-->

Apartment Bernilai RM186 Juta Di Hong Kong!!

Posted by Muhamad Syafiq Wednesday, October 10, 2012 0 comments
Harga hartanah di Hong Kong memang terkenal mahalnya. In fact Hong Kong terletak di tangga teratas ranking negara dengan kos sara diri termahal dunia untuk expatriat untuk tahun 2012.

Jadi tidak mengejutkan apabila sebuah apartment di Opus Hong Kong baru-baru ini terjual dengan harga RM 186 Juta (HK 470 Juta).

Apartment mewah ini sebesar 6700 kaki persegi dan memenuhi seluruh tingkat lapan apartment yang direka oleh arkitek ternama Frank Gehry. Kepada yang kurang mengenali Frank, beliau mereka Muzium Seni Gugenheim di Bilbao dan Dancing House di Prague.

Apartment di Opus Hong Kong ini merupakan apartment termahal di Asia dan kedua termahal. Apartment termahal di dunia terletak di One Hyde Park London yang terjual pada hargaUSD 105 Juta (RM 320 Juta) Mei yang lalu.

Sungguh mahal! Kami di Blogserius beli apartment di KL tak sampai 200 ribu pun dah terberak nak bayar. Tak boleh fikir macamana nak bayar RM 186 Juta!


Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment