-->
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wow! - Mr Bean jadi pocong filem Indonesia

Posted by Unknown Monday, November 5, 2012 0 comments
Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.


Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.

Sumber : TaoTauAjer

Girls’ Generation di KLCC

Posted by Admin Friday, March 23, 2012 0 comments

KUMPULAN terkenal Korea Selatan, Girls’ Generation bakal membuat kemunculan sulung mereka di Malaysia untuk konsert Twin Towers@Live 2012 di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur pada malam ini. Kumpulan yang dianggotai sembilan gadis jelita itu mula popular menerusi single berjudul Gee pada tahun 2009 dan dikenali juga dengan Soshi atau SNSD dalam kalangan peminat setia.

Mereka kini popular dengan single berjudul The Boys. Menariknya, Girls’ Generation juga bakal berkongsi pentas dengan penyanyi popular, Nicole Scherzinger yang juga bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls.

Konsert tersebut diadakan sempena dengan perlumbaan Formula Satu (F1) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad ini. Kemunculan Girls’ Generation dan Scherzinger menggantikan penyanyi Kylie Minogue yang sepatutnya membuat persembahan pada konsert yang dinamakan sebagai Konsert F1 Rock, tetapi ia terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sebelum ini, Nicole Scherzinger pernah membuat persembahan sebanyak dua kali di Malaysia ketika masih menganggotai kumpulan Pussycat Dolls. Setelah Pussycat Dolls berpecah pada tahun 2010, Scherzinger masih meneruskan kariernya dan ini kali pertama dia muncul membuat persembahan secara solo di Malaysia,” ujar Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, pengerusi Jojo Events Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan kemunculan artis untuk persembahan pada konsert tersebut.

Artis-artis lain yang turut terbabit dalam konsert selama dua hari itu termasuklah Orianthi, Kelis, Rehsmonu, James Baum dan Faizal Tahir.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

M. Nasir cipta kejutan

Posted by Admin 0 comments

SABTU lalu, berlangsung sudah konsert minggu pertama program realiti hiburan Mania.

Empat penyanyi yang bertanding pada malam itu iaitu Stacy, kumpulan Estranged, Atilia dan Akim AF7 sudah mengetahui di bawah empayar komposer manakah mereka masing-masing akan bernaung.

Kini, cuma tinggal lapan penyanyi iaitu Adira, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hafiz AF7, Alyah, kumpulan Kristal dan Hazama AF9 yang belum mengetahui mereka di bawah bimbingan komposer yang mana satu.

Ternyata pelbagai kejutan yang dibuat oleh ketiga-tiga pemilik empayar Mania iaitu Datuk M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani dalam membuat pemilihan penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing oleh mereka.

Sangat bertentangan dengan genre muzik lazim M. Nasir, 54, ternyata pemilihan Stacy AF6 sebagai salah seorang daripada lima penyanyi di bawah empayarnya mencipta kejutan buat peminat.

Penyanyi dan komposer hebat itu turut mencipta kejutan apabila dilihat memberi reaksi terkejut menerima bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Ebi Kornelis yang terpilih daripada tiga senarai Hot Seat program Mania.

Ternyata, penerimaan komposer hebat itu untuk berusaha membentuk Ebi untuk turut merebut peluang menjadi juara Mania dengan gelaran Super Star Malaysia membuatkan penyanyi kelahiran Sabah itu melutut kegembiraan di atas pentas Mania.

Ditemui usai konsert minggu pertama di Studio 1, Astro, Kuala Lumpur baru-baru ini, M. Nasir memberitahu dia memilih Stacy kerana potensi luar biasa yang dimiliki penyanyi itu.


TIGA komposer unggulan (dari kiri) Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito menggalas 
tanggungjawab berat menentukan empayar siapa yang paling hebat antara ketiga-tiga mereka.


Yakin potensi juara AF6 itu boleh diperhebatkan lagi, M. Nasir turut memuji Stacy memiliki kesungguhan dan komitmen ketika mengadakan persembahan.

“Saya tertarik dengan kegigihan, disiplin dan komitmennya ketika mengadakan sesebuah persembahan. Dia sentiasa bersedia dalam setiap persembahannya,” ujarnya.

Ditanya mengenai genre pop dance yang dibawa Stacy bertentangan dengan genre lazim yang sering dihasilkannya, ungkap M. Nasir, Stacy tidak akan selama-lamanya membawakan muzik genre pop dance.

Sebaliknya, kata M. Nasir, dia akan memberikan lagu-lagu genre lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokal hebat Stacy untuk dipersembahkan sepanjang Mania berlangsung.

Mengulas mengenai format Hot Seat, ujar M. Nasir, ia merupakan satu cabaran yang harus diterimanya.

Format Hot Seat telah menetapkan bahawa ketiga-tiga M. Nasir, Dhani dan Aubrey tidak diberi hak untuk memilih, sebaliknya masing-masing perlu menerima penyanyi tertentu yang diberikan oleh penerbit untuk dibimbing bagi merebut gelaran Super Star Malaysia.

Tambahnya: “Ia merupakan format yang telah ditetapkan Astro selaku penerbit Mania. Saya sahut cabaran membimbing Ebi. Dari segi vokal, ia masih boleh diperbaiki. Sebaliknya, aspek persembahan dan persembahan Ebi di atas pentas masih banyak memerlukan bimbingan.”


Dhani dianggap tamak

Baru sahaja konsert pertama Mania berlangsung, komposer dan vokalis terkenal kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, 40, sudah mendahului M. Nasir dan Aubrey dari segi bilangan penyanyi yang bernaung di bawah empayar masing-masing.

Dhani sudah memilih tiga penyanyi berbanding M. Nasir hanya seorang (Stacy, Ebi pula terpilih menerusi Hot Seat), manakala Aubrey masih belum mempunyai sebarang penyanyi di bawah empayarnya.

Ahmad Dhani memilih penyanyi Atilia, Akim dan Estranged di bawah empayarnya atas faktor kepelbagaian genre yang dimiliki ketiga-tiga artis tersebut.

“Saya mencari elemen variasi untuk penyanyi yang akan dibimbing. Mereka telah mencukupi senarai penyanyi solo wanita, lelaki dan berkumpulan di bawah empayar saya,” ujarnya yang dianggap tamak oleh Aubrey secara bergurau kerana memilih tiga penyanyi sekali gus di bawah empayarnya.

Mengulas mengenai pemilihan Atilia yang dikenali sebagai penyanyi gemar membawakan lagu-lagu genre jazz, ujar Dhani yang masih mempunyai dua kekosongan penyanyi di bawah empayarnya, dia sudah lama tidak terlibat dalam pembikinan muzik jazz dan R&B.

“Inilah masa buat saya untuk berkecimpung semula dalam genre jazz dan R&B. “Saya dulu pernah hasilkan muzik jazz untuk penyanyi Reza pada tahun 1997.

“Malah, sehingga saat ini saya masih mempunyai banyak lagi lagu genre jazz dan R&B yang masih tersimpan. Disebabkan itu saya memilih Atilia,” tuturnya yang terpaksa berulang-alik dari Indonesia ke Malaysia setiap minggu untuk menjayakan Mania.

Berbeza dengan Ahmad Dhani dan M. Nasir yang sudah membuat keputusan memilih penyanyi di bawah empayar masing-masing, Aubrey pula dilihat lebih bersikap selektif dan masih tidak menentukan penyanyi mana yang akan dibimbingnya.

Menjawab mengenai perkara itu, komposer lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor itu memberitahu tidak bersikap selektif sebaliknya mengakui kurang pantas memilih berbanding Ahmad Dhani dan M. Nasir.

“Saya memang suka dengan semua persembahan pada malam ini. Semua penyanyi menunjukkan kesungguhan dan bakat masing-masing. Bukan saya tidak mahu buat pemilihan tetapi Ahmad Dhani dan M. Nasir memilih dengan lebih pantas.

“Pemilihan penyanyi juga bukan dibuat secara berebut sebaliknya berlangsung dalam satu perbincangan. Jadi, saya cuma bersikap tolak ansur,” ujarnya tersenyum.

- Dipetik dari KOSMO! Online 23032012

Rihanna mahu gemuk?

Posted by Admin Thursday, March 22, 2012 0 comments
Rihanna mahu gemuk? 

Jika kebanyakan selebriti memilih untuk kekal langsing, namun berbeza pula dengan pelantun lagu Umbrella, ini.

Rihanna, mencuba sedaya upaya untuk menaikkan berat badannya namun sehingga kini masih belum berjaya. Sebaliknya berat badannya semakin menurun tanpa disedari.

Kata kekasih Chris Brown ini, dia ingin menambah berat badan untuk kelihatan lebih berisi agar menampakkan dirinya lebih seksi.

“Saya dah cuba, tapi gagal. Saya sendiri tidak tahu kenapa terlalu sukar untuk menambah berat badan. Lagipun, badan sahaja yang semakin kurus ini menampakkan bentuk badan yang tidak cantik.

“Semuanya kelihatan longgar, begitu juga bentuk payu dara saya yang semakin mengecil, ia sangat memalukan! Ramai menyangka saya tidak makan. Tapi saya sebenarnya sudah banyak makan. Walau tengah malam sekalipun, saya masih menikmati Mc Donalds dan aiskrim,” katanya yang mengakui menghadapi masalah dalam pemakanan.

- Dipetik dari Sinar Harian 22032012

Liyana Jasmay Kahwin pada Januari 2013

Posted by Admin 0 comments

SETELAH sekian lama dikaitkan dengan kisah-kisah cinta sesama artis, pelakon genit Liyana Jasmay, 24, buat pertama kalinya membuat kenyataan akhbar mendedahkan tentang tarikh pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan, 28.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Castello itu pernah digosip mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Aizat Amdan.

Kemudian, dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah sama-sama membintangi filem Khurafat pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua kisah tersebut berlalu begitu sahaja, sehinggalah pelakon yang ditemui semalam, pada majlis pelancaran drama berjudul 3 Janji di Sri Pentas TV3, Bandar Utama Petaling Jaya itu mengesahkan sendiri mengenai tarikh pertunangan dirinya.

"Pada 28 Mac ini satu majlis pertunangan akan diadakan di rumah saya dalam satu majlis yang agak ringkas. Sebenarnya, saya merancang untuk membuat majlis berkenaan di hotel supaya tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain.

"Namun, perancangan tersebut tidak dipersetujui ayah saya dan dia meminta agar majlis pertunangan diadakan di rumah sahaja. Setakat ini segala persiapan berjalan lancar kerana saya turut dibantu oleh dua orang kakak saya," ujarnya.

Ditanya tentang detik perkenalan dengan kekasih hatinya itu, Liyana memberitahu jejaka yang telah menambat hatinya itu merupakan jirannya sendiri dan mereka berkenalan sewaktu bertemu dalam sebuah majlis.

Menurutnya, mereka berdua berkawan dan bercinta dalam tempoh yang cukup singkat iaitu kira-kira dua bulan sahaja dan pada bulan Januari lalu Fathuddin telah melamarnya untuk menjadi isteri.

"Apabila dia meluahkan hasrat untuk mengambil saya sebagai isteri, saya telah memintanya untuk pergi berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa saya. Tidak lama selepas itu dia telah membawa keluarganya berjumpa dengan keluarga saya dan hubungan kami menjadi semakin rapat.

"Walaupun ramai yang tertanya-tanya dengan keputusan yang saya buat ini, tetapi berdasarkan kepada pengalaman lalu saya rasa tidak perlu bercinta lama-lama. Kalau mahu menjalinkan hubungan serius, lebih baik terus masuk meminang sahaja supaya ikatan perhubungan itu lebih kukuh," ujarnya.

Mengenai keistimewaan yang dimiliki Fathuddin sehingga dia terbuka hati menerima lamaran jejaka tersebut, Liyana menyifatkan bakal tunangnya itu sebagai seorang lelaki yang kelakar, periang dan baik hati.

"Sejujurnya saya agak kurang menggemari lelaki yang mempunyai penampilan terlalu segak, tetapi itulah salah satu ciri yang dimiliki dirinya. Ternyata apa yang saya tidak gemar, akhirnya itulah yang akan menjadi milik saya.

"Sebenarnya ibu ada memberi nasihat supaya saya perlu terlebih dahulu mengenali hati budinya.



"Namun, apabila melihatkan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh mengambil hati kedua-dua ibu bapa saya, secara tidak langsung ia turut menambat hati saya untuk menerima lamarannya," ujarnya.

Mengenai tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan pula, Liyana memberitahu dia merancang untuk berkahwin pada bulan Januari 2013 iaitu sebaik sahaja dia pulang dari New York, Amerika Syarikat.

"Kalau tiada sebarang halangan dan segala-galanya berjalan lancar, saya akan berangkat ke New York pada bulan Jun atau Julai ini untuk menjalani kursus jangka pendek di sebuah akademi filem di sana.

"Namun, saya mengambil keputusan untuk bertunang dengan segera bukanlah disebabkan saya akan pergi ke luar negara.

"Semasa menerima lamaran saya ada memberitahu bakal tunang tentang pemergian saya itu dan dia turut memberikan sokongan kerana faham dengan cita-cita saya dalam bidang seni," tuturnya.


New York Film Academy

Bercerita lebih lanjut tentang pemergiannya ke New York, Liyana menjelaskan dia sememangnya sudah lama merancang untuk menambahkan ilmu dalam bidang lakonan dengan menjalani kursus di luar negara.

Ujar Liyana, pada mulanya dia bercadang untuk pergi ke Australia sahaja, tetapi telah mengubah fikiran untuk menjalani kursus di New York Film Academy (NYFA) setelah dicadangkan oleh beberapa orang rakannya.

"Apabila saya memberitahu ayah tentang hasrat tersebut, ternyata dia kurang bersetuju kerana terlalu jauh. Bagaimanapun, akhirnya ayah telah bersetuju dan saya akan turut ditemani ibu sepanjang berada di sana.

"Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menjalani kursus di NYFA adalah kerana ia merupakan sebuah akademi yang sangat terkenal memandangkan ramai pengarah hebat yang telah memberi ceramah dengan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di situ, selain kemudahan yang disediakan NYFA juga sangat lengkap dan canggih," ujarnya.

Jelas Liyana lagi, sepanjang menuntut di akademi berkenaan, kursus yang akan dilaluinya nanti lebih kepada latihan praktikal berbanding teori serta menjurus kepada aspek-aspek lakonan dan pengarahan.



"Sudah tentu saya berasa sangat teruja untuk menjalani kursus di sana dan tidak terlalu risau kerana ibu akan turut menemani saya. Pada masa yang sama, saya juga ingin merasai pengalaman baharu dengan menjalani kehidupan dengan budaya yang berbeza," ujarnya.


Tiga telefilem

Biarpun bakal menjalani kursus jangka pendek selama enam bulan di luar negara, Liyana berkata syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios masih tetap berfungsi seperti biasa.

Katanya, dia sudah pun mempunyai perancangan awal untuk menerbitkan sekurang-kurangnya tiga buah telefilem yang akan menjalani penggambaran di New York pada bulan Disember ini.

"Kalau perancangan ini mendapat persetujuan ayah, saya akan membawa kru produksi yang terbabit ke New York. Sekurang-kurangnya produk yang dihasilkan oleh syarikat saya akan dapat menampilkan beberapa perbezaan.

"Memandangkan kursus yang saya jalani nanti lebih kepada praktikal, saya akan mengambil kesempatan untuk menghasilkan beberapa buah filem pendek dengan menggunakan peralatan yang disediakan di akademi tersebut," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, pelakon berkenaan menyatakan ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama berjudul 3 Janji.

"Dalam tempoh tiga bulan sebelum berangkat ke luar negara, saya masih tetap berlakon seperti biasa. Pada masa yang sama, saya turut sibuk membuat persiapan perkahwinan dan kini sedang mencari dewan yang sesuai memandangkan ia perlu ditempah awal," ungkapnya.

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Kamal akui diri tertekan

Posted by Admin 0 comments
 

APA sudah jadi dengan pelakon drama Apa Celop, Kamal Adli? Khabarnya aktor kacak itu kini sudah tidak terurus dirinya sehingga wajahnya pula ditumbuhi jambang disebabkan tekanan.

Perubahan ketara pada wajah Kamal itu jelas kelihatan ketika dia menghadiri sidang akhbar kedua teater Gerimis Mengundang di Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kamal hadir mengenakan pakaian seragam juruterbang bersempena watak bernama Zamani yang bakal direalisasikannya menerusi teater Gerimis Mengundang yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Indonesia, Mikha Tambayong.

Timbul persoalan di sebalik wajahnya yang kelihatan agak tidak bermaya dengan matanya yang sembab dan jambang yang tidak dicukur.

Kosmo! segera mendekati kekasih aktres Intan Ladyana itu untuk mengetahui hal sebenar.

Kosmo!: Kenapa Kamal kelihatan tidak bermaya dan tidak terurus sehingga berjambang pula?

KAMAL: Saya berjambang sebab terlalu stres. Bukan sahaja disebabkan latihan yang tidak mencukupi tetapi juga pening untuk membawakan watak Zamani iaitu seorang juruterbang dalam teater Gerimis Mengundang.

Kenapa anda mengatakan latihan tidak mencukupi dan boleh terangkan kenapa watak Zamani itu terlalu berat untuk anda?

Bayangkan Mikha Tambayong datang ke Malaysia pada 8 Mac lalu dan 27 Mac ini teater Gerimis Mengundang sudah dipentaskan. Kami cuma ada masa selama 19 hari sahaja untuk latihan dan membina keserasian sebagai pasangan kekasih.

Kami bukan sahaja perlu berlakon tetapi kena menyanyi dan menari diiringi 20 buah lagu. Memang pening kepala memikirkan macam mana nak bawa watak Zamani. Sebabnya, dalam teater ini Zamani merupakan seorang juruterbang yang mempunyai sikap playboy. Pada mulanya memang saya ‘lost’ (hilang punca) sebab tak tahu macam mana nak bawa watak playboy. Ini kerana pada kebiasaannya saya diberikan watak komedi dan pemuda kaya. Namun, akhirnya saya berjaya impak daripada latihan berterusan yang dilakukan.

Kebiasaannya umum melihat anda berlakon tetapi bukan menyanyi dan menari. Anda yakin dapat menyanyi dan menari dengan baik di pentas teater nanti?

Ramai yang tidak tahu dari zaman sekolah dulu saya memang dancer (penari). Asas itu dah ada cuma kena catch up (menguasai) semula gerak tari. Namun, untuk teater Gerimis Mengundang saya bukan sahaja perlu menari tetapi juga perlu melakukan aksi mengangkat penari pengiring saya.

Mujur ada koreografer yang memberi tunjuk ajar. Saya juga perlu menyanyikan 10 buah lagu secara langsung. Bahagian itu (menyanyi) yang paling merisaukan saya. Sebabnya, ada babak yang memerlukan saya menangis. Saya risau ia akan mempengaruhi suara saya ketika menyanyi nanti.

Bagaimana kalau suara anda bermasalah sewaktu pementasan nanti?

Pihak penerbitan teater ini sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebelum pementasan sebenar, kami ada membuat rakaman lagu. Jika suara saya bermasalah nanti terpaksalah guna suara yang dirakam.

Bagaimana keserasian anda dengan Mikha Tambayong?

Ketika mula-mula berjumpa, dia sangat pendiam. Sehinggakan saya terfikir macam mana mahu berlakon sama-sama jika tiada keserasian antara kami.

Jadi, saya yang tegur dia terlebih dahulu untuk berbual-bual dan bermesra dengannya bagi mendapatkan keserasian. Kini, kami sudah mendapat keserasian dan yakin mampu menjayakan pementasan teater Gerimis Mengundang dengan baik.

Khabarnya teater Gerimis Mengundang merupakan sebuah cerita yang berkisar tentang air mata (kesedihan). Kamal yakin dapat menarik ramai penonton terutamanya golongan remaja menonton teater ini?

Ramai orang beranggapan teater Gerimis Mengundang adalah cerita sedih semata-mata. Tetapi ia sebenarnya bukan begitu. Pada permulaan teater ia sangat menyeronokkan dengan pengisian lagu-lagu yang rancak. Cuma pada akhir cerita sahaja ia bakal mengundang kesedihan penonton.

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Kuasa bertenaga KL Energetik

Posted by Admin 0 comments

TIGA minggu persediaan untuk dipentaskan sepanjang tiga malam baru-baru ini, teater muzikal KL Energetik mencuri tumpuan khalayak tersendiri.

Tidak salah jika dikatakan persembahan itu kena pada tempat dan masa. Biarpun tidak dikenakan bayaran masuk, kualiti persembahan memberikan kepuasan buat penonton.

Lebih mudah ditafsirkan ia suatu persembahan yang berbaloi!

Teater muzikal KL Energetik yang dikelolakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio itu diarahkan oleh Zamri Pangat.

Jalan cerita yang senang dicerna, permainan pentas yang tidak banyak berubah wajah tapi memfokus lebih kepada manipulasi ruang pemain-pemain watak serta lakonan yang saling melengkapi menjelmakan naskhah KL Energetik.

Teater muzikal itu mengisahkan perjalanan tiga orang sahabat karib Isaac, Ehsan dan Nozzle memburu impian bergelar kumpulan tarian popular di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mereka berdepan pesaing hebat yang terdiri daripada tiga gadis, Bayu, Dahlia dan Aireen yang akhirnya membuka hati kedua-dua kumpulan bergabung membentuk pasukan baharu yang diberi nama XVAX.

Konflik tercetus apabila perasaan cinta tercetus dalam kalangan mereka dan kesefahaman semakin goyah. Komunikasi kian terhad dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sudah pasti apabila teater itu memfokuskan dunia tarian, penonton perlu akur akan kemasukan lebih banyak aksi tari berbanding teater yang biasa dipentaskan.

Mujur kawalan pentas dari segi penonjolan aspek teater dan lakonan masih sarat emosi. Tidak salah dikatakan beberapa watak dalam teater muzikal itu berjaya mencuri tumpuan penonton.



Antaranya, watak Emak yang dibawakan oleh Nazila Mat Safian, variasi watak yang dilakonkan Datin Norhasima Kadir membawa audiens mendalami dunia sebenar warga kota.

Bertindak selaku pelakon dan pencerita yang sering berinteraksi dengan penonton, watak Kak Senah, seorang lelaki perawakan lembut sering kali mencuit hati.

Menurut pengarah artistik KL Energetik, Linda Jasmine Hashim, pemilihan pelakon sebahagiannya adalah idea daripada pihak DBKL selepas beberapa kali sesi perbincangan.

“Tujuan teater muzikal ini untuk menarik penonton muda memandangkan ceritanya banyak berkisar mengenai kehidupan golongan remaja.

“Zahid dan Ain yang dilahirkan daripada Akademi Fantasia (AF) juga dirasakan tepat. Umum sudah tahu bakat menari, menyanyi dan berlakon yang dimiliki Zahid manakala Ain juga cenderung dalam ketiga-tiga bidang ini sejak mula bersama AF dulu,” ujarnya.

Turut menjayakan pementasan itu, Tai Mentor, ahli kumpulan Bounce Stepperz dan penampilan istimewa, anak sulung Linda Jasmine, Mohammad Qalif Khan.

Sementara itu, Linda tidak menolak kemungkinan akan ada pementasan siri kedua KL Energetik yang turut dijayakan oleh artis budaya DBKL itu.

- Dipetik dari KOSMO! Online 21032012

Penguasaan filem Iran

Posted by Admin 0 comments

IMPAK kemenangannya meraih Oscar Filem Asing Terbaik pada Academy Awards di Hollywood, California bulan lalu, filem Iran, A Separation sukses menguasai Asian Films Awards 2012 yang berlangsung di Hong Kong, Ahad lalu.

A Separation menonjolkan kredibilitinya dengan meraih dua anugerah tertinggi majlis anugerah tersebut iaitu Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik menerusi hasil arahan Asghar Farhadi.

Filem Iran pertama yang menggondol Oscar itu menang empat daripada lima pencalonan Asian Films Awards yang diraihnya sebelum ini. Filem itu turut menggondol dua anugerah lain iaitu menerusi kategori penulisan skrip terbaik dan penyunting terbaik.

A Separation hanya gagal dalam satu kategori iaitu untuk Anugerah Aktres Terbaik apabila aktres Leila Hatami kalah kepada aktres veteran Hong Kong, Deanie Ip yang menonjolkan lakonan terbaiknya menerusi filem A Simple Life.

"Anugerah ini sesungguhnya suatu penghargaan yang tidak ternilai," ucap Leila Hatami yang naik ke pentas majlis anugerah mewakili Asghar Farhadi yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.



Aktor Donny Damara pula membanggakan negaranya, Indonesia apabila merangkul Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Lovely Man.

"Saya mendedikasikan anugerah ini buat kesemua produksi filem Indonesia," ucap aktor berusia 45 tahun itu.

China bagaimanapun mendominasi dengan menang paling banyak anugerah iaitu sebanyak enam anugerah termasuk untuk kategori pelakon baharu terbaik yang dimenangi aktres Ni Ni menerusi filem The Flowers of Wars.

- Dipetik dari KOSMO! Online 22032012

Anne mengaku ‘suka’ Aliff

Posted by Admin Wednesday, March 21, 2012 0 comments
 

BUAT masa sekarang kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi.” Mungkin ini adalah antara jawapan yang paling biasa diberikan oleh artis-artis tanah air apabila mereka dikaitkan dengan seseorang.

Sudah menjangka jawapan tersebut daripada empunya badan yang pernah membintangi drama bersiri Cili Padi ini, Naszriah Ngasri atau lebih mesra disapa Anne, jujurnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan.

Apatah lagi keputusan yang bakal diputuskan itu melibatkan masa depan serta tiga cahaya matanya, Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszhara Afroza, 2 tahun.

Ketika ini, hubungan Anne bersama Aliff Aziz dikatakan semakin hangat dan diibaratkan seperti pasangan yang sedang bercinta.

Berpeluang bertemu dengan empunya badan baru-baru ini, Hits sempat mengajukan soalan mengenai sejauh mana hubungan mereka ketika ini.

“Saya akui kami memang serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang.

“Lagipun jika Aliff ada sebarang masalah atau ada apa yang ingin dia luahkan, dia akan beritahu saya.

“Kami memang kawan rapat dan buat masa sekarang saya tidak mahu meletakkan apa-apa status dalam hubungan kami.

“Apa yang penting, kami tidak hipokrit dan andainya hubungan ini nanti bakal membawa ke gerbang perkahwinan, kami akan beritahu,” kata Anne sambil mengukir senyuman manis.

Sebagai insan yang terlebih dahulu makan garam, Anne banyak menasihati Aliff dalam setiap perkara yang ingin dilakukannya.

“Saya beritahu dia agar fokus kepada kerjaya dia dan saya pula fokus terhadap kerja saya.

“Kadang-kala jika dia ada masalah, kalau saya boleh tolong, saya tolong,” jelas Anne ketika ditemui di Titiwangsa ketika menghadiri majlis sumbangan wang bantuan kepada Rumah Titian Kasih Titiwangsa, baru-baru ini.

Selain itu, Anne memberitahu buat masa ini, dia masih lagi mampu untuk menguruskan tiga cahaya matanya malah dalam masa yang sama turut mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.

- Dipetik dari Utusan Online 21032012

Anuar Zain bantu ibu tunggal

Posted by Admin 0 comments
 

SAMBUTAN Hari Ibu pada bulan Mei ini tidak terkecuali menjemput penyanyi popular, Anuar Zain memenuhi undangan mengadakan persembahan yang bertemakan sambutan tersebut.

Penyanyi berusia 42 tahun ini antaranya akan terbabit menjayakan persembahan Hari Ibu yang diberi nama Mother's Day Gala Night With Anuar Zain di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei ini.

Persembahan itu boleh dikatakan agak mahal apabila ia mengenakan bayaran jualan meja sehingga RM100,000 untuk sebuah meja dengan 10 tempat duduk pada persembahannya yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

Sungguhpun begitu, menurut penganjur persembahan, Dream Music Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria, konsert itu bukan setakat hiburan semata-mata.

Sebaliknya, katanya sebahagian daripada jualan meja pada persembahan Anuar itu akan disumbangkan bagi membantu golongan ibu-ibu tunggal menerusi Persatuan Ibu Tunggal Malaysia.

"Selain jualan meja berharga RM100,000, jualan meja-meja yang berharga RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga disediakan. Kebanyakan jualan meja yang mahal itu kami buka dan utamakannya untuk syarikat-syarikat koporat," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Kanan Dream Music Sdn. Bhd., Adila Hamdu serta wakil-wakil penaja termasuklah Hot FM selaku radio rasmi persembahan tersebut.

Pada majlis itu, Anuar yang antaranya popular dengan lagu seperti Lelaki Ini dan Keabadian Cinta berkata, selain jualan meja para peminat juga boleh membeli tiket setiap seorang dengan harga RM1,000, RM600 atau RM500.

Jelasnya, meskipun ada pihak yang beranggapan harga tiket itu agak mahal tetapi itu tidak bermakna dia terlalu memandang kepada wang ringgit semata-mata, sebaliknya para peminat yang kurang mampu juga berpeluang menonton persembahannya.

"Biasanya setahun sekali saya akan mengadakan persembahan khas untuk para peminat saya yang mana saya hanya mengenakan bayaran sekitar RM40 sahaja. Itu pun untuk bayaran makan sahaja bagi menonton persembahan saya itu.

"Tetapi sudah lama juga saya tidak buat persembahan sebegitu. Pada persembahan itu, para peminat berpeluang menonton persembahan saya sambil makan dan berbual mesra dengan saya dalam acara yang diadakan lebih kurang empat jam lamanya," katanya.

Pada persembahan Mother's Day Gala Night Dinner itu, Anuar dapat membayangkan kelainan yang bakal dipersembahkan memandangkan pada Mei ini turut terdapat banyak persembahan sempena Hari Ibu yang dijayakan oleh penyanyi lain.

Selain bakal menyanyikan lagu yang sinonim dengan Hari Ibu berjudul Ibu, dia akan menggunakan masa yang ada bagi mendekatkan dirinya dengan para penonton terutamanya golongan ibu yang hadir kelak.

"Saya akan jadikan persembahan saya itu nanti santai di mana melaluinya nanti saya akan gunakan sebagai suatu platform bagi mengeratkan silaturrahim sesama penonton. Saya akan melayan dan menghiburkan para ibu.

"Ini kerana, saya faham dengan pengorbanan seorang ibu. Ibu saya juga suri rumah sepenuh masa. Apatah lagi, saya sejak kecil sehingga berusia hampir tiga tahun tidak guna susu tepung sebaliknya bergantung pada susu ibu.

"Tiada kerja yang lebih mudah selain menjadi ibu yang bekerja 24 jam sehari untuk keluarganya. Jadi, jasa dan pengorbanan seorang isteri atau ibu memang terlalu tinggi nilainya," ulasnya.

Para peminat dan syarikat-syarikat korporat yang berminat untuk menyaksikan persembahan Anuar sempena sambutan Hari Ibu itu sila hubungi talian 03-21711220 atau layari laman sesawang www.dreammusic.com

- Dipetik dari Utusan Online 21032012

Mamat akui masih cintai Fida

Posted by Admin 0 comments
 

PADA tahun lalu, hubungan percintaan yang terjalin antara pelakon komedi Mohd. Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat dengan pelakon Fida Ibrahim musnah sedangkan usia percintaan mereka baru mencecah enam bulan.

Semuanya gara-gara tindakan Mamat yang telah memuat naik gambar Fida tidak memakai tudung yang diambil ketika mereka sama-sama bercuti di laman sosial Facebook sehingga mengundang kemarahan pelakon tersebut.

Bagaimanapun, Mamat yang sebelum ini pernah popular dengan kumpulan Sepah sebelum kumpulan yang menjuarai program Maharaja Lawak itu berpecah berkata, kini dia dan Fida tetap menjalinkan hubungan sebagai teman biasa.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran filem animasi Bola Kampung di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini, Mamat juga mengakui dia masih lagi menyayangi bekas kekasihnya itu.

Kosmo!: Adakah anda masih berhubung dengan Fida selepas putus cinta?

MAMAT: Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Pernah merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida?

Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Adakah anda tidak mahu mencari teman wanita lain?

Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.

Bagaimana pula dengan perkembangan anda selepas kumpulan Sepah berpecah?

Walaupun kini saya sudah bergerak secara solo untuk meneruskan kerjaya seni, tetapi saya bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah yang mahu mengambil saya berlakon.

Namun, ketika kumpulan Sepah mula-mula berpecah dahulu saya akui ada merasai sedikit tekanan sehingga takut untuk berhadapan dengan peminat. Kemudian, saya fikir sampai bila saya harus berada dalam keadaan sedemikian dan akhirnya saya berazam untuk berusaha dengan lebih keras lagi.

Apakah yang membuat anda menjadi tertekan?

Apabila saya dipersalahkan sehingga menjadi punca kepada perpecahan kumpulan Sepah kerana kontroversi yang telah melanda diri saya. Lebih membuatkan saya sedih dan terkilan apabila ia turut menjejaskan nama baik keluarga saya.

Bagaimanakah hubungan anda dengan bekas ahli kumpulan Sepah iaitu Jep dan Shuib?

Kami bertiga memang sudah lama bersahabat sebelum kewujudan kumpulan Sepah. Jadi, tidak bermakna hubungan persahabatan itu putus gara-gara kami sudah membawa haluan masing-masing.

Sehingga kini kami masih lagi berhubungan di antara satu sama lain, sama ada melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas untuk bertanya khabar. Namun, kami sudah agak jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya.

- Dipetik dari KOSMO! Online 21032012

Lindsay jalani implan wajah

Posted by Admin Tuesday, March 20, 2012 0 comments
 

LINDSAY Lohan mungkin baru berusia 25 tahun, tetapi nampaknya dia mula menjadi ‘peminat’ kepada rawatan kosmetik.

Selebriti yang semakin tenggelam itu baru-baru ini muncul di New York menjelang kehadirannya sebagai tetamu program Saturday Night Live.

LINDSAY bersama jurusolek ketika membuat penggambaran promosi siri Saturday Night Live.

PERUBAHAN ketara dapat dilihat pada wajak Lindsay sebagai tetamu Saturday Night Live di New York.

Berbanding penampilan sebelum ini, orang ramai dapat melihat wajah Lindsay begitu sembab digelar ‘kesan wajah bantal’ yang merujuk kepada wanita yang menggunakan bahan kecantikan secara melampau.

Aktres itu menyertai Madonna dan Kylie Minogue sebagai contoh paling ketara di kalangan selebriti yang menggunakan implan lemak di pipi.

Ketika Lindsay tidak kelihatan menambah berat badan, wajahnya kelihatan lebih bulat dan kesan keseluruhan menyebabkan dia lebih tua berbanding usia sebenar.

Biasanya keadaan itu adalah kesan pembedahan menegangkan kulit atau Botox ‘beku’.

Lindsay membuat penampilan menjelang siaran temubual terus terangnya dengan hos siri bual bicara Today, Matt Lauer.

Dalam temubual itu, Lindsay berkata, dia melupakan pengalaman hitamnya dan kini bersedia membuat kemunculan baru dalam kerjaya sebagai aktres.

Selepas sekian lama menghadapi hukuman penjara, pendakwaan mahkamah dan tahanan rumah, Lindsay berikrar mengubah dirinya.

Dia juga kini sedar betapa perlunya dia membuktikan kemampuan dirinya.

Bintang Mean Girls itu berkata, dia yakin perubahan itu akan mengambil masa.

“Orang ramai boleh berkata apa saja yang mereka mahu, tapi saya fikir saya perlu melalui proses membuktikan kemampuan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, kemunculan terbaru Lindsay menampakkan dia kekal elegan dengan fesyen pakaian dipilihnya.

Menurut Lindsay, dia tidak mahu orang ramai berasa bimbang lagi dengan dirinya.

“Diberi peluang muncul dalam siri Saturday Night Live dan filem, saya akan lakukan apa sepatutnya dengan bersungguh-sungguh,” kata-nya.

Bekas selebriti yang gemar berparti itu juga berjanji tidak akan liar lagi.

Katanya, kini dia bertukar menjadi seorang wanita lebih gemar menghabiskan masa di rumah jika tiada sebarang aktiviti di luar.

“Berpesta bukan minat saya lagi,” katanya.

Menurut Lindsay, beberapa bulan lalu dia keluar untuk berparti dengan seorang kawan tetapi dia segera berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

“Semuanya saya rasa sama. Ia keadaan yang saya alami sebelum ini dan ia tidak lagi menyeronokkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lindsay berkata, dia akan membawa watak Elizabeth
Taylor dalam filem akan datang.

Katanya, dia dan produksi filem itu dalam proses pemilihan pelakon dan butiran asas sebelum produksi bermula.

“Saya melakukan banyak penyelidikan dan mendapati Elizabeth seorang wanita
mengagumkan.

“Justeru, pemilihan saya membawa watak itu adalah penghormatan tinggi,” katanya.

Lindsay juga berazam tidak akan mengecewakan sesiapa dengan watak itu, terutama dirinya sendiri.

- Dipetik dari myMetro 20032012

Pertaruhan sitkom Islamik

Posted by Admin 0 comments

SETIAP episod ada nasihat, mesej dan sarat emosi. Terkandung pembuka dan penutup kisah biar cuma berlangsung selama 30 minit. Itu janji produksi sitkom Islamik, Annisa' yang mula ditayangkan di saluran TV AlHijrah Ahad, 18 Mac lalu pukul 8.30 malam.

Sitkom 13 episod ini mengisahkan kehidupan tiga orang muslimah moden yang diminta mengambil alih perniagaan kafe milik rakan mereka yang berpindah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Tugas dipikul untuk menghidupkan watak-watak tersebut masing-masing digalas oleh Raja Farah, Sari Yanti dan Diana Amir.

Berkongsi pengalaman mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan bersulam pelbagai kisah dalam Annisa', ketiga-tiga pelakon jelita ini berkongsi cerita tentang pengalaman mereka berlakon dalam naskhah yang memaparkan isu semasa yang relevan dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai moral dalam bentuk gabungan info dan hiburan itu.


Raja Farah nafi dikongkong suami

Aku Masih Dara, Manjalara, Haq dan Apa Kata Hati antara naskhah yang melonjakkan nama Raja Farah Raja Aziz.

Kebanyakan watak lakonannya sebelum ini lebih mencabar kredibilitinya sebagai pelakon wanita. Mana tidaknya, selain berhasil melakonkan watak-watak antagonis, dia tidak terlepas daripada beraksi seksi.

Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan bernama Megat Bashirun Qayyum Zakaria, dia kemudiannya berhijrah imej dengan mula mengenakan tudung pada pertengahan tahun lalu.

Lama menyepi dari dunia lakonan selepas berkahwin, Raja Farah menegaskan dia kini perlu lebih cerewet memilih watak memandangkan statusnya sekarang sebagai isteri orang.

"Biasanya setiap skrip yang saya dapat akan ditapis oleh suami saya. Dia tidak melarang saya berlakon sebab tahu ini kerjaya saya. Jika ada yang menuduh suami saya seorang yang cemburu, saya memang akui. Itu sifat seorang lelaki.

"Dia seorang suami yang tipikal, tidak boleh melihat isterinya mendedahkan aurat, tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim. Saya sendiri sedar, setiap dosa saya ditanggung oleh suami," jelas Farah yang menafikan suaminya itu mengongkong dirinya.

Ujar Farah lagi, dia juga tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni memandangkan itu cara dia membesar.

"Saya masih menyayangi dunia seni, tidak adil untuk saya meninggalkan bidang lakonan tapi perkara terbaik adalah dengan mengurangkan aktiviti seni saya," katanya.

Sementara itu, selama dua bulan menjalankan perniagaan kafe yogurt yang diberi nama Snogurt di Kajang, Selangor sedikit sebanyak membantu mendalami wataknya dalam sitkom Annisa'.

Menerusi sitkom tersebut, Raja Farah membawakan watak Tria, seorang gadis berusia 20-an dan sangat menghargai seni.

Selain menulis blog, dia juga mempunyai kemahiran membuat kek cawan. Tria merupakan gadis yang bijak, penyabar dan sentiasa memberikan inspirasi kepada rakan-rakannya.


Sari Yanti tidak kekok

Sementara itu, Sari Yanti pula diserahkan watak Nita, seorang wanita yang berkahwin dan berkeletah yang melucukan.

Ternyata, ini bukan kali pertama ibu kepada dua anak itu melakonkan karakter bertudung di layar kaca, sejak kali pertama melakukannya menerusi drama Kisah Kaisara.

Bagi Sari Yanti, bertudung tidak menghalang dirinya untuk berkarya malah dia juga selesa dalam keadaan itu.

"Saya tidak kekok bertudung sebab sebelum ini pun sudah banyak kali melakonkan watak bertudung sebenarnya malah, saya juga selesa memainkan peranan ini dan berlakon dalam sitkom lebih senang berbanding melakonkan watak orang bercinta.

"Annisa' lebih urban berbanding Kisah Kaisara dan saya melihat sitkom ini satu cara untuk saya melepaskan tekanan," tambahnya.

Sementara itu, Sari Yanti menegaskan dia terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon dan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga.

Bukan kerana terlalu cerewet memilih watak memandangkan kelibatnya semakin kurang menghiasi kaca televisyen sekarang.

"Saya terpaksa kurangkan tawaran sebab ada anak kecil, biasanya saya akan beri ruang masa lebih kurang seminggu untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum menerima tawaran lain," jelasnya.


Diana tolak watak melampau

Pertama kali terlibat dengan produksi terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah untuk sitkom tersebut, ujar pelakon yang sudah mula bertudung sejak tahun lalu itu, dia sentiasa beringat-ingat terutama berlakon dalam sitkom.

Katanya, dia harus mengawal setiap aspek termasuk cara berpakaian dan ketawa terbahak-bahak.

"Sudah pasti akan ada babak yang membuatkan kita sendiri sebagai pelakon tertawa, tapi saya sendiri perlu meletakkan batasan dalam beberapa aspek," tambahnya.

Tidak menjadikan tudung sebagai halangan mencari rezeki, katanya lagi dia terpaksa menolak beberapa tawaran dan berbincang dengan pihak produksi sekiranya ada babak yang melampau.

"Walaupun tawaran yang datang tidak sekerap dulu, saya selesa dan watak-watak sebegini yang saya mahukan.

"Kalau ada babak yang dirasakan tidak sesuai saya terpaksa menolak tawaran, malah ada juga beberapa produksi sanggup mengubah lakon layar mengikut kehendak saya," ceritanya yang faham situasi diri dan batasan dalam berkarya.

Diana memegang watak Audy, seorang gadis yang gemar berfesyen dan mencuri perhatian. Dalam pada itu, Audy merupakan seorang yang besar kepala dan mementingkan diri dalam beberapa perkara.

Annisa' turut dijayakan oleh Bienda, Munir dan penampilan khas pelakon baharu, Khairul yang membawakan watak 'jejaka baju ungu'.

- Dipetik dari KOSMO! Online 20032012

Idham buka akademi filem

Posted by Admin 0 comments

SEMENJAK ditubuhkan pada tahun 2001, syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diterajui penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meraih kejayaan yang cukup membanggakan.

Sudah menerbitkan sebanyak sembilan buah filem serta 22 buah drama, ternyata produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Sebagai contohnya, filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans yang telah ditayangkan pada tahun lalu telah meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta yang juga merupakan satu rekod kutipan tertinggi pernah dicapai syarikat tersebut.

Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media dan pemberian bonus kepada pelakon dan kru filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng di Kelab Cinta, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ahmad Idham memberitahu dia merancang untuk menubuhkan sebuah akademi perfileman.

Kosmo!: Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian Excellent Pictures?

AHMAD IDHAM: Sudah tentu. Saya bersyukur kerana Excellent Pictures sekarang boleh dikatakan sebagai syarikat yang semakin aktif dalam industri hiburan. Selain filem dan drama, syarikat saya juga akan mula menerbitkan teater.

Lagipun bukan mudah untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi memandangkan saya bermula dari bawah sebagai seorang pelakon biasa. Namun, dalam tempoh 11 tahun saya telah berusaha keras sehinggalah syarikat ini mampu memberikan persaingan sihat dengan syarikat produksi sedia ada.

Memandangkan syarikat anda kini semakin berkembang, adakah anda masih menerima tawaran penerbit lain untuk menjadi pengarah?

Tidak dinafikan tawaran itu masih ada seperti daripada David Teo memandangkan sebelum ini saya memang banyak mengarah filem di bawah syarikatnya. Namun, ada tawaran beliau yang terpaksa saya tolak kerana mahu memberikan tumpuan kepada syarikat saya.

Selain menerbitkan filem, telefilem dan drama, apakah lagi perancangan anda?

Sebenarnya saya sudah ada perancangan untuk menubuhkan sebuah akademi filem pada masa akan datang. Saya akui kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sudah banyak menawarkan kursus perfileman kepada pelajar, tetapi kursus pengajian yang ditawarkan oleh akademi saya agak berbeza.

Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perbezaan tersebut?

Saya perhatikan pengajian perfileman di IPT selalunya bertujuan untuk melahirkan seorang pelakon yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan. Namun, pengajian yang akan ditawarkan di akademi saya nanti lebih menekankan kepada bidang pengurusan filem.

Asas-asas dalam bidang lakonan akan tetap diajar kepada para pelajar. Cuma pengurusan filem yang saya maksudkan ini adalah mendidik dan membimbing mereka untuk menjadi seorang penerbit dan pengarah, bukan sekadar menjadi seorang pelakon semata-mata.

Bilakah akademi berkenaan akan ditubuhkan?

Saya sendiri kurang pasti kerana ia merupakan sebahagian daripada perancangan untuk masa hadapan dan mungkin kerjasama akan dilakukan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM). Lagipun saya sekarang sibuk dengan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UUM yang khusus kepada kajian tentang industri perfileman di Malaysia.

Apakah projek terbaharu anda sekarang?

Baru-baru ini saya baru sahaja selesai mengarahkan filem Cinta Atas Tar. Kemudian pada 27 Mac sehingga 8 April ini saya akan terbabit pula dengan pementasan teater berjudul Gerimis Mengundang di Istana Budaya.

- Dipetik dari KOSMO! Online 20032012

Tatu cinta Prateik, Amy

Posted by Admin 0 comments
 

PERCINTAAN yang terjalin antara dua pelakon muda Bollywood, Prateik Babbar dan Amy Jackson semakin hangat diperkatakan. Digosip bercinta sejak bergandingan dalam filem Ek Deewaana Tha, kedua-dua Prateik dan Amy bagaimanapun sehingga kini menafikan percintaan mereka.

Namun, hal itu terdedah dengan sendirinya apabila kedua-dua Prateik dan Amy dikesan telah membuat tatu yang mana tatu nama Prateik diukir pada lengan Amy, manakala tatu nama Amy pula terukir pada lengan Prateik,

"Amy membuat tatu tersebut pada lengannya itu di England, sementara Prateik pula membuat ukiran tatu pada lengannya di Mumbai," ujar sumber kepada agensi berita India, IANS.

Sebelum ini, Amy dan Prateik telah memberikan lakonan yang hebat dan benar-benar realistik menerusi filem Ek Deewaana Tha sehingga filem itu sukses meraih kutipan pecah panggung. Namun, ramai tidak menyangka mereka berdua kemudian benar-benar bercinta di alam realiti.

- Dipetik dari KOSMO! Online 20032012

Lima finalis Anugerah Nasyeed.Com

Posted by Admin 0 comments

SEMEMANGNYA ia sesuatu yang baik apabila pihak syarikat Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. atau Nasyeed.Com mengambil langkah prihatin untuk memartabatkan industri nasyid di Malaysia yang semakin dipandang sepi.

Menerusi penganjuran Anugerah Nasyeed.Com yang bakal berlangsung pada 13 April ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, ia secara tidak langsung dapat mengembalikan semula keghairahan peminat terhadap muzik nasyid seperti mana 15 tahun lalu, sekali gus menjadikan irama nasyid setanding dengan irama-irama lain yang terdapat di Malaysia.

Itu harapan yang dipegang oleh Pengasas Nasyeed.Com, Azmee Abdul Manap. Malah, Azmee juga mahu menjadikan Anugerah Nasyeed.Com sebagai acara tahunan yang sama berprestij dengan Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Anugerah ini diadakan untuk martabatkan industri nasyid di Malaysia. Saya berhasrat ingin menjadikan irama nasyid juga setaraf dengan irama-irama lain yang terdapat di Malaysia.

“Malah, setiap lima tahun sekali kami bercadang ingin menjadikan ia penjenamaan baharu untuk menjadikan anugerah itu bertambah meriah,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Anugerah Nasyeed.Com di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mengakui terpaksa memikul cabaran yang besar untuk melaksanakan majlis tersebut dari segi mendapatkan dana dan penaja, Azmee bagaimanapun, tidak mudah patah semangat untuk menjadikan anugerah itu berjaya.

Ditanya mengenai pemilihan lagu-lagu nasyid yang akan bertanding, tutur Azmee, lagu-lagu yang dipilih adalah dari tahun 2000 hingga 2010 dan undian awal lagu-lagu nasyid tersebut dibuat menerusi laman sosial Facebook.

“Ada dua kategori penjurian dibuat iaitu lagu-lagu popular akan diundi oleh peminat menerusi Facebook, manakala lagu terbaik pula akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fatah, Ad Samad, Profesor Dr. Fakriyah, Along Exist dan Alfa Booty,” jelasnya lagi.

Menurutnya, setakat ini lima finalis untuk 11 kategori sudah disenarai pendek berdasarkan undian popular serta penilaian kualitatif oleh para juri profesional.

“Bermula 9 Mac sehingga 8 April ini, para finalis masing-masing bagi kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan, Nasyeed Sirah, Nasyeed Selawat akan diundi sekali lagi oleh peminat untuk menentukan lagu yang bakal menjadi juara bagi setiap kategori sekali gus menentukan pemenang bagi anugerah Juara Carta Nasyeed.Com.

“Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik dan Klip Video Terbaik, pihak juri akan bersidang sekali lagi dalam usaha memilih pemenang bagi kategori-kategori tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, untuk tahun depan, Anugerah Nasyeed.Com akan memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Artis Baharu Terbaik dan Artis Nasyid Luar Negara Terbaik.

Bagi mempromosikan Anugerah Nasyeed.Com, beberapa siri jelajah akan diadakan di empat zon berbeza seluruh negara merangkumi utara, selatan, pantai timur dan juga Lembah Klang.

Majlis kemuncak acara penyampaian anugerah Nasyeed.Com akan diadakan pada 13 April ini, pukul 8.30 malam, di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Sedikit kelainan berbanding majlis anugerah muzik yang lain apabila pada keesokan harinya, iaitu pada 14 April pula akan diadakan Konsert Anugerah Nasyeed.Com.

- Dipetik dari KOSMO! Online 19032012

Nurul Ain nafi ditaja

Posted by Admin 0 comments
 

MUNGKIN jika disebut nama Nurul Ain Nordin, ramai yang masih belum mengenali kelibat pendatang muda yang baru membina nama dalam industri seni tanah air ini.

Namun pada tahun lepas, gadis ini pernah mengisi ruang kontroversi dunia hiburan tempatan rentetan gambar separuh bogelnya tersebar di Internet.

Ia sebenarnya adalah foto versi asal sebelum digunakan untuk menghiasi poster filem kedua lakonannya, Suatu Malam Kubur Berasap.

Setelah beberapa ketika, kini Nurul Ain atau lebih mesra disapa sebagai Ain mengejutkan ramai kerana tampil dengan filem sulung arahan dan terbitan syarikatnya sendiri yang diberi nama Star Scope Production Sdn. Bhd.

Apa yang menarik perhatian para wartawan yang hadir, walaupun mempunyai pengalaman yang masih sedikit dalam industri seni, namun, Ain yang masih muda ini sudah berani melangkah ke fasa baharu iaitu menjadi pengarah filem pula.

Barisan pelakon yang membarisi filem lakonannya juga tidak kurang hebat dan berpengalaman dalam industri seperti Wan Maimunah, Syamsul Yusof, Didie Alias, Abon dan Sepahtu.

Inginkan kepastian, Kosmo! telah menemu ramah Ain, 24, pada sidang akhbar dan pelancaran filemOh! Mak Kau di Selayang Mall, Selayang, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Masih baru dalam industri, apa yang membuatkan anda mengambil cabaran untuk mengarah filem pula?

Ain: Saya mahu cuba sesuatu yang baharu sebenarnya kerana saya telah tamatkan pelajaran dalam bidang ini dan rasa saya ada peluang untuk mengarah. Jadi, kenapa perlu tunggu dan tidak ambil peluang yang ada. Bagi saya, orang di luar sana semua punya peluang untuk mengarah namun tiada peluang.

Tapi pengalaman anda dalam bidang lakonan masih terlalu mentah? Tidak risau dengan kritikan?

Perniagaan ialah risiko. Jadi, saya sahut cabaran dan risiko ini dan insya-Allah, dengan barisan pelakon yang berpengalaman, skrip juga baik semuanya akan berjalan dengan lancar.

Siapa yang beri peluang ini? Adakah penerbitnya?

Saya sebenarnya merupakan salah seorang pengarah urusan syarikat dalam Star Scope Production. Kami bertiga berkongsi dan saya juga ada bahagian dalam syarikat tersebut. Apa jua keputusan akan dibuat oleh kami.

Ia baru sahaja ditubuhkan pada bulan Disember tahun lepas. Saya bersama dua lagi rakan kongsi dan kami ada team yang kuat dan berpengalaman untuk membantu.

Saya tubuhkan syarikat ini kerana telah jatuh cinta dengan bidang ini sebenarnya. Dahulu saya rasakan perkara ini tidak boleh cari makan, tapi setelah melanjutkan pelajaran, baru rasa minat itu timbul.

Nama Star Scope Production hampir menyamai nama syarikat filem milik Datuk Yusof Haslam, Skop Production. Dua syarikat ini ada kena mengena?

Tiada kena-mengena. Sebenarnya kami sudah cuba banyak nama, namun semua telah didaftar. Jadi setelah itu, kami dapat nama ini.

Memang tiada kena mengena dengan Datuk Yusof atau Syamsul (yang juga pelakon filem Oh! Mak Kau) sendiri.

Anda juga merupakan pelakon baharu, jadi untuk filem pertama arahan dan terbitan anda ini, bagaimana anda mampu mendapatkan khidmat pelakon-pelakon yang punya nama dalam industri termasuk pengarah berkaliber Syamsul Yusof. Boleh komen?

Dahulu saya pernah menjalani latihan praktikal di Skop Production jadi saya minta tolong dengan Syamsul untuk berlakon dalam filem pertama saya ini. Saya belajar di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam sebelum meraih diploma Teknologi Kreatif dan Artistik. Sebagai kawan, Syamsul banyak beri nasihat kepada saya. Watak Syamsul agak besar dalam filem ini iaitu sebagai LutFan.

Bagaimana berjaya dapatkan barisan para pelakon yang ramai dan berpengalaman dalam filem pertama awak ini?

Kami tawarkan mereka cerita filem ini dan mungkin sinopsis filem itu menarik hati mereka. Pertama kali saya buat skrip dan konsep cerita ini, saya telah nampak siapa yang saya mahu untuk pegang kesemua watak ini. Apabila kami beritahu mereka tentang watak ini, dan mereka juga mahu dan bersetuju dengan watak yang ditawarkan. Alhamdulillah, mereka semua memberi kerjasama yang baik.



Berapa lama masa yang diambil untuk mendapat persetujuan mengumpul semua pelakon untuk filem ini?

Lebih kurang sebulan masa yang saya ambil untuk kumpulkan mereka semua.

Apakah pembaharuan dalam filem ini. Mungkin ada idea kreatif akan dibawa oleh Ain?

Insya-Allah itu yang saya harapkan dan mahukan. Tapi tidak boleh cakap sangat kerana kadang-kadang, kita rasa seronok dan baik, tetapi tidak pula bagi penonton. Tapi, insya-Allah, saya akan cuba bawakan perkara baharu, dari pandangan mata perempuan.

Kenapa pilih genre komedi sebagai filem sulung dan berapa kos produksi?

Sebenarnya ia filem komedi aksi. Saya juga bukan jenis yang terlalu serius, dan perangai saya juga gila-gila tapi kasar. Jadi memang saya meminati genre aksi. Saya rasa bagi seorang pengarah perempuan, mengarah filem aksi agak sukar. Tapi saya sahut cabaran itu.

Kos produksi pula RM1.6 juta dan penggambaran akan dijalankan selama 28 hari dan akan dimulakan pada 21 Mac ini di Rawang. Kami akan cuba untuk dapatkan wajib tayang pada bulan Disember ini.

Kenapa tidak gunakan pengarah lain, sebaliknya anda sendiri bertindak sebagai pengarah?

Saya rasa tidak salah jika saya beri peluang kepada diri sendiri. Jika saya rasa saya mampu lakukan, kenapa perlu mensia-siakannya? Jadi, saya just go for it!

Kenapa pilih judul Oh! Mak Kau?

Dalam filem ini Wan Maimunah merupakan seorang gengster. Dia nampak relaks dan cool dan hanya bekerja di pasar tapi sebenarnya dia seorang wanita gengster. Jadi, Oh! Mak Kau merujuk kepada Wan Maimunah yang juga seorang ibu.

Adakah anda ditaja sesiapa dari segi modal untuk menubuhkan Star Scope Production Sdn. Bhd. ?

Kenapa kalau buka syarikat pada usia muda, pasti semua mengaitkan ia dengan ditaja oleh sesiapa? (ketawa). Tidak! Saya menggunakan hasil simpanan saya sendiri, tiada kena mengena dengan sesiapa dan mana-mana tajaan. Saya dan dua rakan kongsi saya itu sama-sama berkongsi secara sama rata, bak kata pepatah, ringan sama dipikul, berat sama dijinjing.

- Dipetik dari KOSMO! Online 19032012

Faezah Elai terkedu

Posted by Admin 0 comments

Ella Sunti Perampas Suami Orang!. Itu judul muka depan beberapa akhbar dan majalah yang ditonjolkan dalam babak-babak akhir filem terbaharu OudLOUD Studios, Jidin Sengal yang bakal menjengah panggung hujung minggu ini.

Sebenarnya nama Ella Sunti itu merupakan gelaran watak yang dibawakan oleh salah seorang barisan pelakon filem itu iaitu Faezah Elai.

Dia ialah seorang bintang filem terkenal yang akhirnya mendedahkan dirinya berkahwin secara senyap-senyap dengan salah seorang krew produksi filem lakonannya.

Sedangkan dalam alam realiti, Faezah sendiri suatu ketika dahulu pernah meraih kontroversi apabila dituduh dan dilabelkan sebagai perampas suami orang.

Ia ekoran apabila Faezah dan pengarah Heykal Hanifah merancang untuk berkahwin, sebelum sah bergelar suami dan isteri pada 9 September tahun lepas.

Biar ia sekadar watak lakonannya dalam filem tersebut, namun penonton boleh menduga ada makna tersirat yang mengaitkan kisah sebenar yang pernah terjadi kepada bekas pramugari itu.

Faezah, 30, yang sedikit kaget dan terkejut dengan paparan yang ditampilkan dalam filem itu bagai tidak mampu bersuara sewaktu ditebak pihak media mengenai situasi yang berlaku.

"Saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu, saya kelu untuk berkata," ujarnya sewaktu sidang akhbar usai tayangan perdana Jidin Sengal di Cineleisure Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, ketika menjalani penggambaran filem itu dia dan suaminya itu masih belum mengenali antara satu sama lain.

"Sewaktu terlibat dengan penggambaran filem ini, saya belum mengenali Heykal lagi," jelasnya mengenai filem Jidin Sengal yang tamat penggambarannya awal tahun lepas.

Ditanya adakah dia sendiri sedar dengan situasi yang berlaku, balas Faezah: "Saya terkejut tengok ada kisah (saya) sendiri!"


Tidak merancang zuriat

Mengetuk pula pintu kisah peribadi pemilik nama sebenar Noor Faezah Md. Elai itu memberitahu, dia dan suaminya tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat mereka dalam jangka masa tertentu.

"Buat masa sekarang belum ada rezeki dan kami sedang mencuba," ungkap pelakon filem Cun itu.

Terlalu lama berehat selepas mendirikan mahligai cinta pada penghujung tahun lalu, kata Faezah sudah sampai masanya untuk dia kembali beraksi di layar kaca dan layar perak.

"Sekarang adalah masa untuk saya kembali berlakon. Syukur Alhamdulillah hidup saya sekarang bahagia dan sentiasa gembira," katanya yang menegaskan tiada masalah antara hubungannya dengan Heykal.


Kurang sensitif di Twitter

Tenang dan tiada lagi spekulasi tidak enak melingkari sisi pelakon kelahiran Pulau Pinang itu yang sebelum ini banyak mengaitkan tindakannya yang kurang sensitif setiap kali bersuara di laman sosial Twitter.



"Saya bercakap pasal perkara umum dan tidak merujuk kepada sesiapa secara spesifik, sesiapa yang terasa apa boleh saya buat?" tegasnya yang mengakui akan bersuara mengenai apa-apa hal setiap kali terlintas di minda.

Katanya lagi, dia kini perlu lebih berjaga-jaga akan setiap perkara yang ditulisnya di Twitter memandangkan ramai pengikutnya terdiri daripada golongan muda.

Nasihatnya jika ada individu yang kurang senang dengan tindakannya mahupun luahannya di laman sosial terbabit, adalah lebih elok untuk tidak menjadi pengikutnya.

"Sesiapa yang tidak suka tidaklah perlu jadi pengikut dalam laman sosial saya itu. Saya tidak pernah ambil pusing tentang apa-apa hal yang terjadi, apatah lagi jika ada individu yang kurang suka dengan tindakan saya," getusnya.


Elemen humor

Senario skop lakonan Faezah kebanyakannya lebih kepada karya-karya komedi.

Sedar akan situasi itu, kata Faezah dia selesa dengan perjalanan kariernya sekarang dan masih menantikan tawaran watak yang serius selepas ini.

"Mungkin saya kurang ditawarkan karakter serius sebelum ini, itulah sebabnya penonton lebih banyak melihat saya terlibat dalam naskhah komedi," katanya yang turut menyokong pengarah baharu yang baru mula berkecimpung dalam arena perfileman seperti pengarah Jidin Sengal, Esmi Zahara Yusof.

Menurutnya, Jidin Sengal merupakan sebuah naskhah yang menyingkap realiti yang berlaku dalam dunia pelakon.

"Pelakon merupakan ikon masyarakat, namun ada juga tersilap langkah.

"Filem ini ibarat menelanjangkan kehidupan peribadi selebriti dan memberikan pilihan kepada masyarakat mengangkat siapa yang mereka mahukan," jelasnya.

Jidin Sengal mengisahkan Jidin (lakonan Along Raja Lawak), seorang budak kampung yang bercita-cita tinggi menjadi seorang bintang filem.

Disebabkan cita-cita itu dia ke Kuala Lumpur dan bertemu Bob Dobot (Angah Raja Lawak) iaitu pelakon tambahan yang menyimpan impian memegang watak utama.

Pelbagai cabaran dan masalah ditempuh mereka untuk mencapai impian, adakah mereka berjaya? Nantikan Jidin Sengal di pawagam pada hari Khamis, 22 Februari ini.

- Dipetik dari KOSMO! Online 19032012

Rukun konsert Projek Pop

Posted by Admin 0 comments

PROJEK POP kedengaran segar, komersial dan kontemporari. Ia diilhamkan untuk menjadi sebuah drama bersiri terbaharu yang menyajikan kisah belakang tabir sebelum pentas besar dan gema sebuah konsert menjadi tumpuan ribuan mata.

Menjadi satu-satunya drama bersiri Melayu yang sedang disiarkan saluran 8TV ketika ini, Projek Pop muncul selepas siri Ghost dan Kami. Melihat kepada kronologi drama Melayu di saluran televisyen yang terkenal dengan jolokan saluran orang muda itu, Projek Pop pasti ada nilai tersendiri.

Lengkap dengan jalan cerita yang menggabungkan drama, skandal serta persembahan daripada band-band indie, sepintas lalu Projek Pop disangka sebuah program realiti bergerak. Awalnya, ia sebuah filem pendek selama selama tiga minit.

Dua tenaga yang menggerakkan kisah kejayaan belakang tabir konsert itu, Khairul Azri Mad. Noor atau Kroll dan Akmal Danial Mohamed Jaafar (Atomsk) berkongsi aspirasi. Tercetus drama 'muzik' itu juga asal bergerak daripada kemahuan untuk dikembangkan menjadi filem cereka namun rezeki memihak untuk ia disaksikan di kaca televisyen setiap Ahad, 10.30 malam di 8TV bermula 4 Mac lalu.

Sensasi Bintang: Projek Pop itu sebuah naskhah pendek yang mahu difilemkan tetapi kenapa rancangan asal tidak diteruskan?

ATOMSK (A): Memang ia bermula dengan filem pendek sekitar 2010. Asalnya watak yang dimainkan oleh Christina dibawakan oleh Lisa Surihani, watak Amad pula dibawakan oleh Adam Sinclair, adik Aisyah Sinclair. Menariknya, drama itu hanya menggunakan latar masa selama satu hari sahaja. Jadi, dalam satu hari plotnya berkembang sehingga 10 episod dan setiap episod mengambil slot tayangan untuk 45 minit.

KROLL (K): Sampai sekarang pun saya masih berhajat nak kembangkan drama sulung kami itu jadi filem. Tapi, kena fikir masak-masak dulu sebab filem ada risiko yang besar, bajet juga kena besar. Kami hantar cadangan drama itu sejak awal tahun lepas lagi, tetapi apabila 8TV bagi lampu hijau setuju siarkan drama itu, kami dahulukan ia jadi siri dan gunakan khidmat Alfie Palemo sebagai penulis skrip.

Kenapa pilih cerita kisah belakang tabir sesebuah konsert, kalian tak suka drama cinta, kekeluargaan atau korporat yang catat jumlah penonton tertinggi ketika ini?

A: Saya percaya untuk berkarya dan bekerja dalam skop yang saya tahu. Memang cerita Projek Pop itu banyak berdasarkan pengalaman kami yang lepas-lepas. Saya banyak kerja dengan ramai penyanyi dan dulu pun, saya ada band sendiri. Jadi perihal konsert dekat dengan kami.

K: Drama ini bukan pasal konsert sahaja, ia tetap ada konflik cinta tapi kami cuba hasilkan satu konsep baharu, yang segar dan rasanya tak salah. Apa yang cuba kami visualkan dalam Projek Pop adalah apa yang sepatutnya dilakukan dalam pembikinan sesebuah konsert besar. Itu yang sepatutnya ada, ia kira semacam 'buku' yang mengandungi 'rukun' sesebuah konsert.

Kalian banyak ambil pelakon baharu macam Aedil Putra sebagai Amad selaku pengurus kumpulan Hujan, boleh cerita sedikit tentang watak dalam drama ini.

A: Drama ini ada 12 karakter utama, selain ambil kumpulan Hujan sebagai watak utama, Aedil Putra sebenarnya masih baharu tapi dia banyak berlakon teater. Hujan sendiri boleh berlakon dengan baik, kami juga tubuhkan sebuah band baharu untuk projek ini iaitu Hot Snow yang diketuai oleh Kamil lakonan Josiah Hogan selaku vokalis band itu. Konon-kononnya ia band yang sangat popular di luar negara dan kembali nak adakan satu konsert besar di Malaysia.

A: Pelakon baharu, Cristina Suzzanne Stockstill pula bawa watak Alis, iaitu teman wanita Kamil. Dalam masa yang sama, dia juga tertarik kepada Amad. Selain pelakon utama, drama ini ada banyak pelakon yang dijemput sebagai 'cameo' seperti Sharifah Amani, Adibah Noor, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Tania Hudson, Reza Salleh. Kami juga ada Joe Flizowm, Altimet, Sona One, Monoloque, Liyana Fizi, Bitterswee dan Kyoto Protocol.



Bagaimana dengan kronologi penceritaan?

K: Setiap episod akan memperkenalkan karakter-karakter utama, macam dalam episod pertama, Noh mengalami kecederaan di kepalanya. Ceritanya berkisar dalam satu hari sahaja, jadi kami keluarkan watak-watak tambahan di luar lingkungan pekerja konsert itu sendiri seperti watak dua budak sekolah yang sanggup ponteng semata-mata hendak tengok konsert.

A: Bila sudah masuk episod ketujuh dan ke atas, barulah kami banyak masukkan persembahan daripada band-band indie yang terlibat. Ia bagus sebenarnya, sebab lagu-lagu band indie jarang dimainkan, jadi boleh layan (dengar) dalam Projek Pop.

Selain elemen drama, Projek Pop lebih menampakkan promosi kepada muzik generasi baharu, komen kalian?

A: Betul juga, sebab kami sendiri ada lagu tema nyanyian Carleed Khaza yang bekerjasama dengan Noh Hujan bertajuk Bara Warga Kota.

K: Masa mula-mula pun memang orang ingat Projek Pop bukan drama sebab melibatkan banyak band dan siap ada konsert lagi. Kami sendiri berkampung lebih 20 hari di Stadium Melawati, Shah Alam. Banyak babak berlegar sekitar stadium sebab drama ini berkisah tentang persiapan menjelang konsert. Seperkara lagi, ramai yang menyamakan drama ini dengan drama Kami, sebenarnya ia banyak perbezaan.

- Dipetik dari KOSMO! Online 18032012

Petala cinta Aeril Zafrel

Posted by Admin 0 comments

PENAMPILAN pelakon muda Suhairil Sunari, 23, tampak biasa. Pencapaiannya belum dipuji atas pentas anugerah namun bakat yang disemai mulai menunjukkan impak. Pesonanya sedang menebar dan hasil daripada kerja kerasnya sedang dijaja ke serata daerah.

Aku Tak Bodoh membawa Suhairil ke layar perak. Anak muda yang kini dikenali dengan nama Aeril Zafrel itu mara tanpa setitik ilmu lakonan secara formal. Puas dia melentur karakter sebagai budak sekolah menerusi drama Klik yang disiarkan saluran Astro Ceria. Sisi anak jantan yang ada dalam dirinya mula menyerlah melalui drama yang disiarkan pada waktu puncak. Drama bersiri Ramadan Terakhir pada tahun lepas dan Pelarian yang ditayangkan Februari lalu menjadi antara rujukan hasil lakonannya yang dominan di kaca televisyen.

Selang tidak sampai sebulan selepas gandingan bersama pelakon hebat, Tiz Zaqyah dalam Cinta Kura-Kura pada 1 Mac lalu, kini filem 7 Petala Cinta pula mula berpanggung. Mula ditayangkan pada 15 Mac, 7 Petala Cinta menukar 100 peratus sifat lahiriah yang dipersembahkan Aeril dalam naskhah terdahulu.

"Ini pertama kali sebenarnya saya diberi kepercayaan oleh penerbit dan pengarah untuk bawa watak orang dewasa. Selama ini asyik dapat watak budak sekolah macam dalam Aku Tak Bodoh dan remaja dalam Cinta Kura-Kura.

"Saya kagum sebenarnya apabila pengarah, Azhari Zain berani pilih saya," katanya yang secara peribadi merasakan 7 Petala Cinta sangat dekat dengan hidupnya.

Melihat garis wajahnya, pemuda yang membesar dalam persekitaran kampung satu ketika dulu sudah jauh keluar daripada kepompong hidupnya.

Ketika di bangku sekolah, Pekan Rengit, Johor merupakan pekan terbesar yang pernah dijejakinya manakala kebun nanas dan kelapa sawit yang diusahakan keluarga menjadi tempat bermain. Kini, kota metropolitan Kuala Lumpur sedia dijajah, seluruh negara mula intim dengan namanya.

"Sewaktu ibu dan ayah saya masih hidup, rasanya mereka gembira bila saya jadi pelakon. Mereka ada beli majalah dan simpan keratan artikel dan gambar saya yang tersiar.

"Mereka sempat berpesan, bila sudah masuk industri hiburan satu sahaja perkara utama yang harus kena selalu tanam dalam fikiran ialah jaga tingkah laku. Dalam industri ini, kalau tersalah langkah orang akan kata ibu bapa tak pandai didik anak. Itu yang paling saya ingat," kata Aeril terkenang arwah ibu bapanya yang telah tiada.


Transformasi diri

Terpesong daripada topik karier, sengaja pemuda berbintang Sagittarius itu diselam akal budinya.

"Saya anggap lakonan sebagai proses mengenal diri. Filem itu sendiri buka hati saya untuk mengenal cinta kepada agama dengan lebih dekat. Sebelum itu saya juga jenis manusia yang lalai.

"Watak Attar atau nama penuhnya Ahmad Fakharuddin Attar itu bermaksud wangian jiwa. Saya sendiri ada buat kajian. Untuk kenal dan dapatkan emosi, saya lihat sendiri suasana dan kehidupan di sekolah-sekolah pondok sekitar Selangor. Bila ia divisualkan dalam filem, memang situasi itu wujud di Malaysia, cuma jarang diterjemahkan dalam filem," ujarnya mengulas skeptikal bahawa 7 Petala Cinta itu mencedok idea filem keagamaan dari Indonesia.

Tambahnya, penonton kadangkala terpengaruh dengan budaya filem dari luar.

"Bagi saya, kalaulah ada persamaan dari segi konsep, tak salah sebab ia untuk kebaikan. Kalau dalam nyanyian ada konsep lagu-lagu nasyid, filem juga wajar ada konsep sebegitu, lagipun, ramai artis yang sudah berhijrah ke arah yang lebih baik," katanya.

Terpanggil untuk bercerita, jika boleh dia enggan menoleh ke belakang. Setiap orang ada zaman jahil, zaman hitam yang kalau dikenangkan akan mengganggu tumpuan. Kata Aeril, dia sendiri ada kisah negatif.

"Orang mungkin lihat saya masih Aeril Zafrel yang lama. Biarlah, saya selesa begini tapi dari segi dalaman, secara perlahan-lahan saya sedang mencari arah yang lebih baik.

"Saya tidak tersinggung jika masih ada kenalan yang melihat saya sama seperti yang mereka kenali beberapa tahun dahulu. Dulu saya nakal, saya baru hendak kenal dunia, baru datang ke bandar dan ada buat benda-benda negatif. Setelah kedua-dua ibu bapa saya meninggal dunia, saya terfikir sampai bila saya mahu terus lalai. Siapa lagi yang harus mendoakan ibu bapa kalau bukan anaknya sendiri," ujarnya yang baru-baru ini kembali mendalami ajaran Islam.


Jalan terang

Secara ringkasnya, 7 Petala Cinta mengisahkan Attar yang dilakonkan Aeril Zafrel yang jahil bertemu dengan seorang guru di Madrasah Qalbun Salim iaitu Aby Ikhwan (Ustaz Dini) untuk belajar mengenai Islam.

Dalam diam, Attar menyimpan perasaan terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar) namun dia reda apabila Saidatul sudah bertunang dengan Hamka (Fizo Omar). Tanpa diduga, Hamka diberitakan meninggal dunia.

Menoleh semula ke arah Aku Tak Bodoh, dia menjadi budak sekolah yang nakal, Cinta Kura-Kura yang meletakkan Aeril sebagai pemuzik yang jatuh cinta dengan Nani (Tiz Zaqyah) manakala 7 Petala Cinta menuntutnya menjiwai Attar, penjenayah yang sempat bertaubat ke jalan yang benar. Jika terus mengekalkan momentum yang dipersembahkan, Aeril ada masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.

"Alhamdulillah. Saya cuma berusaha berikan yang terbaik. Cuba pastikan setiap lontaran dialog yang disampaikan, dapat meresap ke jiwa penonton. Tunggulah sedikit masa lagi. Saya juga mahu bergelar pelakon yang disegani kerana lakonan.

"Sekarang, saya kena kerja keras, elakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan. Bukan senang untuk dikenali dan bukan senang juga untuk membuatkan khalayak sedar akan kehadiran saya. Jadi artis kadang-kadang buat diri rasa 'terpenjara', tapi bagusnya ia bukanlah penjara yang gelap," ujar Aeril sudah pandai berfalsafah.

Mengosongkan jadual tanpa komitmen lakonan sehingga ada tawaran mendatang, untuk jangka masa panjang pemilik nama Suhairil Sunari percaya jalan hidupnya sebagai pelakon semakin menampakkan hala tuju. Jika benar sudah ada jatuh cinta dengan persembahannya, tinggal lagi 'pantang-larang' untuk kekal bertamu di mata ramai harus dijaga sebaik mungkin.

- Dipetik dari KOSMO! Online 18032012