-->

Betul Betul Unik - Fitzroy High School Di Melbourne (4 Gambar)

Posted by syahira rusman Wednesday, August 29, 2012 0 comments
Sangat colourful!

Fitzroy High School yang terletak di Melbourne, Australia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kerajaan pernah menutup sekolah ini pada tahun 1992 namun ia dibuka kembali pada tahun 2004, setelah 11 tahun kempen dilakukan olah ibu bapa dan masyarakat setempat. Pada tahun 2009, sebuah bangunan baru yang sangat unik telah dibina.



Pereka dari Melbourne, McBride Charles Ryan mereka ruangan dalaman bangunan ini agar lebih fleksibel dan mudah diubah mengikut kesesuaian. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau hanya menggunakan tirai dengan warna yang terang untuk mencipta sesebuah ruang. Rekaan ini telah memenangi kategori Hiasan Dalaman Komersial pada Dulux Color Awards 2010.


 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment