-->

Pembikin Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri

Posted by Unknown Friday, October 5, 2012 0 comments

LOS ANGELES : Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.

Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.

Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit.

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment