-->

Cuaca Panas sehingga Mac - Neraka Panas Sampai Bila - bila!!

Posted by Unknown Sunday, September 30, 2012 0 comments

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Yap Kok Seng, berkata ketika ini adalah musim yang lebih kering dan panas dalam kitaran satu tahun berikutan kurangnya kepulan awan yang berfungsi menyekat sinaran terik secara terus daripada matahari.

Pernahkah kita berfikir akan kepanasan neraka.

Neraka mempunyai 7 pintu yang ditutup rapat supaya suhu panasnya kekal pada tahap yang maksimum. Api neraka itu 69 kali kepanasan api di dunia. Para sahabat pernah mengatakan bahawa cukuplah kalau api neraka itu sepanas api dunia. Jawab Rasulullah “Kalau api neraka itu sepanas api dunia, ahli neraka masih boleh tidur di dalamnya“..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:“Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.” Sahabat-sahabat Baginda berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. ”Baginda s.a.w., bersabda: “Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. “

Matahari itu sangat juga panas kerana cahayanya berasal dari api neraka.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Telah diwakilkan kepada sembilan malaikat khas untuk melontar salji tiap-tiap hari kepada matahari. Kalau tidak dibuat demikian, terbakarlah alam ini”. (Riwayat Tabrani dari Abu Umamah).

Tidakkah Anda Takut

Fahami Konsep Halal

Posted by Unknown 0 comments

Mungkin kita pernah terbaca mengenai article ini, tapi masih ada lagi yang belum megetahui konsep sebenar HALAL. Article ini telah lama ditulis dan diambil daripada http://www.hmetro.com.my

PERKATAAN 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.

PERKATAAN 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.

Islam dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu".

Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci.

Justeru, peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan, terutama di kalangan usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata perkara yang menyedihkan apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam.

"Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand.

"Jika di tinjau di Asia Tenggara pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal," katanya.

Menurutnya, usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim.

"Bagaimanapun, kita bersyukur kerana masih ada usahawan Muslim yang berusaha untuk berebut peluang menguasai pengeluaran makanan halal.

"Sebagai contoh, syarikat milik penuh Bumiputera dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal.

"Meskipun kita 'malas' memikirkan mengenai isu ini, apa yang membimbangkan ialah kesan kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang.

"Iman adalah teras pembentukan jiwa dan peribadi Muslim selain pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna," katanya.

Pengarah Jati Mahkota HPA cawangan Kuantan, Jaafar Abd Ghani, berkata masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam mengenai konsep halal dan haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

"Kita perlu mengubah tanggapan mereka makanan yang halal bukan makanan daripada khinzir saja, tetapi meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam.

"Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah punca makanan itu sendiri seperti daging yang digunakan.

"Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam, tetapi mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak," katanya.

Katanya, kaedah penyembelihan haiwan juga perlu dijelaskan kepada masyarakat bukan Islam yang kebanyakannya tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam.

"Peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran perlu disembelih oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dipasarkan, " katanya.

Menurutnya, cara pengurusan makanan serta pemprosesannya perlu terhindar daripada sebarang najis atau bercampur dengan bahan haram di sisi Islam.

Katanya, campuran bahan makanan juga wajar diberi perhatian sama ada ia bebas dari campuran alkohol atau minyak lemak babi.

"Ada restoran yang mempamerkan lambang halal, tetapi bahan makanannya dicampur dengan alkohol atau barang terlarang di sisi Islam.

"Ia berlaku di kebanyakan restoran serta hotel yang menggunakan khidmat tukang masak luar negara," katanya.

Rela Dimasukkan ke dalam Neraka

Posted by Unknown 0 comments

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.

Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan.

Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Posted by Unknown 0 comments

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2.Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

Pengertian Dosa Besar

Posted by Unknown 0 comments


Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Disebabkan Masih ramai yang tidak mengetahui apakah itu dosa besar, hati saya terdetik untuk mengeluarkan post kali ini yang "bertajuk pengertian dosa besar".Jika kita lihat kepada tajuk ini, memanglah nampak agak simple tapi bagi yang belum mengetahui dan memahami apakah erti dosa besar itu amatlah berguna untuk kita menambahkan sedikit ilmu yang belum cukup kita terokai...

