-->

3 Petua Jika Tangan Terkena Air Panas....

Posted by Anonymous Wednesday, May 16, 2012 0 comments
Baru-baru ini, tangan saya terkena air panas yang baru mendidih. Pergh... terus terdiam kejap. Semuanya berlaku semasa nak tuang air panas ke termos. Selama ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi hari tu, entah mengapa.

Saya pun apa lagi. Terus cari minyak gamat. Memula rasa macam nak ke bilik air. Ambil ubat gigi. Tapi tak jadi. Lepas tu, tunggu apa lagi, terus lumurkan minyak gamat ke seluruh tangan yang kena air panas tadi.

Minyak Gamat

Syukur Alhamdulillah... lega sikit rasanya. Lepas dah kering sikit, saya sapukan lagi. Saya ulangi sehinggalah keadaan tangan saya kembali normal. Mujur tiada perkara buruk lain yang berlaku. Tangan pun dah kembali normal. Alhamdulillah.

Masa kena air panas tu, memang tak sempat nak rujuk memana petua. Apa yang terlintas hanyalah sama ada nak gunakan ubat gigi ataupun minyak gamat. Itu aje. Akhirnya, minyak gamatlah yang jadi pilihan.

Beberapa hari selepas itu, barulah hati saya tergerak nak cari petua lain yang berkaitan. Hasilnya, saya dapati sabun mandi pun boleh digunakan.

Caranya mudah saja. Gosokkan secara perlahan-lahan tangan yang terkena air panas dengan air sabun. Gosoklah sehingga tangan anda tidak terasa panas.

Itu saja. Mudah, kan?

Jadi, seandainya tangan anda terkena air panas, ada 3 benda yang boleh digunakan. Iaitu minyak gamat, ubat gigi dan air sabun.

p.s: Alhamdulillah... tak perlu risau lagi kalau kena air panas.

PetuaSejagat

Animasi Pendek: Penghantaran Pizza Semasa Malapetaka Zombie Yang Epic (Video)

Posted by Unknown Monday, May 14, 2012 0 comments
Epic!

Apocalypse Pizza Vidéo merupakan sebuah animasi pendek yang mengisahkan perjalanan satu team penghantar pizza semasa malapetaka zombie berlaku. Dengan skill yang mereka ada, mampukah mereka sampai ke destinasi peng-order pizza tersebut? Saksikan animasi yang cool lagi epic ini! :>



Tibe2Jam6Petang

Betul Betul Sadis - Taman Tema Yang Ditinggalkan (19 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Setelah hampir 10 tahun ditutup

Di Blog Rilek-Rilek, kami telah memaparkan beberapa tempat-tempat menarik di sekitar bandar Berlin. Namun tidak semua yang terdapat di bandar ini indah belaka. Contohnya seperti Taman Tema Spreepark ini yang dulunya menjadi kebanggaan Jerman dan tempat kegemaran penduduk setempat untuk bersantai bersama keluarga tetapi ia terpaksa ditutup pada 2002 akibat masalah hutang. Mari kita lihat bagaimana keadaannya hari ini...

WOW! - Monster Tasmanian King Crab, Ketam gergasi yang terselamat daripada dimasak (5 GAMBAR)

Posted by Unknown Thursday, May 3, 2012 0 comments
Monster Tasmanian King Crab, Ketam gergasi yang bernasib baik terselamat daripada dimasak daripada dijadikan bahan makanan.Sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.


Yang berada dalam gambar ialah Claude dengan lebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.

Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.

Kalau korang nak tau, Ia boleh membesar sehingga 14 kilogram dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam.

Saksikan lagi gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer