-->

Bunuh Pasangan Gay Hanya Kerana Anjing

Posted by Muhamad Syafiq Tuesday, October 2, 2012 0 comments

London – Hanya kerana anjing, seorang pemaju perumahan telah didakwa di mahkamah selepas didakwa membunuh kekasih gaynya dengan menolak lelaki berkenaan di hadapan sebuah bas hingga menyebabkan lelaki berkenaan mati serta merta di tempat kejadian.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran apabila Ian Chaundy, 48, dituduh membunuh Paul Carscadden, 40, ketika kedua-duanya sedang bergaduh.

Selepas menolak mangsa, Ian menjerit `saya telah membunuhnya, saya menolaknya, saya sayangkannya’ .

Pada malam kejadian, pasangan gay itu yang menetap di sebuah rumah berharga £600,000 dilaporkan telah keluar makan bersama dua lagi rakan lelaki mereka, apabila mereka kemudiannya bertengkar mengenai anjing peliharaan Paul.

`‘Paul Carscadden keluar dari restoran itu lebih awal untuk melihat anjingnya, Beagle di rumah mereka. Namun tertuduh yang tidak mahu meninggalkan restoran itu, telah mengekori mangsa sebelum kedua-duanya bertengkar di depan restoran berkenaan.

“Mereka bertengkar kerana tertuduh tidak mahu mangsa pulang ke rumah. Tertuduh kemudiannya menolak mangsa dan ketika itu sebuah bas sedang melalui jalan berkenaan menyebabkan dia dirempuh bas terbabit dan meninggal dunia.

“Sejurus kejadian, Chaundy kemudiannya berlari masuk ke restoran dan meminta bantuan rakan-rakannya sambil menangis,” kata pendakwaraya.

Aksi Chaundy menolak mangsa telah dirakamkan oleh kamera CCTV, namun Chaundy yang tidak mengaku salah atas tuduhan membunuh, memberi alasan dia tidak ingat sama ada dia telah menolak mangsa.

Dalam pada itu, anak kandung Chaudy, Hayden, 20, berkata, pasangan gay berkenaan menyayangi satu sama lain biarpun mereka sering bergaduh mengenai perkara kecil.

Hayden memberitahu mahkamah, dia berada bersama pasangan itu pada malam kejadian berkenaan dan mereka turut menikmati minuman keras di sebuah pub sebelum Chaudy dan mangsa keluar menikmati makan malam di sebuah restoran bersama rakan mereka.

Chaudy dibebaskan dengan ikat jamin sementara perbicaraan itu bersambung.


0 comments:

Post a Comment