-->

Bagilah Aku Ketabahan Menghadapi Keputusan SPM.

Posted by Unknown Sunday, September 30, 2012 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang terlepas dari penguasaanMU dan tidak pula Kau memerlukan pembantu dalam menguruskan kursiMU.

Allahummasoli a’la saidina Muhammad, Wa a’la ali saidina Muhammad. Salam selawat ke atas kekasihmu, Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Kurniakanlah kedudukan tertinggi kepada baginda dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Baginda.

Ya Ghoffar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami serta muslimin dan muslimat yang engkau kasihi dan redhai sekalian. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada ibu-bapa kami dan berikanlah kesihatan berpanjangan kepada mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.

Ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan agamaMU yang lurus. Tambahkanlah iman kami dan kurniakanlah sifat bersyukur dalam hati kami di atas segala nikmat kurniaanMu.

Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah rezeki yang halal kepada kami dan berkatilah makan minum kami. Jauhilah kami daripada azzab api neraka dan Kubur.

Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berhimpun dengan penuh rendah diri menadah tangan sebagai hambaMu, memohon keberkatan dan kekuatan dariMU bagi menghadapi keputusan SPM yang akan keluar pada 11.3.2010 ini ya Allah

Ya Allah berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon darimu, Anugerahkanlah kejayaan dalam peperiksaan kami ini Ya Allah. Anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami Ya Allah, Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian Ya Allah. Engkau yang Maha Agung Lagi Bijaksana. Semoga Kejayaan Mengiringi Kami Ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya kami telah berusaha sedaya yang kami mampu dalam mempelajari setitis daripada selaut ilmumu. Oleh itu Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu tersebut kepada kami Ya Allah. Ya Allah Kurniakanlah kejayaan Kepada Kami Semua Ya Allah.

Ya Allah, jauhilah kami dari kegagalan agar tidak mendatangkan fitnah ke atas usaha dakwah yang kami lakukan dan berikanlah kejayaan kepada kami agar kami dapat membina kembali kegemilangan ketamadunan Islam.

Ya Razzak, sekiranya kejayaan yang engkau berikan kepada kami dalam peperiksaan tersebut maka jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan merendah hati. Jauhilah kami dari sifat angkuh dan takabbur. Dan tanamkanlah kedalam hati kami kekuatan untuk terus berbakti dalam mendaulatkan agamaMU. Jauhilah kami dari lalai dan leka dalam mengingatiMu dengan sedikit cubaan kejayaan.

Ya Allah, sekiranya engkau menetapkan kegagalan kepada kami, bimbinglah kami untuk menghadapi ujianMu ini dengan penuh kesabaran. Jauhilah kami dari bersedih dan kecewa hingga membawa kami jauh dari mengingatiMu. Janganlah engkau jadikan bebanan itu terlalu berat untuk kami tanggung. Sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah.

Ya Allah, engkau kurniakanlah keselamatan kepada saudara kami di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan berikanlah kesejahteraan kepada seluruh Ummat Islam serta kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam melawan musuh agama MU. Ya Allah, Engkau jauhilah kami dari fitnah Dajjal yang menyesatkan dengan tipu daya.

Rabbana atina Fiddunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah, Wa kina Azabbannar. Wa salallahuA’la saidina Muhamma, Wa a’la alihi wasabbihi wasallam, Walhamdulillahi Rabbil a’lamin. Amin Ya Rabbal a'lamin!

Daripada Kelas Pengartucaraan Komputer Sekolah menengah Teknik Besut. Doakanlah kejayaan buat kami !!.


0 comments:

Post a Comment