-->
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

KEJAM! - Konflik Syria: 32 kanak-kanak antara 90 maut

Posted by Unknown Thursday, November 1, 2012 0 comments
Kejam sungguh apabila kanak-kanak di bunuh dalam serangan pasukan keselamatan Syria ke atas bandar Houla,DAMSYIK. Dimana Pasukan pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan sekurang-kurangya 90 orang terbunuh termasuk 32 kanak-kanak.


Sebahagian jenazah 90 orang termasuk 32 kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan, dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan Syria kelmarin. – Foto ihsan CNN

Ketua misi PBB, Mejar Jeneral Robert Mood menyifatkan insiden itu sebagai tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Sumber : TaoTauAjer

INFO! - Gambar Neil Armstrong dikebumikan di Ohio di bawah Blue Moon (7 GAMBAR)

Posted by Unknown Sunday, October 14, 2012 0 comments
LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, 31 ogos yang juga sempena Fenomena "Blue Moon".


Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Wanita lumpuh dapat sut robotik percuma

Posted by Unknown Thursday, October 11, 2012 0 comments
Inilah rezeki Wanita lumpuh dari Britain dapat sut robotik percuma. Wanita tersebut lumpuh dari paras dada merupakan orang yang pertama membawa pulang sebuah rangka robotik yang dipakainya untuk membantu dia berjalan.


Wanita Britain itu, Claire Lomas lumpuh dalam satu kemalangan semasa menunggang kuda.

Sumber : TaoTauAjer

SUBHANALLAH! - Keindahan pemandangan paya di pantai East Anglia seperti OTAK! (7 GAMBAR)

Posted by Unknown Tuesday, October 9, 2012 0 comments
Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat satu tempat yang unik dimana menyerupai permukaan yang halus dan unik otak manusia apabila dari pandangan atas udara iaitu paya di pantai East Anglia.


Gambar dari udara kawasan paya air masin di Abbotts Hall Farm, berhampiran Colchester, Essex.

Sumber : TaoTauAjer

DAHSYAT! - Hanya kerana PULAU rakyat China Menghancurkan barangan Jepun (20 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran yang berkaitan dengan Jepun habis di rosakkan dan di hancurkan ini semua di sebabkan oleh ketidakpuasan hati penduduk berhubungan pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun.Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.


Tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan merosakkan kereta buatan Jepun dan kedai.

Saksikan lagi gambar-gambar keganasan china terhadap barangan buatan jepun

Disebabkan sebuah pulau yg dinamakan pulau diaoyu..

Sumber : TaoTauAjer

INSAF! - Apabila Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai (6 GAMBAR)

Posted by Unknown Monday, October 8, 2012 0 comments
Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai di Yaman dimana Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya.


Tahu la apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.

Saksikan gambar-gambar pelaksanaan ini di Yaman di bawah ini.

Sumber : TaoTauAjer

Lintah Gergasi Tinggal Di Dalam Kerongkong Budak Lelaki

Posted by Admin Friday, June 22, 2012 0 comments

Tao Jiayuan , seorang budak lelaki berusia 16 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10 cm telah menghisap darah dan hidup di dalam kerongkong nya.Pengalaman pahit Tao itu bermula dua bulan lalu apabila beliau mula berasa sakit dan suaranya menjadi serak.

Keadaan semakin serius apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan keluarganya mula membawanya ke hospital.Melalui imej yang di rakam menggunakan kamera mikroskop,doktor telah menemui seekor lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah.Setelah menjalani pembedahan selama 3 jam,lintah sepanjang 10 cm telah berjaya di keluarkan dalam keadaan masih hidup walaupun telah di rendam dengan larutan Anestetik.



Warga Emas Mengandungkan Anak Sotong

Posted by Admin 0 comments

SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.

Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah jug a terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Islam Itu Suci

Bunuh 3 Wanita Dan Makan Daging Mereka Untuk Upacara Pemujaan

Posted by Admin 0 comments

BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.

Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan – pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. “Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. – AFP

Islam Itu Suci

Rumah sewa Michael Jackson dijual

Posted by Admin Friday, March 23, 2012 0 comments

LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.

Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.

Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.

"Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman," kata laman web tersebut.

Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.

Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Wanita menangis kerana rumah dirobohkan

Posted by Admin 0 comments
HUANG SUFANG menangis ketika dia terbaring selepas melihat sebahagian 
rumahnya runtuh di Kampung Yangji kelmarin.

KAMPUNG YANGJI - Seorang wanita, Huang Sufang menangis sekuat-kuatnya sehingga dia terbaring di atas tanah kerana sebahagian rumahnya silap dirobohkan oleh pekerja-pekerja pembinaan kelmarin.

Menurut laporan media, para pekerja itu tersilap merobohkan sebahagian rumahnya itu. Mereka menganggap rumah Sufang termasuk dalam projek meruntuhkan bangunan.

Seorang saudaranya terpaksa menenangkan Sufang selepas dia menangis sekuat-kuatnya. - Reuters

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Saintis cipta robot ubur-ubur

Posted by Admin 0 comments
 
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan robot ubur-ubur.

BLACKSBURG, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS mencipta robot ubur-ubur, Robojelly yang bergerak dengan menggunakan kuasa air laut.

Badan Robojelly boleh mengembang dan menguncup untuk memancut keluar air laut yang akan menghasilkan momentum untuk ia bergerak.

Robot berkenaan dibina oleh penyelidik Universiti Virgina Tech di sini. Penyelidikan itu disokong Tentera Laut AS.

Badan robot itu perbuat daripada logam aloi yang dapat kembali kepada bentuk asal selepas ia direnyuk.

"Sepanjang pengetahuan kami, ia merupakan robot dalam laut yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar," kata seorang jurutera mekanikal di universiti tersebut, Yonas Tadesse. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Kapsul angkasa Dragon ke ISS

Posted by Admin Thursday, March 22, 2012 0 comments

WASHINGTON - Persediaan pelancaran kapsul kapal angkasa komersial, Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berjalan dengan lancar, kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Kapsul itu dijadualkan berlepas pada 30 April depan dari Cape Canaveral, Florida.

Kapal angkasa itu dimiliki oleh sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas komersial AS, SpaceX.

"Persiapan turut melibatkan simulasi pelancaran kapal angkasa ini," kata Pengurus Stesen Angkasa NASA, Mike Suffredini pada satu sidang media.

Menurutnya, jika misi itu gagal atau berjaya, ia tidak boleh dianggap sebagai penentu masa depan penerbangan komersial angkasa lepas.

Jurucakap SpaceX, Kirstin Grantham pada satu kenyataan memberitahu, NASA belum memberikan kelulusan muktamad berhubung tarikh pelancaran tersebut.

Mengulas tentang halangan yang dihadapi pasukan pengendali SpaceX, Suffredini berkata, ia turut melibatkan proses berlabuh di ISS yang bergerak mengelilingi orbit.

Menurutnya, pelancaran kapal angkasa Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS.

Kapsul itu sepatutnya dilancarkan pada Februari lalu tetapi ia ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.

Ia dimiliki usahawan Internet, Elon Musk.

Syarikat miliknya itu mencipta sejarah kerana membuat penerbangan sulung ke orbit dengan menggunakan Dragon pada 2010.

SpaceX dan beberapa syarikat lain kini bersaing untuk membina dan mengendalikan kapsul kapal angkasa swasta yang boleh membawa angkasawan dan kargo ke ISS yang mengelilingi orbit pada ketinggian 350 meter dari Bumi.

Syarikat-syarikat itu termasuk Boeing bersaing untuk dipilih bagi menggantikan kapal angkasa NASA yang telah menamatkan operasi penerbangan ke ISS pada tahun lalu. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Bom meletup di luar Kedutaan Indonesia

Posted by Admin 0 comments
 

JAKARTA - Sebuah bungkusan bom buatan sendiri meletup di luar bangunan Kedutaan Indonesia di Paris, Perancis kata beberapa pegawai semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak akan menyebabkan kedutaan tersebut akan ditutup.

"Kami bangsa Indonesia tidak mudah takut. Saya tidak fikir letupan kecil seperti itu akan menghalang kami daripada meneruskan urusan seperti biasa," kata Menteri Luar, Marty Natalegawa.

"Namun, sudah tentu kami akan berwaspada." tambahnya.

Menurutnya, tidak dapat dipastikan sama ada letupan berkenaan disasarkan ke atas Kedutaan Indonesia kerana terdapat beberapa bangunan lain di kawasan sekitarnya.

"Syukurlah, tiada sesiapa cedera dalam letupan ini," katanya.

Beberapa saksi melihat tiga lelaki meninggalkan sebuah bungkusan berhampiran bangunan itu di barat ibu kota Perancis berkenaan sebelum bom buatan sendiri tersebut meletup di luar Kedutaan Indonesia sekitar pukul 5.45 pagi waktu tempatan.

Seorang jurucakap polis di Paris, Jean-Louis Fiamenghi memberitahu pemberita bahawa sebuah beg ditemui di bawah tingkap bangunan kedutaan itu oleh seorang pekerja yang membersihkan tong sampah di jalan raya berhampiran.

"Dia melihat ke dalam beg itu, membukanya dan mengesyaki ia ialah bom kerana melihat sebuah balang dengan sambungan wayar berada dalam beg tersebut. Dia meletakkan beg berkenaan dan menghubungi pihak polis. Letupan kemudian berlaku," kata Fiamenghi.

"Tiada sesiapa cedera tetapi penghuni beberapa flat berdekatan terkejut mendengar bunyi letupan itu," tambahnya.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan tetapi beberapa pegawai Indonesia memberitahu, serangan itu dipercayai tiada kaitan dengan ancaman keselamatan di tanah air.

"Beberapa tahun lalu terdapat juga kes letupan kecil berlaku di luar Kedutaan Indonesia di Paris. Ia didapati tiada kaitan dengan ancaman nasional," menurut Teuku Faizasyah yang merupakan jurucakap Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono .

Kedutaan berkenaan di Paris dan agensi perisikan Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis bagi menyiasat insiden tersebut.

"Duta Indonesia berada di lokasi tetapi tidak dapat menghampiri tempat kejadian. Banyak tingkap yang pecah tetapi belum ada laporan mengenai kecederaan atau kematian yang melibatkan staf Indonesia. Kami sedang menunggu perkembangan kes ini," kata Menteri Koordinasi Keselamatan, Djoko Suyanto. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Penduduk marah projek pelabuhan Dawei di Myanmar

Posted by Admin 0 comments
BEBERAPA orang bekerja di projek pelabuhan laut dalam Dawei di Myanmar pada 27 Januari lalu. - AFP

MAYINGYI - Kemarahan orang ramai meningkat di Myanmar ekoran rancangan untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam yang bakal menyebabkan ribuan penduduk kampung terpaksa berpindah.

Projek pelabuhan Dawei itu merupakan kunci utama dalam rancangan negara miskin ini untuk membangunkan ekonominya dengan memberikan jirannya, Thailand laluan ke Lautan Hindi dan pasaran ke Barat.

Namun, ketika pentadbiran di negara yang pernah dikenali dengan nama Burma itu giat melakukan pembaharuan, penduduk kampung di selatan negara ini semakin lantang menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan berkenaan.

"Kami tidak mahu berpindah. Rantau kami memiliki kelapa, buah pinang, gajus dan asam jawa. Kami ada semua yang kami perlukan," kata seorang petani yang berusia 53 tahun, San Nyein.

Menurut anggaran rasmi, kira-kira 20,000 penduduk yang tinggal di penempatan sepanjang perairan Andaman dekat sempadan Thailand akan dipindahkan bagi membolehkan projek tersebut dilaksanakan.

Pihak berkuasa telah berjanji akan menempatkan penduduk kampung ke kawasan kediaman baharu yang dilengkapi kemudahan sekolah, hospital dan kedai selain kemudahan air paip dan bekalan elektrik.

Projek Dawei melibatkan pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam dengan dilengkapi rangkaian jalan raya yang menghubungkan Myanmar dengan Thailand, Kemboja dan Vietnam. Ia juga melibatkan pembinaan sebuah zon industri mega, jalan kereta api, talian komunikasi dan saluran paip gas serta minyak.

Kos keseluruhan projek itu dianggarkan boleh meningkat kepada AS$50 bilion (RM153.83 bilion).

