-->
Showing posts with label Stress Info. Show all posts
Showing posts with label Stress Info. Show all posts

Info : Di Sebalik Tabir Siri Televisyen Teletubbies (6 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 14, 2012 0 comments

Rasanya budak-budak sekarang ramai yang dah tak tau pasal Teletubbies ni. Jom baca sikit kat bawah nih.

Mungkin korang sangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England.

Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po.

Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.





Pelakon disebalik watak Teletubbies..


Dari kiri : Lala, Tinky Winky, Po, Dipsy


Sumber : AkuStressGiler

Info : Rumah Permata Kasih Memerlukan Bantuan Anda Semua

Posted by Unknown Monday, August 13, 2012 0 comments


Rumah Permata Kasih ni terletak dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Rumah ini merupakan pusat pendidikan dan kebajikan untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan juga asnaf zakat. Berikut merupakan alamat Rumah Permata Kasih ni.

No. 2, Lorong Pauh Jaya 2/3,

Taman Pauh Jaya,

13500, Permatang Pauh,

Pulau Pinang.

Tel: 0135038343 / 0186650541

Rumah Permata Kasih memerlukan sumbangan dari anda semua untuk melancarkan semua aktiviti yang telah disusun juga untuk menampung keperluan harian anak-anak disini.

Untuk pengetahuan semua Rumah Permata Kasih juga mengagihkan samaada barangan atau kewangan kepada anak-anak fakir miskin dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka, dengan ini keluarga miskin dan golongan asnaf zakat yang tinggal diluar juga terhibur dengan sumbangan tuan/puan.

Aktiviti


Gambar yang dipamerkan ialah gambar anak-anak permata kasih pergi ke pulau aman dengan menaiki bot.... Perjalanan menaiki bot dari jeti batu kawan, pulau pinang. Pulau aman berdekatan dengan batu kawan. Di pulau aman ini terkenal dengan belacan dan mee udang, disana juga ada chalet bagi mereka yang ingin bermalam disana.. Anak-anak permata kasih pergi kesana cuma setengah hari sahaja melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah dan sempat juga makan nasi goreng udang.





Tidakkah korang tergerak hati dan rasa bertanggungjawab untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin kat rumah ni?

Mereka sekarang memerlukan bantuan dari kita semua untuk menampung kos especially pada bulan ramadahan dan utk menyambut Aidilfitri nanti..


Tak salah kalau kita membantu mereka setakat yang kita mampu. Bukan apa, untuk saham kita di akhirat nnt jugak..

Kalau korang nak hulurkan bantuan, bolehlah rujuk blog Rumah Permata Kasih ni.

Info : Ubat Sakit Jantung Buatan Sendiri (4 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 0 comments
Gambar hiasan. Gunakan produk lain selain dari Heinz

Korang ada sedara atau jiran ada masalah jantung? Selain daripada pergi jumpa doktor pakar korang juga boleh cuba ramuan jus di bawah ni..Tak salah mencuba kan? Jom tengok petua kat bawah nih..

Bahan:

1. Satu cawan jus lemon.

2. Satu cawan jus halia.

3. Satu cawan jus bawang putih.

4. Satu cawan cuka sari epal.

5. Tiga cawan madu.

Ramuannya:

Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.

Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.

Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu.

Simpan dalam bekas yang bersih.

Amalan:

Ambil sebanyak 3 sudu teh setiap pagi sebelum bersarapan.

Amalkan setiap hari, Insyallah anda akan sihat.

Hasil


Sebelum

Selepas

p/s : Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.. selamat mencuba..Taknak cuba pun takpe. tak paksa pun. lebih baik tanye doktor dlu b4 cuba yer.

DrySheet

Info : Inilah Jambatan Purba Yang Berusia Lebih 1 Juta Tahun (4 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments

Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipecayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1,000,000 hingga 2,000,000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehingga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.




S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence” mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Didalam Epos Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka,iaitu Rahwana.

Epos Ramayana,menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epos tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.

p/s : sekadar berkongsi. cerita dalam mitos Hindu.

BillyInfo

Info : Alasan Askar Israel Membunuh Kanak-Kanak Palestin

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments

Sering kali kita dengar dalam berita atau pun di dalam Internet mengenai kelakuan zalim dan kejam puak-puak Yahudi Israel membunuh kanak-kanak Palestin..Kalau korang nak tahu kenapa puak Israel ni melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut, meh baca kat bawah ni..

PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.


p/s : Sehebat mana pun Israel, tetap takut dengan orang Islam..

Info : Makanan Untuk Atlet Olimpik Negara Turki (10 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Sekumpulan atlet Olimpik negara Turki telah menunjukkan diet yang mereka ambil sebagai persediaan untuk sukan Olimpik London. Jom kita tengok..

Merve Aydin, Track, 3,000 Calories A Day


olymipians-diet-10




Nur Tatar, Taekwondo, 1,500 Calories A Day






Elif Jale Yesilirmak, Wrestling, 3,000 Calories A Day 
 




Fatih Avan, Javelin, 3,500 Calories A Day







Mete Binay, Weightlifting, 3,500 Calories A Day



p/s : Pergh.. banyak kot diorang ni makan.. kene guna byk tenaga tu..

AmusingPlanet

Kuiz : 98% Orang Di Dunia Tak Dapat Menjawab Soalan Ini

Posted by Unknown Tuesday, July 31, 2012 5 comments

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.

~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.

~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.

~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.

~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang diberi :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.

2. Orang Sweden memelihara anjing.

3. Orang Denmark suka minum teh.

4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.

5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.

6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.

7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.

8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.

9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.

10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.

11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.

12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.

13. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.

14. Orang Jerman merokok Rothmans.

15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum bir.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

PenPatah

Info : Wanita Sebenarnya Suka Dirogol?

Posted by Unknown Sunday, July 29, 2012 0 comments

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?

Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

Ditambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian :

1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),

2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,

3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.

4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.

5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.

6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.

Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel seksi dan seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-


Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.

Moral of the story:
Pada kaum wanita:

Jangan naikkan nafsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.

Pada kaum lelaki:

Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas nafsu seks semata. Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini..

p/s : Lelaki dan wanita perlu memainkan peranan yang penting unutk mencegah kes-kes rogol yang berleluasa pada zaman sekarang.

Gempak

Info : Awas! Pen Ujian Arus Elektrik Tiruan (6 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Bagi mereka yang ingin membeli alat-alat kelengkapan elektrik, sila berhati-hati yer. Jangan mudah tertipu dengan harga yang murah. Terbaru, satu pen ujian arus elektrik (Electric Test Pen) jenama Philips yang palsu telah beredar di pasaran.


Alat tiruan ini mempunyai lambang dan cap logo yang serupa seperti jenama Philips. Ia nya dilaporkan telah pun dijual secara meluas di kedai-kedai hardware dengan harga yang sama dengan jenama Philips yang original iaitu RM8.

Cara untuk membezakan antara yang original dan palsu, alat yang original dijual dalam bentuk bungkusan standard Philips, manakala yang palsu dijual dalam bekas plastik lutsinar.

Logo palsu nya pula hanya mempunyai dua garisan 'ombak' dan bintang serta perkataan "Made in Gamany" pada pemegangnya, manakala yang original sepatutnya mempunyai 3 garisan 'ombak' dan perkataan "Made in Germany".

Alat tiruan ini amat berbahaya dan elakkan daripada membelinya.






p/s : Ingat, murah tak semetinya selamat.. sila periksa betul-betul sebelum membeli..

DryShreet

Info : Gambar Disebalik Tabir 10 Filem Paling Famous (10 Gambar)

Posted by Unknown Friday, July 27, 2012 1 comments
Berikut merupakan gambar-gambar disebalik tabir 10 filem yang paling famous. Dalam filem memang nampak hebat. Tapi bila tengok behind the scene memang tak sangka macam mana filem itu sebenarnya dirakamkan.

Avatar

Jurassic Park

The Avengers

Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark

Ghostbusters

The Matrix

Braveheart

Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back

Godzilla

Titanic
 
p/s : macam tu je rupa Hulk.. haha..

AkuStressGiler