-->

Malaga kejutkan Real

Posted by Admin Tuesday, March 20, 2012 0 comments
 

MADRID - Real Madrid mempersia-siakan peluang untuk melebarkan jurang mata di persada Liga Sepanyol selepas terikat 1-1 dengan Malaga di Stadium Santiago Bernabeu kelmarin.

Penyerang Malaga, Santi Cazorla muncul wira pasukan itu selepas menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.

Karim Benzema meletakkan Real di depan selepas menanduk masuk gol pada minit ke-34.

Ketika ini, Real mendahului Barcelona yang menghuni tangga kedua dengan kelebihan lapan mata selepas juara bertahan itu berjaya 'mencuri' tiga mata penuh dengan menewaskan Sevilla 2-0 pada Sabtu lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho berkata, keputusan seri itu bukan perkara yang luar biasa.

"Kamu mungkin tertanya-tanya kenapa kami seri pada perlawanan ini setelah melakar banyak kemenangan sebelum ini.

"Pasukan telah memberikan segala-galanya ketika di atas padang. Banyak peningkatan yang telah dipamerkan pada separuh masa kedua dan mendominasi hampir keseluruhan permainan serta mencipta banyak peluang," katanya.

Bagaimanapun Mourinho mendakwa, pengadil telah melakukan beberapa keputusan yang tidak berpihak kepada Real.

"Pengadil terlepas dua tendangan penalti dan dua ofsaid tetapi saya terima keputusan itu kerana perkara tersebut boleh berlaku dalam setiap perlawanan.

"Kini, pasukan masih mempunyai baki 11 perlawanan dan 33 mata untuk dimenangi dalam misi merebut gelaran juara liga pada musim ini," tambah Mourinho.

Penjaga gol kedua-dua pasukan terpaksa bekerja keras di awal permainan ekoran asakan demi asakan barisan penyerang masing-masing.

Benzema dan Cristiano Ronaldo mengetuai jentera serangan Real, manakala Jose Rondon di pihak Malaga. - AFP

- Dipetik dari KOSMO! Online 20032012

0 comments:

Post a Comment