-->

Innocence Of Muslims Mahu Alih Isu Rohingya

Posted by Unknown Thursday, October 4, 2012 0 comments

KUALA LUMPUR – Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN menganggap filem ‘Innocence of Muslims’ merupakan satu perang kepada umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, IKIAM melalui satu kenyataan media menggesa penerbit dan pengedar filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’ tersebut dihentikan pengedaran dan dimusnahkan segera.

“Masalah pemusnahan etnik muslim Rohingya di Myanmar masih belum ditangani dengan sewajarnya oleh dunia. Pada hemat kami pengedaran filem anti Islam ini dirancang untuk mengalihkan perhatian umat Islam terhadap isu Rohingya,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata kenyataan itu, IKIAM menyeru dan menggesa umat Islam di Malaysia khususnya pada Khamis malam Jumaat ini di setiap masjid dan surau mengadakan bacaan yasin, berzikir, solat hajat dan berdoa memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

Menurut kenyataan itu, usaha itu juga bertujuan berdoa kepada Allah supaya membuka hati umat Islam untuk bersatu dan berpadu sentiasa dalam menghadapi cabaran pihak yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan hidup muslim.

“Kita juga berdoa memohon rahmat kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat serta keamanan serta kemakmuran negara Malaysia daripada Allah,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, salah satu ‘senjata mukmin’ adalah berdoa secara beramai-ramai dalam perpaduan yang kukuh dan ia merupakan kekuatan serta keunikan yang ada pada umat Islam. 


0 comments:

Post a Comment