-->

Betul Betul Cool - Koenigsegg Agera R

Posted by Unknown Thursday, August 23, 2012 0 comments
Koenigsegg Agera R adalah contoh terbaik kereta yang menggabungkan kecantikan reka bentuk serta enjin yang berkuasa tinggi. Setakat September 2011, ia telah mencatatkan 6 rekod baru dunia bagi membuktikan betapa hebatnya kereta buatan Sweden ini. Sekarang, Koenigsegg Agera R telah menerima pengiktirafan daripada Guinness sebagai pemegang rekod 0-300-0 km/j paling laju dengan catatan masa 21.19 saat.


Beberapa ciri menarik yang terdapat pada kereta yang bertemakan Speed Racer ini ialah penggunaan E85 bio fuel sebagai bahan bakar dan disertakan dengan kotak ski pada bumbungnya serta tayar khas untuk digunakan di kawasan bersalji. Harganya yang mencecah USD 1.7 juta meletakkan Koenigsegg Agera R berada di kedudukan ke-4 dalam senarai 10 Kereta Termahal Tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment