-->

Dapur bergerak Lee Kum Kee

Posted by Admin Wednesday, March 21, 2012 0 comments

DARI jauh kelihatan orang ramai mengerumuni sebuah van berwarna merah di kaki lima pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor akhir bulan lalu.

Bunyi orang sedang menumis dan kuali berlaga dengan sudip kedengaran dari van tersebut. Sebaik juadah siap dimasak, orang yang mengelilingi van merah tersebut dihidang bagi merasa makanan yang dimasak chef menggunakan produk Lee Kum Kee.

Van yang dilengkapi peralatan dapur atau lebih mudah dipanggil dapur bergerak adalah cara terbaharu pihak Lee Kum Kee mempromosi produk-produk mereka kepada orang ramai di seluruh Malaysia.

Dapur bergerak Lee Kum Kee akan bergerak ke 70 buah lokasi di seluruh negara antaranya Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan sekitar Lembah Klang.

Di setiap lokasi, kakitangan Lee Kum Kee akan mengadakan demonstrasi masakan selama 60 minit yang menyediakan sebanyak enam jenis hidangan.

Sepanjang demonstrasi, chef-chef yang bertugas akan berkongsi bersama-sama orang ramai mengenai tip-tip memasak selain mengedar makanan untuk dirasa. Jualan murah produk keluaran jenama Lee Kum Kee turut dijalankan.

Makanan adalah asas kasih sayang. Dengan makanan, seorang ibu akan memastikan anak-anak dapat membesar dengan sihat, manakala seorang bapa akan bekerja keras mencari rezeki supaya anak-anak tidak mengalami kekurangan zat makanan.

CHEF WAN menunjukkan cara mudah menyediakan 
masakan ayam masak kicap.

Atas kepercayaan itu, Lee Kum Kee mengadakan kempen dapur bergerak itu semata-mata bagi meraikan kasih sayang dengan membawa lambang cinta itu kepada seluruh penduduk Malaysia.

“Dengan idea ini, kami mahu mendekati setiap orang bagi menyebarkan konsep kasih sayang,” kata Pengarah Jualan Lee Kum Kee bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Leong Chee Kang di Mutiara Damansara, Selangor.

Datuk Chef Wan yang hadir dalam majlis perasmian itu turut berkongsi cerita mengenai makanan dalam keluarga. Chef Wan yang lahir dalam sebuah keluarga besar yang memiliki tujuh orang adik-beradik sering menggantikan posisi ibunya untuk memasak.

“Jadi, saya sering menyediakan bahan-bahan mentah seperti udang kering dikisar dan bawang terlebih dahulu supaya senang ketika memasak,” ujarnya yang berpendapat produk Lee Kum Kee sangat menyenangkan.

Dalam acara tersebut, Chef Wan turut mengadakan demonstrasi hidangan ayam masak kicap yang disifatkannya sebagai masakan yang mudah dan boleh dimakan semua orang termasuk kanak-kanak.

Antara lokasi terawal dapur bergerak Lee Kum Kee adalah sekitar Cheras, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya sekitar bulan Mac sebelum menjelajah ke bahagian lain Semenanjung Malaysia.

Lee Kum Kee adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan seperti sos, kicap dan bahan perasa masakan dalam bentuk yang mudah digunakan.

Bagi yang ingin mendapatkan informasi mengenai kedudukan terkini dapur bergerak Lee Kum Kee anda boleh melayari laman web www.lkk.com.

- Dipetik dari KOSMO! Online 21032012

0 comments:

Post a Comment