-->
Posted by syahira rusman Wednesday, October 17, 2012 0 comments
Imam Suyuthi

1. Nama lengkap beliau adalah Jalaluddin Abdurrahman bin Kamaluddin Abi Bakr bin Muhammad As-Suyuthi.

Lahir tahun 849H atau tahun 1445M di Asyuth Mesir dari keturunan orang-orang terkemuka di negeri itu dan wafat tahun 911H atau tahun 1505M.

Ayah beliau wafat pada waktu beliau berumur enam tahun, jadi beliau hidup sebagai anak yatim.

2. Bagi memuaskan dahaganya akan ilmu, maka selain dari negerinya sendiri, beliau pun mencari ilmu dan merantau ke serata negeri antaranya Syam, Hijaz, Yaman, India, Maghribi dan negeri-negeri lain serta berguru pada para ulama terkenal berbagai disiplin ilmu saat itu yang jumlahnya lebih kurang seratus lima puluh orang.

Diantara para ulama itu ialah Syaikh Syihabuddin As-Syarmasahi, Syaikhul Islam Alamuddin Al-Bulqini, putera Al-Bulqini, Syaikhul Islam Syarafuddin Al-Manawi, Taqiyuddin As-Syibli, Muhyiddin Al-Kafiji, Syaikh Saifuddin Al-Hanafi dan lain-lain.

3. Belliau pernah bekerja sebagai guru pada sekolah Ibn Thulun, As-Syaikhuniyah dan Al-Bibrisiyah. Guru-guru beliau telah memberi hak dan kekuasaan padanya untuk mengajar pada usia sangat muda. Beliau diberi hak dan kekuasaan untuk mengajarkan ilmu sastera arab pada usia tujuh belas tahun dan pada usia dua puluh tujuh tahun, telah diberi mengajarkan hukum agama dan memberikan fatwa.

Pada usia empat puluh tahun beliau mengundurkan diri dari masyarakat ramai untuk memanfaatkan seluruh waktu dan mencurahkan seluruh perhatiannya untuk kajian dan menulis. Hasil kerja keras beliau itu adalah berupa buku-buku tebal yang terdiri dari beberapa jilid sampai buku-buku yang kecil dan jumlah keseluruhannya lebih kurang enam ratus buah.

4. Bidang keilmuan yang beliau kuasai sangat luas. Hampir setiap ilmu yang beliau pelajari ditulis buku mengenainya. Sekadar gambaran betapa produktifnya beliau dalam menulis, disenaraikan beberapa buah buku darinya;

(a) Ilmu Tafsir dan Qiraat (24 buah) antaranya ‘Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul’

(b) Ilmu Hadis, antaranya Mirqaatus Shu’ud ila Sunani Abi Dawud, Syarhu Sunan Ibni Majah, Adzkarul Adzkar, Zawa-idu Nawaadiril Usul lil Hakim At-Tirmidzi dan banyak lagi.

(c) Ilmu Feqah, antarnya Al-Jami’ fil Faraidh dan pebagai lagi.

Judul buku-buku di atas hanya sedikit sekali yang dipaparkan, seperti yang dikatakan, buku-buku beliau yang ditulis berjumlah lebih kurang 600 buah.


0 comments:

Post a Comment