Ilmu Allah ini sungguh banyak, Jika semua rating-rating kayu dijadikan pen@Pensil dan air laut dijadikan dakwat nescaya belum pernah cukup untuk menulis ilmu Allah ini.

jadi marilah kita renung-renungkan akan kesilapan kita ketika berada di bumi Allah ini.

soalan, “Bolehkah kita memberi penilaian pada sebuah maksiat yang dulu belum pernah ada sebagai dosa besar?”

Jawab:

Tidaklah diragukan bahwa dosa itu ada dua macam, dosa besar dan dosa kecil.

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)” (QS an Nisa’:31).

Namun para ulama berbeda pendapat tentang jumlah dosa besar. Ada yang berpendapat tujuh, tujuh puluh dan tujuh ratus. Ada pula yang mengatakan bahwa dosa besar adalah semua perbuatan yang dilarang dalam syariat semua para nabi dan rasul.

Pendapat yang paling kuat tentang pengertian dosa besar adalah segala perbuatan yang pelakunya diancam dengan api neraka, laknat atau murka Allah di akherat atau mendapatkan hukuman had di dunia. Sebagian ulama menambahkan perbuatan yang nabi meniadakan iman dari pelakunya, atau nabi mengataan ‘bukan golongan kami’ atau nabi berlepas diri dari pelakunya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barang siapa yang menghunuskan pedang kepada kami, kaum muslimin, maka dia bukan golongan kami” (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang menipu kami maka dia bukan golongan kami” (HR Muslim).

Mencuri adalah perbuatan yang memiliki hukuman had yaitu potong tangan maka muncuri adalah dosa besar. Zina juga memiliki hukuman had sehingga termasuk dosa besar. Membunuh juga dosa besar. Namimah atau adu domba juga dosa besar karena sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Orang yang melakukan namimah itu tidak akan masuk surga” (HR Bukhari dan Muslim).

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (QS an Nisa’:10). Dalam ayat ini ada ancaman neraka bagi orang yang memakan harta anak yatim sehingga perbuatan ini hukumnya dosa besar.

[Disarikan dari Ajwibah Mufidah an Masa-il Adidah karya Syaikh Abdul Aziz ar Rajihi hal 1-4].

I Love Islam 

Marilah Sama-Sama Kita Alunkan Selawat Ke Atas Nabi Junjungan.

Posted by Unknown 0 comments



Marilah Kita sama-sama Berselawat ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersemperna hari Keputreraan Baginda 1431 Hijrah.


Marilah Sama-Sama Alunkan alunan selawat ke Atas Rasul junjungan kita. Semoga Kita Mendapat syafaat Baginda S.A.W. di Akhirat Kelak.

Amin Ya rabbala'lamin

Rahmat Yang Meliputi Ummat

Posted by Unknown 0 comments

Maha suci Allah, yang berhak menerima segala pujian dan sanjungan atas segala limpahan nikmat dan rahmatnya. Dia-lah Allah yang telah melimpahkan segenap nikmat atas seluruh makhluknya, tanpa pernah terputus oleh zaman, dan tiada pula terbatas oleh hitungan. Allah swt berfirman dalam kitabnya yang agung : “Jika kalian menghitung-hitung nikmat Allah, maka kalian takkan mampu menghitungnya” (QS an-nahel 18).

Maka suatu kewajiban bagi hamba-hamba Allah untuk mensyukuri segala nikmat yang sangat luas tersebut, dengan memelihara segala nikmat dan rahmat yang telah dilimpahkan Allah swt.

Salah satu nikmat teragung yang dikurniakan Allah swt kepada makhluknya adalah dengan wujudnya seorang manusia pilihan yang telah diciptakan sebagai perwujudan bagi rahmatnya atas seluruh alam, yang tiada lain manusia itu adalah sang insan yang sempurna Sayyidina Muhammad saw. Maha benar Allah swt yang telah berfirman : “Dan tidaklah aku utus engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi seluruh alam” (QS al-anbiya’ 107).

Pada diri dan sifat-sifat beliau terpancar rahmat yang sangat luas, Rasulullah rahmat bagi segenap manusia, Rasulullah adalah rahmat bagi jin dan manusia, bahkan beliau adalah rahmat bagi binatang, rahmat bagi si mukmin, dan rahmat bagi si kafir, serta bagi orang munafik sekalipun. Allah swt berfirman : “Sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari golongan kalian sendiri, terasa berat baginya penderitaan kalian, ia sangat mengharapkan kebaikan (keimanan dan keselamatan) bagi kalian, amat belas kasihan lagi penyayang bagi umat mukmin (QS at-taubah 128).

Diriwayatkan bahwa suatu hari Rasulullah saw sedang berjalan di terik matahari, karena letih beliau beristirahat sejenak dengan menyandarkan punggungnya di dinding sebuah rumah, sedang pemilik rumah tersebut adalah seorang wanita yahudi yang sangat membenci Rasulullah saw. Lalu datang Jibril as dan berkata kepada Rasulullah saw : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya pemilik rumah itu adalah seorang wanita yahudi yang sangat membencimu, dan Allah memerintahkanmu untuk meningggalkan tempat itu.” Kemudian Rasulullah saw pun beranjak dari tempat itu.

Namun beberapa saat kemudian, datanglah kembali Jibril as dan berkata, “Wahai Rasulullah, Allah swt memerintahmu untuk kembali ke tempat itu, karena Allah swt telah menurunkan rahmat-Nya bagi wanita pemilik rumah itu, dikarenakan punggungmu telah menempel pada dinding rumah itu.”

Kemudian Rasulullah kembali dan wanita itupun segera menyambut beliau di rumahnya seraya berkata, “Wahai Muhammad tadi ketika engkau bersandar pada dinding rumahku ini, engkau adalah manusia yang paling aku benci, tetapi sekarang engkau adalah manusia yang paling aku cintai di dunia ini”. Wanita itupun akhirnya memuluk islam dan menjadi wanita yang shalihah. Betapa indah rahmat Allah yang diturunkan melalui hamba pilihanya ini.

Adapun sebagian dari rahmat Rasulullah saw bagi ummat ini adalah, kemudahan ajaran yang dibawa beliau bagi ummatnya. Sebuah ajaran suci dan agung, risalah yang menjadi penyempurna bagi risalah-risalah sebelumnya, namun jauh dari hal-hal yang memberatkan ummatnya. Berbeza dengan syariat yang di bawa para Nabi pendahulunya, beliau memiliki syariat yang paling ringan bagi ummatnya, hal ini karena kasih sayang beliau yang sangat tinggi kepada ummatnya, sebagaimana beliau sabdakan, “Sesungguhnya aku telah datang kepada kalian dengan membawa syariat yang suci dan mudah.”

Diantara bukti kasih sayang beliau dan kemudahan ajaranya adalah dalam hal bersiwak, Rasulullah saw menganjurkan ummatnya agar bersiwak, sebagaimana diriwayatkan bahwa siwak membawa banyak sekali manfaat bagi mereka yang menggunakanya, akan tetapi di sisi lain beliau juga tidak ingin hal ini diwajibkan atas ummatnya, karana khawatir jikalau ummatnya takkan mampu melaksanakan kewajiban tersebut. Rasulullah saw bersabda : “Jika aku tidak takut akan memberatkan ummatku, maka aku akan wajibkan bagi mereka untuk bersiwak di setiap wudhu.”

Bukan hanya mereka yang beriman, akan tetapi bagi mereka yang munafik atau bahkan kafir sekalipun juga mendapat rahmat beliau, karena selama wujudnya Rasulullah saw di dunia ini orang-orang munafik dapat hidup dengan tenang tanpa diperangi. Karena rahmat beliau pula, Allah swt tidak menurunkan adzab-Nya bagi orang-orang kafir, hingga mereka tidak mengalami seperti yang dialami kaum Nabi Nuh as yang ingkar, atau kaum Aad, kaum Tsamud, juga kaum Nabi Luuth as, yang mana Allah swt telah meratakan mereka dengan adzab-Nya setelah mereka mendustakan para Nabi utusannya tersebut.

Hal ini diabadikan dalam firma-Nya, “Dan tiada Allah akan menyiksa mereka orang-orang kafir itu, selagi engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka” (QS al-anfal 33)

Tiada satupun dari makhluk di alam ini, kecuali telah mendapat bagian dari rahmat Nabawiyyah yang di bawa Rasulullah saw, terlebih lagi bagi kaum lemah dan faqir miskin. Beliau adalah ayah bagi setiap anak yatim, dan beliau pula insan yang memiliki kepedulian yang sangat tinggi pada para janda yang kekurangan. Bahkan makhluk yang bernama binatang sekalipun ikut merasakan sentuhan kasih sayang beliau, seperti larangan beliau kepada ummatnya untuk tidak membuang hajat pada tanah yang berlubang. Dikhawatirkan di dalamnya menjadi tempat tinggal bagi binatang-binatang kecil. Atau anjuran beliau agar ummatnya menyembelih haiwan dengan cara yang baik, supaya tidak menyiksa haiwan tersebut, seperti yang disebutkan dalam hadits, bahwa Rasulullah saw bersabda : ”Sesungguh Allah swt telah menetapkan kebaikan atas segala sesuatu, maka apabila engkau menyembelih haiwan, hendaknya engkau lakukan dengan cara yang baik, dan jika engkau makan, makanlah dengan cara yang baik.”

Demikian luas rahmat yang ada pada Rasulullah saw meliputi seluruh alam. Namun sepentasnya bagi kita sebagai ummatnya untuk kembali merenung, seberapa besarkah bagian yang kita peroleh dari rahmat tersebut? Sudahkah kita dapat dengan benar merasakanya? Sungguh satu hal yang tidak mudah, melainkan bagi mereka yang menggunakan mata hatinya untuk memandang rahmat tersebut dan getar keimananya bergerak merasakan rahmat tersebut, serta kejernihan akal yang dianugerahkan Allah swt memacunya untuk memperkukuhkan ketaatan kepada syariat yang di bawa junjungan kita Sayyidina Muhammad saw.

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang taat dan dapat meneladani dan meneruskan perjuangan Rasulullah saw, amin...

I Love Islam 

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Posted by Unknown 0 comments

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang

sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku
bersih”

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini

merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa

diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” 

sebanyak 3X.

Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri

sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku

sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum

senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku,

esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian

saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya

Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-
perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak
sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang makan.

Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

I Love Islam 

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Posted by Unknown 0 comments

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan

dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti- aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

I Love Islam 

Ilmu Agama akan beransur-ansur Hilang

Posted by Unknown 0 comments
Hadis Keempat Daripada 40 hadis.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

(H.R. Muslim)

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

I Love Islam 

Most beautiful word

Posted by Unknown 0 comments
Most beautiful word = ALLAH


Most beautiful song = AZAN


World's perfect encyclopedia = AL-QURAN




Best exercise = PRAYING


Best diet = FASTING



Subhanallah.

10 Peringatan Bumi.

Posted by Unknown 0 comments

Untuk Peringatan diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah wahai anak adam bahawa Bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik R.A.

Sesungguhnya setiap hari BUMI menyeru kepada MANUSIA dengan SEPULUH perkara.

Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, terapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.

Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menagis di dalam perutku.

bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.

Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.

Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, Tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.

Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dihina didalam perutku.

Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.

Engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

"Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan, bertaqwalah kepada Aku wahai orang yang berfikir." (Al-Baqarah ayat 197)

I Love Islam 

Jagalah 7 Sunnah Nabi S.A.W.

Posted by Unknown 0 comments


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga TUJUH sunnah Nabi setiap hari ... :

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

I Love Islam 

Berikan kebebasan kepada anak memilih.

Posted by Unknown 0 comments

Salah satu keunikan manusia berbanding hidupan lain ialah keupayaan berfikir dan seterusnya membuat kesimpulan yang rasional. Walaupun semua orang berkeupayaan melakukan proses kognitif ini, namun tidak semua orang berani mengemukakan pandangan atau hasil pemikirannya. Hal ini berlaku antaranya disebabkan oleh didikan dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang semasa zaman kanak-kanaknya.

Kanak-kanak biasanya kurang diberikan kebebasan untuk membuat pilihan atau keputusannya sendiri. Kebiasaannya ibubapalah yang menjadi 'dicision- maker'. Secara tidak langsung, amalan ini seolah-olah mengongkong kebebasan mereka untuk memberi pandangan; sekaligus mematikan sifat kreativiti mereka. Lama-kelamaan, mereka juga akan hilang keyakinan diri.

Sepatutnya, ibubapa melibatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan. Mereka seharusnya diberi peluang mengemukakan pandangan. Ini akan membantu mereka dalam perkembangan minda dan sekaligus anak-anak akan merasakan diri mereka lebih dihargai. Contohnya, apabila kita hendak membeli baju anak-anak. Sebaiknya bawalah bersama anak untuk memilih bajunya sendiri. Sekiranya kita merasakan mereka belum pandai membuat pilihan yang terbaik, pilihlah beberapa helai dan biarlah keputusan akhir dilakukannya sendiri.

Dalam Islam, kita digalakkan untuk bermusyawarah. Budaya ini sepatutnya disemai di dalam institusi kekeluargaan bilamana hendak membuat sebarang keputusan yang penting dalam keluarga. Selain melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan, ia juga dapat mengeratkan talian kekeluargaan dan sifat percaya-mempercayai sesama ahli keluarga.

Hargailah pandangan anak-anak. Jika pandangan mereka tidak dapat diterima atau kurang menepati kehendak syariat, berikan kepada mereka alternatif. Elakkan daripada 'mencantas' setiap luahan rasa mereka. Jika anak-anak dihargai, insya Allah mereka akan membesar menjadi insan yang lebih proaktif dan berani.

Bagilah Aku Ketabahan Menghadapi Keputusan SPM.

Posted by Unknown 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang terlepas dari penguasaanMU dan tidak pula Kau memerlukan pembantu dalam menguruskan kursiMU.

Allahummasoli a’la saidina Muhammad, Wa a’la ali saidina Muhammad. Salam selawat ke atas kekasihmu, Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Kurniakanlah kedudukan tertinggi kepada baginda dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Baginda.

Ya Ghoffar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami serta muslimin dan muslimat yang engkau kasihi dan redhai sekalian. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada ibu-bapa kami dan berikanlah kesihatan berpanjangan kepada mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.

Ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan agamaMU yang lurus. Tambahkanlah iman kami dan kurniakanlah sifat bersyukur dalam hati kami di atas segala nikmat kurniaanMu.

Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah rezeki yang halal kepada kami dan berkatilah makan minum kami. Jauhilah kami daripada azzab api neraka dan Kubur.

Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berhimpun dengan penuh rendah diri menadah tangan sebagai hambaMu, memohon keberkatan dan kekuatan dariMU bagi menghadapi keputusan SPM yang akan keluar pada 11.3.2010 ini ya Allah

Ya Allah berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon darimu, Anugerahkanlah kejayaan dalam peperiksaan kami ini Ya Allah. Anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami Ya Allah, Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian Ya Allah. Engkau yang Maha Agung Lagi Bijaksana. Semoga Kejayaan Mengiringi Kami Ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya kami telah berusaha sedaya yang kami mampu dalam mempelajari setitis daripada selaut ilmumu. Oleh itu Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu tersebut kepada kami Ya Allah. Ya Allah Kurniakanlah kejayaan Kepada Kami Semua Ya Allah.

Ya Allah, jauhilah kami dari kegagalan agar tidak mendatangkan fitnah ke atas usaha dakwah yang kami lakukan dan berikanlah kejayaan kepada kami agar kami dapat membina kembali kegemilangan ketamadunan Islam.

Ya Razzak, sekiranya kejayaan yang engkau berikan kepada kami dalam peperiksaan tersebut maka jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan merendah hati. Jauhilah kami dari sifat angkuh dan takabbur. Dan tanamkanlah kedalam hati kami kekuatan untuk terus berbakti dalam mendaulatkan agamaMU. Jauhilah kami dari lalai dan leka dalam mengingatiMu dengan sedikit cubaan kejayaan.

Ya Allah, sekiranya engkau menetapkan kegagalan kepada kami, bimbinglah kami untuk menghadapi ujianMu ini dengan penuh kesabaran. Jauhilah kami dari bersedih dan kecewa hingga membawa kami jauh dari mengingatiMu. Janganlah engkau jadikan bebanan itu terlalu berat untuk kami tanggung. Sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah.

Ya Allah, engkau kurniakanlah keselamatan kepada saudara kami di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan berikanlah kesejahteraan kepada seluruh Ummat Islam serta kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam melawan musuh agama MU. Ya Allah, Engkau jauhilah kami dari fitnah Dajjal yang menyesatkan dengan tipu daya.

Rabbana atina Fiddunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah, Wa kina Azabbannar. Wa salallahuA’la saidina Muhamma, Wa a’la alihi wasabbihi wasallam, Walhamdulillahi Rabbil a’lamin. Amin Ya Rabbal a'lamin!

Daripada Kelas Pengartucaraan Komputer Sekolah menengah Teknik Besut. Doakanlah kejayaan buat kami !!.

Nasihat Para Ulama

Posted by Unknown 0 comments

Assalamua'laikum kepada semua pembaca, alhamdulillah dapat juga akhirnya menulis post yang baru. Rasanya sudah terlalu lama blog ni kesepian, ini kerana masalah kesibukan yang teramat maklumlah sudah bergelar mahasiswa. Alhamdulillah article kali ini disumbangkan oleh saudari Aziela. Saya berharap sama-samalah kita berkongsi ilmu "Apa yang ada kita bagi, dan apa yang tidak ada kita cari". Saya bukanlah pandai terutamanya ilmu-ilmu agama, jadi marilah kita sama-sama menghulurkan tangan membantu sesama islam.Ok, baiklah kita berbalik kepada tajuk utama kita "Nasihat Para Ulama".

Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri berkata:

“Sesungguhnya seorang mukmin adalah bertanggungjawab atas dirinya, (kerananya hendaknya ia senantiasa) mengintrospeksi diri kerana Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata.”

“Adalah hisab (perhitungan amal) di Yaumul Qiyamah nanti akan terasa lebih ringan bagi suatu kaum yang (terbiasa) mengintrospeksi diri mereka selama masih di dunia, dan sungguh hisab tersebut akan menjadi perkara yang sangat memberatkan bagi kaum yang menjadikan masalah ini sebagai sesuatu yang tidak diperhitungkan.”

“Sesungguhnya seorang mukmin (apabila) dikejutkan oleh sesuatu yang dikaguminya maka dia pun berbisik: ‘Demi Allah, sungguh aku benar-benar sangat menginginkanmu, dan sungguh kamulah yang sangat aku mahukan. Akan tetapi demi Allah, tiada (alasan syar’i) yang dapat menyampaikanku kepadamu, maka menjauhlah dariku sejauh-jauhnya. Ada yang menghalangi antara aku denganmu’.”

“Dan (jika) tanpa sengaja dia melakukan sesuatu yang melampaui batas, segera dia kembalikan pada dirinya sendiri sembari berucap: ‘Apa yang aku maukan dengan ini semua, ada apa denganku dan dengan ini? Demi Allah, tidak ada udzur (alasan) bagiku untuk melakukannya, dan demi Allah aku tidak akan mengulangi lagi selama-lamanya, insya Allah’.”

“Sesungguhnya seorang mukmin adalah suatu kaum yang berpegang erat kepada Al Qur`an dan memaksa amalan-amalannya agar sesuai dengan Al Qur`an serta berpaling dari (hal-hal) yang dapat membinasakan diri mereka.”

“Sesungguhnya seorang mukmin di dunia ini bagaikan tawanan yang (selalu) berusaha untuk terlepas dari perbudakan. Dia tidak pernah merasa aman dari sesuatupun hingga dia menghadap Allah, karena dia mengetahui bahwa dirinya akan dimintai pertanggungjawaban atas semua itu.”

“Seorang hamba akan senantiasa dalam kebaikan selama dia memiliki penasihat dari dalam dirinya sendiri. Dan mengintrospeksi diri merupakan perkara yang paling diutamakan.”

(Mawa’izh Lil Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal. 39, 40, 41)

Misteri Yakjuj dan Makjuj - Renungan Bersama

Posted by Unknown 0 comments


Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib Oleh Nasron Sira Rahim DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ??

I Love Islam 

Zina Adalah hutang - Betul ke..??

Posted by Unknown 0 comments
Seorang laki-laki Arab Badui mempunyai dua orang anak. Anak sulungnya laki-laki melanjutkan pelajarannya di Perancis, sedang anak perempuannya tinggal bersamanya.

Suatu hari anak perempuannya datang sambil menangis, Sang ayah pun bertanya kepadanya. Kemudian anak gadis tersebut menceritakan bahawa ia baru saja dipeluk dan dicium secara paksa oleh seorang laki-laki di jalanan. Terang saja setelah mendengar cerita anaknya Sang ayah pun marah, tapi kemudian ia tahan. Ia lalu menghubungi anaknya yang laki-laki melalui telefon.

Setelah menanyakan keadaan anaknya disana, sang ayah bertanya, “Apa yang kau lakukan disana.” Si anak pun berkilah tidak melakukan apa-apa, tapi setelah didesak si anak pun mengaku bahawa barusan dia duduk bersama teman wanitanya, berciuman dan berpelukan..

Sang Ayah pun berkata, “Bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, karena adikmu barusan mengalami hal yang sama seperti yang kau lakukan terhadap wanita itu.”

Subhanallah. Sungguh bijak perkataan Imam Syafi`i yang mengatakan, “Berhati-hatilah dengan zina, sebab zina adalah hutang. Barangsiapa yang berzina maka tunggulah perempuan-perempuannya (Ibu, saudara, isteri, anak, dll) akan dizinahi juga.”

Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh

Posted by Unknown 0 comments

Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau lahir sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a dan beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`.

Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan menginginkan Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam.

Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan Baginda dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pengsan sebagaimana biasanya beliau pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sadar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya), “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar:

Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak

Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang bisa dia merdekakan.

Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk shaum dua bulan berturut-turut

Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan shaum.

Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin

Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.

Nabi : Aku bantu dengan separuhnya

Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.

Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pakcikmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.

Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a'laihi salam yang mengandung banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya.

Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1)

Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab radhiyallahu 'anhu saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasihat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.

Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. “

Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

(SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)

I Love Islam 

Pahala Ribuan Tahun yang Tidak Kita Ketahui

Posted by Unknown 0 comments
15 Hari = Nilai 4166 Tahun

Sebagaimana dijelaskan Nabi Muhammad Saw, banyak kebaikan yang mendatangkan pahala berlipatganda. Di antaranya adalah memperbanyak solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi (HR. Ahmad). Di Masjidil Haram pahalanya dilipatkan 100,000 kali, di Masjid Nabawi dilipatkan 1000 kali. Pengertiannya, orang yang setiap hari solat rawatib 12 rakaat di selain Masjidil Haram satu tahun ia baru mendapatkan 4320 rakaat. Sedang dua rakaat di Masjidil Haram sama dengan 200,000 rakaat. Ertinya, untuk mendapatkan pahala solat 200,000 rakaat di selain Masjidil Haram amat lama padahal di Masjidil Haram cukup dua rakaat diperlukan waktu selama 40 tahun tiga bulan, dengan solat rawatib tiap harinya 12 rakaat. Bila seorang haji aktif solat jamaah di Masjidil Haram selama 15 hari berikut solat rawatib maka nilainya sama dengan solat 43,500,000 rakaat di luar Masjidil Haram, belum lagi dihitungkan solat jamaahnya. Ertinya, sama dengan ia solat di luar Masjidil Haram (sebanyak 17 rakaat solat wajib dan 12 rakaat rawatib) selama 4166 tahun lebih enam bulan.

Seperti Berusia 1215 Tahun

Soal Solat Berjemaah di Masjid, Nabi Muhammad Saw menyebutkan pahalanya lebih utama 27 darjat dari solat sendirian. (HR. Bukhari Muslim). Ertinya, bila ada dua orang yang satu biasa solat sendirian dan yang kedua selalu berjamaah sepanjang hidupnya maka seakan-akan umur yang selalu berjamaah lebih panjang 27 kali dari kawannya. Bila ia mula berjamaah sejak usia 15 tahun sehingga usianya 60 tahun, itu ertinya seperti berusia 1215 tahun, sedang rakannya tetap berusia 60 tahun. Dalam hal solat, muslimah memiliki keutamaan yang sangat istimewa. Sebab solatnya di rumah lebih baik daripada solat jemaah di masjid, sekalipun Masjid Nabawi. (HR. Ahmad). Erti waktu saja, seorang muslimah seakan memiliki usia 27 kali lebih panjang dalam hal kebaikan. Solat selain yang sarat pahala adalah solat sunnah di rumah. Solat sunnah di rumah berpahala 25 kali ganda dibanding solat di masjid atau jika dilihat orang lain. (HR. Abu Ya'la).

Pahala Sejumlah Jama'ah Shalat

"Pahala muadzin juga sangat besar. Ia mendapat pahala orang yang solat bersamanya. Di samping itu, dosa muadzin diampuni sepanjang suaranya (HR. Nasa'i)". Bila jamaah solat berjumlah 100 orang, ia mendapat pahala solat 100 orang tersebut, dengan berbagai keutamaan yang disebutkan di atas. Bila kita tidak pernah atau tak sempat adzan, kita cukup menjawab adzan dan bagi kita pahala seperti pahala muadzin. (HR. Abu Daud).

1 Jam Lebih Baik Daripada 60 Tahun

Jihad fi sabilillah dengan jiwa dan harta atau dengan salah satu daripadanya juga sangat menjanjikan. Nabi Saw bersabda : "Keberadaan seseorang dalam jihad fi sabilillah satu jam, sungguh lebih baik daripada ibadah 60 tahun." (HR. Ad-Darmi). Bagaimana pula jika dalam sehari, sebulan dan beberapa tahun ?.

Nilai Khatam Al-Quran Dengan Sesaat

Prinsip ekonomi, modal kecil untung besar berlaku pula dalam pahala bacaan Al-Qur'an. Nabi SAW bersabda "Qulhuwallahu ahad sama dengan sepertiga Al-Qur'an dan Qul ya ayyuhal kafirun sama dengan seperempat Al-Qur'an." (HR. Thabrani, shahih). Bila setiap hari kita membaca surat al-Ikhlas tiga kali, kita dapat pahala khatam Al-Qur'an sekali, empat kali surat Al-Kafirun juga berpahala satu kali khatam.

Dido'akan 70.000 Malaikat
Orang yang menjenguk si sakit akan didoakan 70,000 malaikat, dan selama melawat, ia (seakan) berada di kebun surga. (HR. Tirmidzi, Hasan). Padahal untuk minta didoakan 100 kyai saja, kita perlu waktu dan biaya besar buat mengundangnya. Ini tak tanggung-tanggung, cukup lawat si sakit 70,000 malaikat yang maksum mendoakan kita.Masih banyak lagi yang lain berpahala besar. Tetapi yang lebih penting, mari kita amalkan. Terakhir, ada amal yang menghasilkan deposit pahala abadi. Karananya kita perlu usahakan, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang selalu mendoakan kita. (HR. Muslim).

Hanya Untuk Allah Semata-mata, Hikmah dari berbagai pahala besar di atas adalah hendaknya kita tidak menyia-nyiakan usia meski sesaat untuk suatu kebaikan. Sebab setiap saat usia kita ada pertanggungjawabannya. Di samping itu, diberikannya berbagai bonus pahala tersebut agar kita lebih giat lagi beribadah. Insya Allah hidup kita akan produktif hingga ribuan tahun. Tidak hanya untuk kepentingan dunia, tapi juga untuk akhirat. Amin.

Sungguh Maha Pemurah Allah taa'la..tidak mahukah kita merebutnya..??

I Love Islam 

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Posted by Unknown 0 comments

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Kisah Bumi Dan Langit

Posted by Unknown 0 comments

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga." Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Batu-Batu Yang Aneh

Posted by Unknown Saturday, September 29, 2012 0 comments
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. 

Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

I Love Islam 

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Posted by Unknown 0 comments

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

12 Azab bagi Mereka yang Meninggalkan sembahyang

Posted by Unknown 0 comments

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.