-->

Gila dan pelik]..Bunuh anak kerana lebih mesra dengan ibu

Posted by Muhamad Syafiq Thursday, October 4, 2012 0 comments

Seorang lelaki membunuh anaknya, Xiah, yang baru berusia tujuh bulan semata-mata kanak-kanak itu lebih mesra dengan ibunya.

Pendakwa raya berkata, Larry Greene menengking dan menumbuk dada anaknya kerana bayi itu menangis ketika menjaganya di kediaman mereka di Queens. Xiah tidak bernafas beberapa minit kemudian dan meninggal dunia di Hospital Queens, kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat didera ibu bapa dalam tempoh lima minggu.

Xiah memiliki kesan lebam di kepala, dua di leher dan lima di dada yang disahkan bekas tumbukan orang dewasa.

Ibu Xiah, Cassandra Nady, meminta Greene, 20, menjaga anaknya di kediamannya di St Albans.

“Dia mendakwa anak saya jatuh ketika disusukan tapi hakikatnya jauh sama sekali,” kata Cassandra.

Pendakawa raya berkata, mereka memiliki rakaman pengakuan Greene yang mengaku memukul anaknya kerana marah Xiah lebih mesra dengan ibunya.

Kakak Greene, Laquana Greene, 25, tak yakin adiknya sanggup melakukan perkara sekejam itu.

“Larry seorang yang baik dan tidak mungkin sanggup melakukannya. Ini hanya satu salah faham,” katanya.

Greene didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua dan jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum 25 tahun.

Pendakwaraya Queens, Richard Brown berkata, Xiah kanak-kanak kesembilan didera penjaga sejak sembilan bulan lalu.

“Tiada alasan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” tegas Brown


0 comments:

Post a Comment