramai meningkat di Myanmar ekoran rancangan untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam yang bakal menyebabkan ribuan penduduk kampung terpaksa berpindah.

Projek pelabuhan Dawei itu merupakan kunci utama dalam rancangan negara miskin ini untuk membangunkan ekonominya dengan memberikan jirannya, Thailand laluan ke Lautan Hindi dan pasaran ke Barat.

Namun, ketika pentadbiran di negara yang pernah dikenali dengan nama Burma itu giat melakukan pembaharuan, penduduk kampung di selatan negara ini semakin lantang menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan berkenaan.

"Kami tidak mahu berpindah. Rantau kami memiliki kelapa, buah pinang, gajus dan asam jawa. Kami ada semua yang kami perlukan," kata seorang petani yang berusia 53 tahun, San Nyein.

Menurut anggaran rasmi, kira-kira 20,000 penduduk yang tinggal di penempatan sepanjang perairan Andaman dekat sempadan Thailand akan dipindahkan bagi membolehkan projek tersebut dilaksanakan.

Pihak berkuasa telah berjanji akan menempatkan penduduk kampung ke kawasan kediaman baharu yang dilengkapi kemudahan sekolah, hospital dan kedai selain kemudahan air paip dan bekalan elektrik.

Projek Dawei melibatkan pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam dengan dilengkapi rangkaian jalan raya yang menghubungkan Myanmar dengan Thailand, Kemboja dan Vietnam. Ia juga melibatkan pembinaan sebuah zon industri mega, jalan kereta api, talian komunikasi dan saluran paip gas serta minyak.

Kos keseluruhan projek itu dianggarkan boleh meningkat kepada AS$50 bilion (RM153.83 bilion).

Projek itu diketuai syarikat gergasi Ital-Thai dari Thailand. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Bas dihempap penghadang simen

Posted by Admin 0 comments
SEBUAH bas dihempap serpihan simen di bandar raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pemandu sebuah bas awam cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya dihempap serpihan simen yang terjatuh dari sebuah jejambat di sini kelmarin.

Simen itu retak akibat gegaran gempa bumi sekuat 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan bahagian tengah dan selatan Mexico.

Ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut.

Pusat gempa bumi itu terletak 525 kilometer ke timur Ometepec di negeri Guerrero pada kedalaman 18km.

Sebanyak 1,600 buah rumah dilaporkan rosak manakala 11 orang mengalami kecederaan. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012