-->

Betul Betul Info - Koala Haiwan Yang Tidak Minum

Posted by Unknown Tuesday, August 28, 2012 0 comments
Juga tidak tergolong dalam kumpulan beruang

Koala yang banyak terdapat di Australia tidak perlu meneguk air untuk minum. Nama ‘koala’ itu sendiri yang diberi oleh kaum asli di negara tersebut, bermaksud ‘haiwan yang tidak minum’. Namun sebenarnya, koala mendapat sumber air daripada daun eucalyptus yang dimakannya.


sumber gambar

Koala bukanlah tergolong dalam kumpulan beruang walaupun bentuknya seperti beruang. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan marsupial iaitu binatang yang mempunyai uncang untuk melindungi anak masing-masing. Koala menghabiskan 14 jam sehari untuk tidur. Haiwan ini lebih selesa berada di atas pokok kerana keadaan fizikalnya yang memberi kelebihan untuk memanjat pokok. Terdapat ruang yang luas antara dua jari koala dan ibu jari kakinya yang besar membolehkannya memegang kuat dahan pokok.

Pada masa dahulu, koala merupakan sumber makanan yang penting kepada kaum asli di Australia. Menjelang tahun 1920an haiwan ini hampir pupus disebabkan pemburuan untuk mendapatkan bulunya. Koala boleh hidup sehingga 14 tahun jika berada di kawasan yang bebas daripada gangguan manusia.

Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment