-->

” Minta Tolong Pengurus Masjid, Tolong Anak Ini…”

Posted by Muhamad Syafiq Thursday, October 4, 2012 0 comments

KUALA LUMPUR – “Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata, dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

“Ketika itu saya terlintas mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.

Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53, percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.


0 comments:

Post a Comment