-->

Betul Betul Genius - Menara Air Himalaya: Simpanan Air Untuk Masa Depan

Posted by syahira rusman Thursday, August 30, 2012 0 comments
Menara Air Himalaya atau Himalaya Water Tower telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama 2012 Skyscraper Competition oleh majalah eVolo. Rekaan ini adalah gabungan idea daripada Zhi Zheng, Hongchuan Zhao dan Dongbai Song dari China.



Menara ini berada tinggi di atas Pergunungan Himalaya dan berfungsi sebagai tempat menyimpan air serta membantu mengawal penggunaannya bagi menghadapi bencana akibat perubahan iklim yang mendadak. Air akan dikumpul ketika musim hujan, seterusnya ditapis, dibekukan menjadi ais dan disimpan untuk kegunaan masa depan. Jadual pengagihan air akan berubah mengikut kesesuaian penggunaan penduduk dan ia juga dapat membantu ketika musim kemarau.




SUPER GENIUS!
 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment