-->

Info : Rumah Permata Kasih Memerlukan Bantuan Anda Semua

Posted by Unknown Monday, August 13, 2012 0 comments


Rumah Permata Kasih ni terletak dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Rumah ini merupakan pusat pendidikan dan kebajikan untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan juga asnaf zakat. Berikut merupakan alamat Rumah Permata Kasih ni.

No. 2, Lorong Pauh Jaya 2/3,

Taman Pauh Jaya,

13500, Permatang Pauh,

Pulau Pinang.

Tel: 0135038343 / 0186650541

Rumah Permata Kasih memerlukan sumbangan dari anda semua untuk melancarkan semua aktiviti yang telah disusun juga untuk menampung keperluan harian anak-anak disini.

Untuk pengetahuan semua Rumah Permata Kasih juga mengagihkan samaada barangan atau kewangan kepada anak-anak fakir miskin dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka, dengan ini keluarga miskin dan golongan asnaf zakat yang tinggal diluar juga terhibur dengan sumbangan tuan/puan.

Aktiviti


Gambar yang dipamerkan ialah gambar anak-anak permata kasih pergi ke pulau aman dengan menaiki bot.... Perjalanan menaiki bot dari jeti batu kawan, pulau pinang. Pulau aman berdekatan dengan batu kawan. Di pulau aman ini terkenal dengan belacan dan mee udang, disana juga ada chalet bagi mereka yang ingin bermalam disana.. Anak-anak permata kasih pergi kesana cuma setengah hari sahaja melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah dan sempat juga makan nasi goreng udang.





Tidakkah korang tergerak hati dan rasa bertanggungjawab untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin kat rumah ni?

Mereka sekarang memerlukan bantuan dari kita semua untuk menampung kos especially pada bulan ramadahan dan utk menyambut Aidilfitri nanti..


Tak salah kalau kita membantu mereka setakat yang kita mampu. Bukan apa, untuk saham kita di akhirat nnt jugak..

Kalau korang nak hulurkan bantuan, bolehlah rujuk blog Rumah Permata Kasih ni.


0 comments:

Post a Comment