-->

Betul Betul Cool - Pemain Paling Tinggi Dalam Sejarah NBA

Posted by syahira rusman Monday, August 27, 2012 0 comments
Manute Bol merupakan pemain paling tinggi dalam sejarah NBA dengan ketinggian mencecah 7 kaki 7 inci atau 2.31 meter! Dilahirkan di Sudan, beliau mula menempa nama dalam NBA pada tahun 1985 dan pernah bermain sebanyak 10 musim bersama 4 kelab berlainan iaitu Washington Bullets, Golden State Warriors, Miami Heat dan Philadelphia 76ers.

Walaupun tidak mencatatkan rekod pungutan mata yang memberangsangkan, beliau begitu dikenali dengan kebolehannya menghalang cubaan pihak lawan. Sepanjang lebih 600 perlawanan, beliau melakukan 2,086 halangan manakala memungut 1,599 mata menjadikan beliau satu-satunya pemain yang mencatat jumlah halangan lebih banyak berbanding pungutan mata. Karier Bol berakhir setelah beliau mendapat kecederaan pada 1994.

Beliau yang turut dikenali sebagai atlet pemurah dengan menjalankan kerja kebajikan di Afrika terutamanya di negara kelahirannya, Sudan sentiasa mendapat sambutan mesra walau di mana beliau berada. Pada Jun 2010, Bol meninggal dunia akibat kompilasi daripada sindrom Stevens-Johnson.





















 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment