-->

Betul Betul Genius - Falkirk Wheel: Satu-Satunya Lif Bot Berputar Di Dunia

Posted by syahira rusman Thursday, August 23, 2012 0 comments
Falkirk Wheel adalah satu-satunya lif untuk bot seumpamanya di dunia & ia menjadi mercu tanda kejuruteraan di Scotland. Nama Falkirk diambil sempena nama bandar berdekatan yang terletak di tengah² negara Scotland. Lif bot berputar tersebut menghubungkan Terusan Forth & Clyde dengan Terusan Union. Perbezaan ketinggian antara 2 terusan tersebut adalah 35 meter!



United Kigdom terlebih dahulu memiliki lif bot iaitu Lif Bot Anderton yang terletak di Cheshire. Falkirk Wheel adalah versi upgrade bagi Lif Bot Anderton & menggunakan prinsip yang sama: mempunyai 2 tangki yang seimbang, apabila salah satunya naik, tangki yang satu lagi akan turun. Walaubagaimanapun, mekanisma putaran yang digunakan membuatkan Falkirk Wheel lebih unik.



Menggunakan prinsip pemindahan jirim Archimedes, roda tersebut hanya memerlukan tenaga elektrik yang sedikit (1.5KW) untuk berputar. Falkirk Wheel menelan belanja sebanyak 17.5 juta pound manakala kos keseluruhan termasuk projek baik pulih mencecah 84.5 juta pound.

0 comments:

Post a Comment