102 peniaga dikompaun jual rokok bawah RM7
Friday, March 9, 2012
0
comments
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, operasi dinamakan ”Ops Basuh” di seluruh negara pada 27 dan 28 Februari lepas bertujuan memastikan peniaga mengikut garis panduan kementerian di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"Dalam operasi itu, sebanyak 1,598 kotak rokok dengan jumlah nilai pasaran berjumlah RM4,923 dirampas dari 39 kedai kerana melakukan kesalahan (menjual rokok di bawah harga minimum ditetapkan),” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, operasi membabitkan pemeriksaan terhadap 2,099 kedai itu disasarkan kepada peniaga yang menjual rokok di bawah harga minimum yang ditetapkan kerajaan dan menjual rokok tidak sah (rokok seludup).
"Dalam operasi itu, sebanyak 121 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada peniaga berkenaan,” katanya. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment