-->

Betul Betul Gempar - Keputusan SPM 2011: Terengganu Terus Unggul

Posted by syahira rusman Monday, October 1, 2012 0 comments
Keputusan SPM 2011 (Peringkat Kebangsaan)

- Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun, meningkat kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

- Seramai 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding 403 pelajar untuk 2010.


Keputusan SPM 2011 (Peringkat Terengganu)

Terengganu terus unggul dengan mencatatkan peningkatan kepada 4.92 berbanding 5.03 yang direkodkan tahun 2010 lalu bagi Gred Purata Negeri (GPN) dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan serentak diseluruh negara semalam.

Selain berjaya mengatasi Gred Purata Nasional 5.04, pencapaian tahun ini juga merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun seperti juga rekod pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Senarai Sekolah Terbaik di Terengganu (Berpencapaian Cemerlang (GPS) 2.25 dan ke bawah):

1. Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu

3. Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Dungun, Dungun

4. SM Sains Kuala Terengganu, Kuala Terengganu

5. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu

7. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut

8. SM Imitiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu

Tahniah kepada yang dapat result cemerlang, lepas ni korang kena fikir betul-betul nak masuk bidang mana. Ini cuma permulaan korang untuk ke peringkat lebih tinggi. Dan kepada yang dapat result kurang baik tu, jangan putus asa sebab peluang ada kat mana-mana je. Yang penting korang terus berusaha!

Psst: Sekolah penulis pun ada dalam senarai, tapi macam menurun sikit je tahun ni..


0 comments:

Post a Comment