-->

Betul Betul Nostalgia - Gambar Mokhtar Dahari Bersama Maradona

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2012 0 comments
Bangga!

Super Mokh sebagai kapten pasukan Selangor bertukar-tukar lencana/caps dengan kapten Boca Junior, Diego Maradona

Gambar ini dirakamkan pada Januari 1982 di Stadium Merdeka sebelum sepak mula perlawanan persahabatan antara Pilihan Selangor menentang Boca Juniors. Perlawanan ini dimenangi oleh Boca Junior dengan jaringan 2-1.



Empat tahun selepas perlawanan ini, Argentina berjaya menjulang Piala Dunia 1986. Dalam siri Piala Dunia inilah berlakunya gol kontroversi Maradona yang dikenali dengan 'hand of god' ketika mengalahkan England. Maradona telah dipilih sebagai Pemain Terbaik dan gol beliau dalam kejohanan ini dipilih sebagai gol terbaik sepanjang abad.

Psst: Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mokhtar Dahari...


0 comments:

Post a Comment