-->

Gambar Topless Kate Middleton Tersebar Di Internet

Posted by Muhamad Syafiq Thursday, October 4, 2012 0 comments

LONDON - Sebuah majalah gosip Perancis mengugut akan menyiarkan gambar Duchess of Cambridge, Katherine Middleton yang mendedahkan tubuhnya mulai esok.

Sumber yang boleh dipercayai menyatakan gambar itu diambil secara curi-curi ketika Putera William dan Kate sedang bercuti di sebuah rumah penginapan mewah di Perancis, yang dimiliki anak saudara kepada Queen Elizabeth II, minggu lalu.

Menurut BBC, walaupun gambar yang diambil itu kelihatan kabur tetapi memang jelas ia merupakan kelibat kedua-dua figura diraja popular itu.

Sebanyak empat keping gambar dimuatkan dalam majalah itu dengan sebahagiannya memaparkan gambar Kate dalam keadaan tidak berbaju.

Pasangan diraja itu yang kini masih dalam rangka lawatan ke Asia Pasifik termasuk ke Malaysia sempena ulang tahun pemerintahan jubli intan Queen Elizabeth, mengetahui mengenai perkara itu ketika sedang menikmati jamuan minum pagi yang diadakan di Kuala Lumpur khas untuk lawatan mereka ke Malaysia.

Menurut wakil rasmi mereka, Putera William dan Kate berasa kecewa dan dukacita apabila hak privasi mereka dicerobohi pihak-pihak tertentu.

Penyebaran gambar itu berlaku sebulan selepas insiden yang menimpa adik ipar Kate, Putera Harry apabila gambar aksi nakalnya ketika sedang bercuti di Las Vegas tersebar meluas malah akhbar sensasi The Sun UK turut menyiarkan gambar terbabit walaupun ianya melanggar hak dan undang-undang privasi di sana.

Gambar kontroversi itu mula tersebar melalui laman gosip popular di Amerika Syarikat, TMZ.


0 comments:

Post a Comment