-->

Buat pertama kalinya, penyampai berita siaran televisyen kerajaan Mesir memakai hijab

Posted by Muhamad Syafiq Thursday, October 4, 2012 0 comments

KAHERAH – Buat pertama kalinya, penyampai berita siaran televisyen (TV) kerajaan Mesir memakai hijab sekali gus menampilkan pembaharuan media rasmi sejak revolusi pemerintahan Islam menggulingkan Hosni Mubarak.

Kemunculan pertama Fatma Nabil di Channel 1 kelmarin dengan memakai sepasang sut hitam dan sehelai selendang berwarna krim menutupi rambut serta lehernya.

Semasa zaman pemerintahan Hosni Mubarak, kaum wanita Islam yang memakai hijab dan berpurdah dilarang sama sekali terlibat dengan media, malah Menteri Maklumat Islam, Salah Abdel Maqsud menyuarakan pendapatnya bahawa tiada sebab mengapa wanita berhijab tidak boleh menjadi penyampai berita kebangsaan.

“Akhirnya revolusi ini telah berjaya memartabatkan wanita berhijab dan berpurdah,” kata Nabil dalam kenyataan akhbar tempatan, Freedom and Justice.

Kebangkitan yang menyebelahi kaum wanita Islam oleh kumpulan Ikhwanul Muslimin serta pergerakan Islam lain pada 2011, secara keseluruhannya berjaya menarik sokongan rakyat Mesir yang amat dahagakan kebebasan khasnya golongan wanita.

Kebanyakan wanita Islam Mesir memakai hijab yang mana menjadi tanggungjawab mereka menutup aurat jika berada di luar rumah atau dengan orang bukan muhrim.

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment