-->

Video: Kisah Budak Kebal

Posted by Muhamad Syafiq Monday, October 1, 2012 0 comments

Harian Metro baru-baru ini memaparkan kisah Mohd Adam Jalamaluddin yang baru 13 tahun tetapi memiliki kelebihan yakni kulitnya tidak mudah terbakar dan tidak sakit atau berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.

Kelebihan itu menyebabkan Adam itu dikenali sebagai ‘Budak Kebal’.

Keistemewaan itu diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

**Apa-apa pun, jangan nak tiru aksi dalam klip di bawah. Tak elok untuk kesihatan.

SILA KE LINK INI UNTUK LAYAN VIDEO NIH...

0 comments:

Post a Comment