-->

Serius : Samsung Galaxy S III Meletup! (4 Gambar)

Posted by Muhamad Syafiq Saturday, August 11, 2012 0 comments

Kejadian yang tidak menyenangkan itu berlaku di Ireland. Sebuah telefon Galaxy S III berwarna putih yang dibeli daripada Carphone Warehouse sedang dicas bateri pada sebuah kereta apabila asap putih tiba-tiba muncul daripada bahagian bawah telefon. Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam:

Gambar-gambar ini telah beredar secara meluas di Internet sejak semalam. Namun pemilik tersebut, seorang lelaki bernasib baik kerana tiada sebarang kecederaan dan dia mendapat telefon baru secara langsung dari Samsung, manakala unit yang bermasalah telah dihantar ke ibu pejabat syarikat untuk siasatan terperinci.




Ia hanya kes terpencil buat masa ini. Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi:

"There have been recent online posts displaying pictures of a Samsung GALAXY SIII that appears to have heat-related damage at the bottom of the device. Samsung is aware of this issue and will begin investigating as soon as we receive the specific product in question.

Once the investigation is complete, we will be able to provide further details on the situation. We are committed to providing our customers with the safest products possible and are looking at this seriously."

p/s : Mungkinkah hanya propaganda untuk menutup periuk nasi Samsung?

Sumber : AkuStressGiler

0 comments:

Post a Comment