-->

Kalimah Tauhid

Posted by Unknown Wednesday, October 17, 2012 0 comments
Kalimah Tauhid

Alhamdulillah , Segala puji-pujian hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Apabila disebut LA ILAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH ….maka bacaan sebenarnya ialah dengan “ MUHAMMADUR “ . ( berbaris depan pada huruf dal di dalam ejaan asal ~ Arab ) . Kalimah ( perkataan / ayat ) ini dikenali sebagai " Kalimah Tauhid " .( Perkataan yang menjadikan kita meyakini bahawa Allah Ta'ala itu Maha Tunggal sahaja )

Apabila bacaan itu dimulakan dengan “ ASYHADU AL LA ILAHA ILLALLAHU , WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH “ …dibaca dengan “ MUHAMMADAR “ ( berbaris atas pada huruf dal di dalam ejaan asal di dalam Bahasa Arab ) . Perkataan ini pula ( yang dimulai dengan "Asyhadu " ) dikenali sebagai " Kalimah Syahadah " ( Perkataan yang memperakui / mengiktiraf keesaan Allah Ta'ala ).

Sebabnya ialah kerana ada tambahan ayat , dan apabila ada tambahan ayat , sama ada di awal , tengah dan hujung sesuatu rangkap perkataan maka berubahlah cara bacaan menurut tambahan ayat tersebut.

Aspek ini adalah ditinjau daripada sudut Ilmu Nahu ( Grammar / Tatabahasa ) di dalam Bahasa Arab.

Namun jika kita membaca "MUHAMMADAR" dengan "...DUR " ataupun " MUHAMMADUR" dengan "...DAR" maka tidaklah merosakkan makna kalimah syahadah dan kalimah tauhid itu .

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan lebih lanjut , saudara digalakkan mempelajari Bahasa Arab dan lebih baik lagi dimulai dengan mempelajari menterjemah al-Quranul Karim menurut sistem “ Harfiah “ . Satu sistem yang berjaya melahirkan mereka yang “ celik “ di dalam menterjemah al-Quranul Karim di dalam masa yang singkat , Insya-Allah .

Sila klik 'link' di bawah mengenai contoh sistem pelajaran 'Harfiah'

Koleksi Hadis Nabi

0 comments:

Post a Comment