-->

Fei Jianjun Lelaki Dengan Hidung Terbesar Di Dunia

Posted by Muhammad Zulfadhli Saturday, June 30, 2012 1 comments
Lelaki dalam foto ini di bernama Fei Jianjun.Beliau berusia 40 tahun dan menderita karsinoma badak. Beliau tidak menerima sebarang rawatan perubatan untuk hidung yang besar sebagai akibat daripada kemiskinan sehingga hospital yang ditawarkan kepadanya pembedahan percuma. Hidungnya saiz genggaman manusia.










Tabekpuang

10 Batu Paling Unik Dan Seimbang Di Dunia

Posted by syahira rusman 1 comments
Di dunia ini, ada banyak sekali hal menarik dan unik. Salah satu di antaranya adalah batu! Ya.. batu, mengapa batu menjadi begitu menarik? Salah satu alasannya adalah kerana batu itu sangat seimbang dan seolah-olah tergantung. Mari kita lihat 10 batu yang sangat seimbang dan unik ini.

10. Balanced Rock Colorado

Sama seperti namanya, batu ini terletak di the Garden of Gods dekat Pike `s Peak di Colorado springs , Colorado.

9. Balancing Rock, Digby, Nova Scotia, Kanada



Batu ini memiliki ketinggian sekitar 30 meter yang terletak di Nova Scotia, Kanada. Keseimbangannya sangat menakjubkan! Lihat saja betapa menakjubkan bagaimana batu itu mampu berdiri.

8. Idol Rock, Moor Brimham, North Yorkshire, England



Batu Idol ini menurut sumber memiliki berat sekitar 200 tan dan hanya ditampung oleh batu yang sangat kecil di bawahnya.

7. El Torcal de Antequera, Andalucia, Sepanyol



Torcal el de Antequera adalah sebuah menara batuan kapur. Kerana hakisan yang disebabkan oleh angin maka batu tersebut menjadi berbentuk seperti pancake. Lihatlah betapa seimbangnya batu pancake ini.

6. Kjeragbolten, Norway



Kjeragbolten atau Kjerag Boulder adalah sebuah batu seluas 5 meter persegi batuan. Batu itu berada di ketinggian di atas 1.000 meter di udara selama ribuan tahun. Kata orang di sana, selamat untuk berdiri di atas batu tersebut. Tapi jangan lihat ke bawah kerana sangat tinggi dan menyeramkan :)

5. Peyrou Clab, Sidobre, Perancis



Peyro Clabado terletak di Languedoc, Perancis. Batu ini mulai terbentuk dan terhakis sedikit demi sedikit pada 300 tahun yang lalu. Batu ini mencapai berat 780 tan!.

4. Mushroom Rocks, Kansas, USA


Batu ini dapat telah ditemui di Mushroom Rock State Park , di daerah Hills Smoky . Taman Cendawan Rock State Park berukuran seluas 5 hektar.

3. Chiremba Balancing Rocks, Epworth, Zimbabwe.


Chiremba Balancing Rocks terletak hanya beberapa batu dari Ibukota Zimbabwe atau dari Harare. Batu ini terhasil disebabkan oleh hakisan angin.

2. Mexican Hat Rock, Utah, USA



Dari jauh, batu tersebut akan nampak seperti topi dari Mexico. Mexico Hat terletak di luar Monumen Valley selatan-pusat San Juan County, Utah. Batu ini memiliki lebar 60 kaki dan tebal 12-kaki .

1. The Steady Hand Of Man


Batu ini dibentuk oleh seorang seniman, Daliel Leite. Dia mendapat inspirasi dari objek batu yang seimbang dari seluruh dunia dan ia mencuba untuk membuat batu seimbang oleh tangannya sendiri dalam skala kecil.

Misteriousgrapersz

Justin Bieber Di Siasat Polis Setelah Memukul Seorang Juru Gambar

Posted by Muhammad Zulfadhli 1 comments
Justin Bieber akan segera disoal siasat Polis California Los Angeles lantaran memukul seorang jurugambar. Sheriff Robert Wiard menyatakan, polis mendapat laporan dari jurugambar itu.

Si fotografer menceritakan, ia cuba mengambil gambar Bieber bersama kekasihnya, Selena Gomez. yang baru keluar dari pawagam The Commons di Calabasas, California, Amerika Syarikat. Tiba-tiba Bieber malah memukulnya hingga ia mengalami kecederaan di bahagian dada. Si fotografer pun dilarikan ke hospital.

Wiard juga menyatakan, pasangan penyanyi itu telah pergi saat polis baru datang di tempat kejadian. "Polis California akan menghubungi mereka untuk disoal siasat," tegasnya.










Tabekpuang

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Allah S.W.T.

Posted by syahira rusman 0 comments
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :



1. Orang lelaki yang bersolat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Gambar Kanak-Kanak Di Sembelih Tentera Basyar al Assad Di Syria

Posted by Muhammad Zulfadhli 0 comments
Rejim Bashar mengganas lagi kali ini dengan menyerang perkampungan Haulah dan menyembelih 114 orang awam termasuk 55 kanak kanak! Paling tragis, kanak kanak itu disembelih setelah tangan mereka diikat. Berikutan kejadian kejam itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar. Menurut Harian Metro Online, penyembelihan Haulah diadakan kerana Rejim Basharberang dengan kematian pembesar mereka.


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban.


Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.

Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.

"Tentera Syria Tidak" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.


Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.

Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar.

Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.

Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. Al-Fatihah.



Tabekpuang

10 Sebab Solat Tidak Diterima

Posted by syahira rusman 0 comments
Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham berjalan-jalan di Basrah dan sesorang berkata kepadanya, "Wahai Abu Ishaq, Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran : "Berdoalah kepadaKu, nescaya Kukabulkan doamu." Tetapi kami telah berdoa sejak setahun yang lalu dan sehingga kini belum ada yang dikabulkan."

Maka Ibrahim Adham berkata, "Wahai saudara-saudaraku, barangkali hati kalian telah tertutup oleh sepuluh perkara sehingga doa kalian tidak dimakbulkan iaitu :

1. Kalian mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi kalian enggan memenuhi hak-hak-Nya.

2. Kalian suka membaca Al-Quran tetapi enggan mengamalkan isinya.

3. Kalian tahu syaitan itu musuh kalian yang nyata tetapi kalian mentaatinya dan menyetujui ajakannya.

4. Kalian mengaku sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi kalian engggan melaksanakan sunnah-sunnah Baginda.

5. Kalian mendambakan syurga tetapi enggan mengerjakan amalan yang dapat memasukkan kalian ke dalam syurga.

6. Kalian menginginkan selamat seksa daripada neraka tetapi apa yang kalian lakukan adalah perbuatan-perbuatan yang menyebabkan kalian masuk ke dalamnya.

7. Kalian mengetahui mati itu sesuatu yang pasti tetapi kalian enggan mempersiap sediakan bekalan untuknya.

8. Kalian gemar meneliti aib orang lain tetapi aib diri kalian sendiri tidak pernah diteliti.

9. Kalian makan dan menikmati pemberian Allah tetapi kalian enggan mensyukuri nikmat-Nya.

10. Kalian biasa memakamkan jenazah teman-teman kalian tetapi kalian tidak mahu mengambil pengajaran daripada pemakaman itu. "

Misteriousgrapersz 

3 Beradik Lelaki Dari Keluarga Ini Memiliki Payudara Seperti Wanita (+Video)

Posted by Muhammad Zulfadhli 0 comments


Magueyal, Republik Dominican, Ramirez bersaudara semuanya adalah lelakii. Namun kerana keadaan genetik jarang ditemui 3 beradik ini mempunyai payudara besar seperti wanita. Tak jarang keadaan yang aneh membuat mereka sering menjadi bahan olok-olokan. Bertuah, kini payudara besar tersebut telah berjaya di bedah.

Ramirez bersaudara yang berasal dari Republik Dominican ini mengalami Gynecomastia, keadaan genetik yang terjadi pada lelaki kerana mengalami ketidakseimbangan hormon.

Gynecomastia biasanya ditandai dengan pertumbuhan abnormal pada payudara lelaki. Hal ini berkaitan dengan pertumbuhan jaringan payudara. Keadaan ini mungkin terjadi pada salah satu atau kedua-dua payudara.

Doktor mengatakan keadaan ini banyak mempengaruhi anak lelaki dari bandar luar bandar selatan Magueyal. Kemungkinan besar hal ini disebabkan kerana anomali hormonal yang disebarkan melalui generasi gen bawaan kecil di kawasan tersebut.

Bertubuh lelaki namun dengan payudara seperti wanita tentu saja membuat 3 kakak beradik ini sering diganggu, diejek bahkan dipukul oleh teman-temannya.

Sayangnya, si ayah hanya bekerja sebagai penjual warung, sedangkan ibunya telah pergi sejak 3 bersaudara ini kecil. Hal ini membuat keluarga tak mempunyai kos untuk melakukan pembedahan.

Felipe, ayah ketiga beradik ini pun meminta bantuan melalui program berita Zona5. Bertuah, permohonan tersebut disambut baik oleh pegawai perubatan Marcelino Velez Santana Hospital dan semua perbelanjaan operasi ditanggung oleh Dr Pedro Antonio Delgado, sang pemilik hospital.


Yeuri (17 tahun), Daniu (12 tahun) dan Gabriel (11 tahun) menjalani rawatan dan akhirnya melakukan pembedahan pengangkatan payudara selama dua jam.

"Sangat sakit tapi sekarang saya merasa baik. Sekarang mereka tidak boleh lagi mengejek kami," jelas Yeuri, si sulung Ramirez bersaudara, pada televisyen tempatan, seperti dipetik Dailymail, Sabtu (26/5/2012).

Dr Elbi Morla yang mengendalikan mereka mengatakan bahawa tindakan pembedahan sangat penting dalam evolusi mereka. Ayahnya pun merasa sangat senang kerana boleh melihat ketiga-tiga anaknya menjadi lelaki normal.

Doktor kini terus memantau keadaan 3 adik-beradik ini dan memberi ubat untuk menyekat hormon wanita yang terus dihasilkan tubuh Ramirez bersaudara.




Rahsia Allah Tentang Solat Lima Waktu

Posted by syahira rusman 0 comments
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Misteriousgrapersz

[Video] Mark Zuckerberg Dan Isteri Tidak Sengaja Termasuk Di Rakam Dalam Iklan Tv Di China

Posted by Muhammad Zulfadhli 0 comments


Selepas pasangan ini berkahwin dan di ketahui media seluruh dunia,semua media tidak sabar ingin tahu dimana pasangan ini akan pergi berbulan madu..

Tapi itu tidak perlu bimbang..Kerana baru-baru ini,pasangan tersebut tidak sengaja termasuk dalam 1 siri tv dokumentari tentang kepolisian di china secara tidak sengaja..Perkara ini mengejutkan penduduk china apabila Mark Zuckerberg Dan Priscilla Chan masuk sewaktu pengambaran dokumentari tersebut secara tidak sengaja berjalan di belakang polis...Hal ini terjadi ketika pasangan tersebut mengunjungi Shanghai Baru-baru ini..

Ingin tahu video nya...Lihat promo dokumentari tersebut..


Perbezaan Antara Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Posted by syahira rusman 0 comments

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T. di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T. yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah S.W.T. yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah S.W.T. maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. 

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan. 


Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T., maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat 

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah: 


a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Jom Lihat Gambar Anak David Beckham Yang Sangat Comel Ini

Posted by Muhammad Zulfadhli 0 comments
Ini adalah gambar anak David Beckham iaitu Hatper Seven Beckham Lahir pada 10 julai 2011 di Los Angeles..Jom saksikan gambar comel budak ni..ekekek



















Tabekpuang