Projek itu diketuai syarikat gergasi Ital-Thai dari Thailand. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Bas dihempap penghadang simen

Posted by Admin 0 comments
SEBUAH bas dihempap serpihan simen di bandar raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pemandu sebuah bas awam cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya dihempap serpihan simen yang terjatuh dari sebuah jejambat di sini kelmarin.

Simen itu retak akibat gegaran gempa bumi sekuat 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan bahagian tengah dan selatan Mexico.

Ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut.

Pusat gempa bumi itu terletak 525 kilometer ke timur Ometepec di negeri Guerrero pada kedalaman 18km.

Sebanyak 1,600 buah rumah dilaporkan rosak manakala 11 orang mengalami kecederaan. - AGENSI

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Gaun pengantin paling panjang di dunia

Posted by Admin 0 comments
 

BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.

Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.

Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.

Pihak Guinness Book of World Recordsmengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas

Posted by Admin Wednesday, March 21, 2012 1 comments
BEBERAPA mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya kelihatan 
seperti mulut seorang askar Jepun sedang ternganga di sebuah hotel di Harbin, China.

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 21032012

Si Manja seperti makhluk asing

Posted by Admin Tuesday, March 20, 2012 0 comments
WAJAH menakutkan kucing Don Sphynx dengan empat taring dan telinga runcing seperti tanduk.

BISHKEK (Kyrgyzstan): Dengan wajah seperti ini anda mungkin ingin bersembunyi di dalam rumah saja.

Rupa kucing Don Sphynx yang kelihatan seperti makhluk asing ET ataupun Gremlin menarik perhatian ratusan pengunjung dalam pameran kucing. Kucing dengan wajah menakutkan dalam foto ini yang seolah-olah mengalami hari malang dipamerkan di Bishkek, Kyrgyzstan hujung minggu lalu. Kira-kira 100 haiwan dari Kazakhstan dan Kyrgyzstan mengambil bahagian dalam acara itu, memberikan peluang kepada pamiliknya untuk mempamerkan haiwan peliharaan mereka yang cantik mahupun pelik.

Anak kucing ini menarik perhatian dengan giginya yang berbentuk seperti empat taring dan lidah merah menyala. Dengan berkulit hitam berkedut ia menunjukkan matanya yang hijau kehitaman serta telinga runcing seperti tanduk. Kucing kacukan ini disifatkan sebagai manja, suka berkawan dan bermain, selain cerdik.

Kucing Don Sphynx tanpa bulu berasal dari Russia. Pembiakan pertama bermula pada 1987 di bandar raya Rostov-on-Don di Russia.

Profesor di Institut Pedagogi Negeri, Elena Kovaleva menemui beberapa kanak-kanak lelaki bermain bola sepak dengan sebuah beg. Di dalam beg itu ada seekor kucing yang ketakutan dibawanya pulang dan dipelihara, tetapi ia membesar kehilangan banyak bulu dan kemudian melahirkan anak kucing tanpa bulu. - DM

- Dipetik dari myMetro 20032012

Empat mati ditembak di depan sekolah Yahudi

Posted by Admin 0 comments

TOULOUSE, Perancis - Seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan semalam di depan sebuah sekolah Yahudi di bandar ini.

Menurut pejabat pendakwa raya, dalam kejadian itu, seorang rabai Yahudi, dua anak lelakinya dan seorang lagi kanak-kanak mati.

Ia merupakan kejadian tembakan ketiga yang melibatkan serangan bermotosikal di negara ini dalam tempoh seminggu.

Pihak pendakwa raya kini mencari bukti sama ada kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pihak pengganas.

Namun, motif serangan itu setakat ini masih belum diketahui.

Sebelum ini, dua serangan maut berlaku di Toulouse yang menyebabkan tiga anggota tentera Perancis terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Menurut laporan media, anggota tentera itu berketurunan Arab.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat sekolah itu dan mengarahkan kawalan keselamatan dipertingkatkan di bangunan milik Muslim dan Yahudi.

Beberapa saksi menyatakan lelaki yang melepaskan tembakan itu merupakan pekerja di sekolah berkenaan.

Perancis mempunyai paling ramai penduduk Yahudi di barat Eropah iaitu seramai 500,000 orang.

Negara ini turut mempunyai lima juta pendu-duk Muslim yang dianggap terbesar di barat Eropah. - Agensi

- Dipetik dari KOSMO! Online 20032012