-->

Betul Betul Cool - Rumah Belon Dalam Filem 'Up' Versi Real (4 Gambar)

Posted by syahira rusman Thursday, August 30, 2012 0 comments
Kalau anda pernah menonton filem animasi bertajuk 'Up', soalan ini mungkin muncul dalam fikiran anda... Mungkinkah rumah boleh diterbangkan hanya dengan menggunakan belon? Bagi merungkai persoalan tadi, National Geographic Channel telah menghasilkan versi sebenar rumah tersebut dan membuktikan perkara itu tidaklah mustahil.



Kumpulan yang dianggotai oleh saintis, jurutera, dan 2 orang pakar juruterbang belon udara panas telah berjaya melancarkan rumah berkeluasan 16' X 16' dan berketinggian 18' itu di Los Angeles. Sekaligus ia mencatat rekod dunia sebagai penerbangan kelompok belon terbesar yang pernah dilakukan.


Dengan menggunakan 300 belon berisi gas helium, rumah itu mencapai altitud melebihi 3000m dan kekal di udara selama 1 jam! Rakaman peristiwa bersejarah tersebut dimasukkan dalam rancangan bersiri National Geographic Channel, bertajuk How Hard Can it Be?



 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment