-->

Tragedi Ngeri Ragut Lima Nyawa

Posted by Muhamad Syafiq Tuesday, October 2, 2012 0 comments

SABAK BERNAM : Hasrat tiga beranak dan dua beradik untuk pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor dari Teluk Intan, Perak dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda City berkecai apabila kesemuanya maut dalam kemalangan ngeri semalam.

Kejadian pukul 2.30 petang di Kilometer 70, Jalan Teluk Intan-Klang, Sekinchan di sini itu mengakibatkan pemandu kereta, Yeap Chin Hong, 52; anak perempuannya, Yeap Chen Wee, 25; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, serta dua wanita yang dipercayai adik-beradik, Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Li Min, 25, maut.

Kesemua mangsa mati di tempat kejadian kecuali Chen Wee yang menemui ajal ketika dirawat di Hospital Tanjong Karang.

Difahamkan, mereka hendak ke KLIA untuk menghantar Soon Keong yang mahu menyambung pelajaran ke Taiwan.


0 comments:

Post a Comment