-->

Tips Menjaga & Memenangi Hati Wanita

Posted by Admin Saturday, August 4, 2012 0 comments

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana korang boleh memenangi hati wanita kekasih korang. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri.Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba..

Berikut adalah senarai 76 petua tersebut:

1. Bila saja korang pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum korang lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri korang untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri korang untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami korang.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri korang untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya korang terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan korang dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati korang dan nyatakan kepadanya ‘Abang kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa korang memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah korang.

16. Bila korang perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya korang akan pulang dan korang perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan korang telah reda dan korang pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan korang dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri korang kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh korang dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan korang, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang korang baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan korang dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila korang hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila korang mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak, sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa korang bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya berkata “hai”.

26. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila korang hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.

32. Bersihkan diri korang dan pakai wangi-wangian sebelum jimak jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah korang menyebelahi isteri korang. Kalau korang tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri korang untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jimak.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan korang. Jangan mengalihkan pandangan korang pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang korang ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila korang memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan korang kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar korang boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa korang untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana korang boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika korang berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak korang. Biarkan anak-anak korang menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian korang yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan korang tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau korang boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa korang bawa gambarnya dalam dompet korang dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah korang yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan korang boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan korang ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar korang tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila korang keluar bersamanya, korang sendiri perlulah tahu arah tujuan korang agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada korang.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana korang melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. Nyatakan korang ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu korang lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang korang terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila korang sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

62. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya. Kalau masakannya tak sedap, contohnya katakanlah begini kepadanya "sedap la awak masak, tapi boleh tak tambahkan sedikit garam di dalamnya?".

64. Sewaktu korang mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa korang berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan korang bila korang berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat korang pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila korang mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk korang.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa korang mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan korang juga mahu apa yang korang kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila korang berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa korang rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan korang ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada korang tanpa berdolak-dalik.

76. Korang juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati korang. Bila dia gembira korang akan turut gembira. Korang akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri korang telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

p/s: kepada wanita-wanita di luar sana, kalau ada yang tak betul, perbetulkanlah ye...


0 comments:

Post a Comment