-->
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Tips Menjaga & Memenangi Hati Wanita

Posted by Admin Saturday, August 4, 2012 0 comments

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana korang boleh memenangi hati wanita kekasih korang. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri.Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba..

Berikut adalah senarai 76 petua tersebut:

1. Bila saja korang pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum korang lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri korang untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri korang untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami korang.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri korang untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya korang terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan korang dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati korang dan nyatakan kepadanya ‘Abang kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa korang memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah korang.

16. Bila korang perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya korang akan pulang dan korang perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan korang telah reda dan korang pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan korang dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri korang kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh korang dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan korang, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang korang baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan korang dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila korang hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila korang mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak, sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa korang bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya berkata “hai”.

26. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila korang hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.

32. Bersihkan diri korang dan pakai wangi-wangian sebelum jimak jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah korang menyebelahi isteri korang. Kalau korang tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri korang untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jimak.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan korang. Jangan mengalihkan pandangan korang pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang korang ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila korang memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan korang kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar korang boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa korang untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana korang boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika korang berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak korang. Biarkan anak-anak korang menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian korang yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan korang tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau korang boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa korang bawa gambarnya dalam dompet korang dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah korang yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan korang boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan korang ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar korang tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila korang keluar bersamanya, korang sendiri perlulah tahu arah tujuan korang agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada korang.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana korang melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. Nyatakan korang ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu korang lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang korang terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila korang sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

62. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya. Kalau masakannya tak sedap, contohnya katakanlah begini kepadanya "sedap la awak masak, tapi boleh tak tambahkan sedikit garam di dalamnya?".

64. Sewaktu korang mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa korang berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan korang bila korang berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat korang pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila korang mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk korang.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa korang mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan korang juga mahu apa yang korang kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila korang berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa korang rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan korang ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada korang tanpa berdolak-dalik.

76. Korang juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati korang. Bila dia gembira korang akan turut gembira. Korang akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri korang telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

p/s: kepada wanita-wanita di luar sana, kalau ada yang tak betul, perbetulkanlah ye...

10 Tip Utama Dalam Membina Keluarga Berkualiti

Posted by Admin 0 comments

1. Melaksanakan syariat Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan mesti menjadi amalan harian seisi keluarga.

2. Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi sekarang seharusnya digunakan semaksima mungkin untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang sesama ahli keluarga. Kanak-kanak sebagai contohnya lebih gemar dan ghairah berbual melaui telefon, manakala pasangan suami isteri mungkin lebih mudah menyatakan sayang melalui SMS.

3. Sentiasa peka pada perasaan ahli kelurga dan bertanya tentang perassan mereka. Elakkan diri daripada membuat andaian tentang sesuatu keadaan, malah keraplah bertanya tentang perassan secara peribadi.

4. Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga; contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita menjadi lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku yang dilalui oleh ahli keluarga dan menghormati mereka secara hikmah.

5. Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih terurai dan kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang memahami dan menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi nasihat dan sokongan kepada alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan mereka sejak kecil kerana ini menyebabkan mereka mempercayai kita ahli keluarga dan memudahkan mereka menyuarakan masalah mereka. Ahli keluarga pula secara total memberi bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebaik dan secepat mungkin.

6. Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untuk kemajuan diri. Ilmu yang baik terutama ilmu agama haruslah sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perisai keburukan dan insentif kepada kebaikan. Setiap ahli hendaklah sentiasa menyokong kemajuan ahli yang lain dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, sukan, kerjaya mahupun dakwah.

7. Amalan berbincang, bermuhabah dan tegur menegur antara ahli keluarga dapat membantu membentuk peribadi yang mulia.

8. Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti bergurau, bercerita dan bersukan bersama seperti bermain badminton, congkak, atau pun sekali-sekala boleh berriadhah di pantai, melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa lebih-lebih lagi anda sentiasa menghadapi kehidupan seharian yang serba cepat dan menekan.

9. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bantu membantu dalam amalan seharian rumahtangga amat diperlukan. Jadi setiap ahli bertanggungjawab dengan rutin seharian seperti membasuh pinggan sendiri selepas makan, mengemaskan bilik masing-masing dan membantu ibubapa dimana perlu. Dengan kata lain, pastikan setiap ahli keluarga berfungsi agar tidak ada pihak yang tertekan atau terbeban dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat mereka.

10. Sentiasa mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama jiran dan masyarakat setempat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan, melibatkan diri dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan dan juga aktiviti riadah seperti bersukan. Galakkan juga anak-anak membantu bersama. Ahli keluarga berusaha menjadi pemimpin dalam masyarakat mampu mengubah masyarakat di sekeliling mereka.

Semoga tip-tip tersebut dapat menjadi pedoman dan membentuk kita menjadi lebih peka tentang tanggunjawab masing-masing. Wallahu a'lam...

Misteriousgrapersz  

Tip Menjadi Pasangan Yang Baik

Posted by Admin 0 comments

Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

1) Terima seadanya:

Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan korang. Ingat, pasangan yang korang kahwini atau cintai itu adalah pilihan korang sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan korang. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami korang ketika korang marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama:

Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Korang perlu berhati-hati jika korang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan korang. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda:

Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan:

Apabila marah atau ada hal yang mengganggu korang cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika korang bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu:


Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu:


Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

Jaga komitmen antara satu sama lain:

Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan korang mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur:


Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa korang terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:

Layanlah pasangan korang seperti mula-mula berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan walaupun sudah lama berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

p/s: semoga korang semua berjaya membentuk satu institusi keluarga yang berjaya dan bahagia sepanjang hayat...aminnn

12 Fadhilat Bercium Bagi Pasangan Suami Isteri

Posted by Admin Friday, August 3, 2012 0 comments


Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

1. Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

5. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

6. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

7. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolisme. Ada yang mengatakan, bahawa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

8. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi tenaga negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

9. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

10. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

11. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

12. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

p/s: praktikal nie utk org2 yg dah kawin je. Bagi yg single, korang dilarang sama sekali sebab memang takde faedah pun utk korang,.huhu..ok, selamat bercium-ciuman...




Kesan Buruk Seks Luar Tabie

Posted by Admin Wednesday, August 1, 2012 0 comments

Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks ‘anal’ ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia.

Baru-baru ini, Singapura mengisytiharkan seks oral dan seks ‘anal’ boleh dliakukan jika tiada paksaan, iaitu dilakukan secara rela. Tidak dinafikan, amalan seks ‘anal’ berlaku dan kajian yang pernah dijalankan di Jordan mendapati amalan perlakuan seksual itu antara suami isteri ialah lebih kurang 25 peratus.

Laporan ini hanya daripada kes yang pernah dikendalikan seorang pakar seksologi tempatan Jordan dan bukan laporan nasional.

Kemungkinan besar amalan perlakuan seks ‘anal’ di Malaysia lebih kurang sama dengan data Jordan dan mungkin lebih di kalangan mereka yang bukan Islam, kerana Islam mengharamkan hubungan seksual sebegini.

Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.

Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif ‘anal’ memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau ‘Fissure En Ano’ (kerosakan daya tahanan lubang najis).

Fikir baik-baik jika hendak mencuba. Keseronokan hanya sebelah pihak sahaja dan sebelah lagi alami kesakitan. Apatah lagi ia sememangnya suatu amalan yang diHARAMkan oleh Islam.

Misteriousgrapersz

Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar

Posted by Admin Tuesday, July 31, 2012 0 comments

Soalan:

SAYA bakal melahirkan anak kembar tidak lama lagi. Saya berazam memberikan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi-bayi saya. Bolehkah doktor berikan panduan terbaik untuk menyusukan anak kembar nanti. Memandangkan saya seorang ibu yang bekerja, sekurang-kurangnya saya mahu melakukannya secara eksklusif selama enam bulan.

- Su, Johor.

Jawapan:

Puan Su, nampaknya anda akan mendapat rezeki berganda. Jaga kesihatan diri dan juga bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan) berkala mengikut yang dijadualkan. Harap Puan dapat mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan terutamanya penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persedian minda dan mental, manakala untuk persediaan fizikal anda perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein. Justeru itu, Puan hendaklah juga sentiasa menjaga kesihatan puting payu dara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut dan menarik puting semoga ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Cabaran


Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup". Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua- duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

Misteriousgrapersz

Sebab Wanita Mudah Nampak Tua

Posted by Admin 0 comments

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi korang tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik?

1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… takkan nak hilangnya. Petua untuk mencantikkan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya…wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri korang tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, korang mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Misteriousgrapersz

Bila Masanya Isteri Berahi (Mahukan Seks)

Posted by Admin 0 comments

Meskipun bernafsu utk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN

Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untnk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR

Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa ransangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap teransang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara denganya.

Pihak suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

SELEPAS BERTENGKAR

Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yg lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.

Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri pada ketika ini kerana kepandaian korang memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengn penuh kenikmatan buat korang berdua.

TERTEKAN

Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks.

Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yg diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan. Ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.

MENERIMA BERITA GEMBIRA

Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik buat seorg isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini.

Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. Buat suami ingatlah tip ini sekiranya korang berkeinginan untuk seks, pastikan korang menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.

IMAGINASI

Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan mengharapkan fantasi korang saja dipenuhi!

Begitulah situasi yang menyebabkan sang isteri berasa berahi dan inginkan seks. Selamat mencuba!! Wallahua’lam...

Misteriousgrapersz

9 Rahsia Seks Luar Biasa

Posted by Admin 0 comments

Ternyata untuk mendapatkan seks yang sempurna memerlukan lebih dari sekadar teknik dan hasrat. Mencintai tubuh sendiri dan komunikasi juga tak kalah penting. Ingin kehidupan seks lebih mantap, ada 9 rahsia yang kita simpan untuk korang. Seperti yang diceritakan dari Psychology, ahli terapi Arlene Goldman mengungkapkan ada beberapa elemen bercinta yang harus korang perhatikan. Bukan saja ketika korang tengah bercinta, tapi juga sebelum dan sesudah kegiatan seks itu berlangsung.

Biarkan saja terjadi

Aktiviti seks bukanlah sesuatu yang boleh dipaksakan. Seks harus berlangsung dengan spontan tanpa paksaan. Santai dan nikmati proses bercinta korang dengan wajar. Jika korang merasa ingin orgasme, jangan ragu-ragu untuk melakukannya. Bereksplorasilah dan ekspresikan gairah seks sesuka hati korang pada pasangan.

Komunikasi

Komunikasi masih memegang peranan penting dalam masalah asmara, begitu juga untuk urusan seks. Diperlukan sikap saling terbuka dan percaya terhadap pasangan. Jika korang menginginkan sesuatu jangan ragu untuk memintanya. Lakukan seks ketika korang sudah cukup bersedia. Jika korang merasa belum bersedia melakukan seks dengan pasangan, sebaiknya hal ini dibincangankan dengan baik.

Penuhi hasratmu

Menjalani hubungan yang terlalu lama dengan pasangan kadang-kadang boleh membuat gairah seks korang menurun. Jangan biarkan hal ini terjadi. Korang masih boleh merasakan kemesraan seperti pertama kali bertemu dengan pasangan. Caranya, cubalah melakukan hal yang baru berduaan dengan pasangan. Cari suasana yang lebih segar. Tak semestinya berseronok / melancong ke luar negeri, melancong di dalam negeri sudah mencukupi. Ungkapkan rasa sayang korang dengan cara yang baru. Mungkin korang boleh mencuba menyelitkan hadiah berbentuk hati di lipatan seluar dalamnya? Lucu juga…

Cintai tubuh Anda

“Penis saya terlalu kecil.” “Payudara saya tidak seksi.” Hentikan kebiasaan kurang percaya diri dengan tubuh korang. Hal semacam ini boleh menurunkan gairah seks kerana korang merasa tidak sempurna. Setiap manusia yang memiliki kekurangan pasti mempunyai kelebihan. Misalkan korang merasa percaya diri dengan bentuk kaki korang? Arahkan pasangan untuk menyentuh kaki korang ketika hendak bercinta. Dijamin ghairah seks korang kembali bergelodak.

Jadilah petualang

Buang rasa malu dan penasaran. Lakukan apa yang ingin korang lakukan bersama pasangan. Sering kali orang bersikap sangat serius saat berada di atas ranjang. Jangan terlalu serius, anggap seks sebagai permainan yang bertanggungjawab. Temukan hal yang menyenangkan dengan seks. Khayalkan fantasi seks dengan pasangan, ada baiknya juga. Korang boleh bersikap kreatif dan mencuba sesuatu yang berbeza sesuka hati. “Ini adalah soal belajar dan mencari pengalaman, dan jika itu tak membuat korang berghairah, yang penting korang sudah mencuba,” ungkap Arlene.

Foreplay dan afterplay

Korang harus mulai memikirkan tentang apa saja yang harus dilakukan sebelum dan sesudah bercinta. Foreplay berlangsung di luar bilik tidur. Sebelum bercinta korang tentunya harus mendapatkan hati sang pasangan. Dari melakukan hal kecil bersama, apa saja boleh korang lakukan untuk lebih mengenal pasangan. Jangan bersikap acuh setelah urusan bercinta selesai. Korang dan pasangan seharusnya berpelukan walaupun kegiatan seks telah selesai. Intinya proses adalah sesuatu yang indah. Jangan sekali-kali korang merosakkanya.

Seks yang aman

Setiap orang harus melakukan seks dengan aman. Jika korang memiliki pasangan baru, korang harus lebih dulu mengenalnya dengan baik. Seks memiliki risiko yang cukup tinggi, maka korang haruslah berhati-hati. Hendaklah bercinta dengan menggunakan alat pengaman atau kondom. Melakukan seks hanya berdasarkan cinta tak akan membuat korang merasa tenang. (* Yang ni tak dibenarkan dalam Islam.. wajib berkahwin dulu* )

Hilangkan stres

Setiap pasangan memerlukan waktu untuk bersantai. Korang sepatutnya menggunakan kemesraan atau seks sebagai ubat penghilang stres. Cubalah menghabiskan masa-masa tertentu korang dengan melancong ke tempat yang menyeronokkan.

Sihat sepanjang masa

Orang yang tidak dapat memenuhi kehidupan seksnya biasanya jadi depresi. Tapi untuk melakukan seks yang menyenangkan korang perlukan tenaga. Korang harus menyeimbangkan waktu istirahat korang. Jangan sampai demi memenuhi keperluan seks, korang jadi kekurangan waktu tidur dan menganggu konsentrasi seks korang di kemudian hari.

Korang merasa tak pernah mempedulikan daftar kunci sukses bercinta seperti yang dipaparkan di atas? Mungkin inilah saatnya korang mempraktikkannya dan mendapatkan seks yang paling luar biasa dalam hidup korang.

p/s: mempelajari seks dgn menonton filem lucah adalah tidak dibenarkan dlm Islam. Orang yang dah kahwin selalunya akan mempelajarinya dgn sendiri berdasarkan pengalamannya bersama pasangan masing2 tanpa perlu menonton filem lucah.

Misteriousgrapersz

Konsep RumahTangga Dalam Islam

Posted by Admin Monday, July 30, 2012 0 comments

Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga.

Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan yang ditegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindung melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburnya muda mudi. Dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.

Kerana itulah al Qur’an menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum;

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.” (ar Rum:21)

“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)

Itulah hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai sel atau tapak semaian atau tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim;

“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (an Nisa’ : 1)

Begitu juga Allah telah mengumpulkan di antara ibadat kepada Allah dengan kebaktian kepada kedua ibu bapa;

“Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu jangan beribadat melainkan kepada-Nya sahaja dan supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”(al Isra’ : 23)

Dan seterusnya Allah telah mengumpulkan di antara syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kedua ibu bapa;

“Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.” (Luqman : 14)

Perhatian yang amat besar terhadap kedudukan keluarga adalah sesuai dengan kehendak taqdir Ilahi yang sejak dari mula menegakkan kehidupan umat manusia di atas asas keluarga, iaitu ketika taqdir Ilahi memutuskan bahawa sel pertama dari kewujudan bangsa manusia di alam ini ialah keluarga Adam a.s dan isterinya, dan dari sel pertama inilah umat manusia berkembang biak.

Allah swt memang berkuasa untuk menciptakan berjuta-juta manusia dengan sekaligus sahaja, tetapi taqdir Allah telah menentukan bahawa kewujudan mereka adalah bermula dari keluarga Adam a.s kerana satu hikmat yang tersembunyi di sebalik tugas besar keluarga dalam kehidupan manusia, dimana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan kesediaan-kesediannya, juga menyuburkan syakhsiyahnya dan budi pekertinya yang mulia, malah menerima kesan-kesan yang paling mendalam di dalam hidupnya.

Kemudian perhatian berat Allah swt terhadap urusan kekeluargaan dalam sistem hidup Islam selaku agama Allah yang terakhir ini adalah selaras dengan taqdir Allah yang mula-mula mengatur penciptaan manusia, sama seperti keselarasan yang wujud di dalam setiap ciptaan Allah, dimana tidak terdapat keadaan-keadaan yang tidak seimbang dan bercanggah.

Islam juga memberi perhatian yang sebegitu besar terhadap hubungan suami isteri dan keluarga kerana Islam berhajatkan ketinggian hubungan-hubungan insaniyah ini ketaraf kesucian yang merapatkan hubungan dengan Allah dan menggunakan hubungan ini sebagai sarana untuk membersihkan roh dan perasaan, bukannya seperti hubungan yang dipandang oleh agama-agama paganisme dan pengikut agama-agama yang sesat yang menyeleweng jauh dari fitrah manusia yang telah diciptakan Allah.

Islam tidak memerangi dorongan-dorongan keinginan semulajadi dan tidak memandang keinginan-keinginan semulajadi itu sebagai kotor, malah Islam mengawal keinginan-keinginan itu dengan peraturan-peraturan, juga membersih dan mengangkatkannya dari taraf haiwan ke taraf menjadi paksi kehidupan, di mana beredar sekitarnya peradaban peribadi dan sosial, juga menegakkan hubungan-hubungan seksual di atas asas perasaan kemanusiaan yang luhur yang menjadikan pertemuan dua badan itu sebagai pertemuan dua jiwa, dua hati dan dua roh. Atau dengan ungkapan yang lebih syumul ialah pertemuan dua manusia yang terikat dengan kehidupan bersama, cita-cita bersama, senang susah bersama, dan masa depan bersama yang bertemu dengan zuriat keturunan yang ditunggu-tunggu atau dengan generasi baru yang akan lahir di dalam rumahtangga yang sama, di mana mereka dijaga ayah dan ibu yang tidak bercerai.

Islam menganggapkan perkahwinan sebagai sarana untuk membersih dan meningkatkan diri. Ia menyeru umat Muslimin supaya mengahwinkan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan mereka untuk menrealisasikan sarana yang perlu untuk membersihkan dan meningkatkan kehidupan seseorang;

“Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha Mengetahui.” (an Nur : 32)

“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.” (an Nur : 33)

Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.

Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya. Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga. Di samping itu Islam mewajibkan peradaban-peradaban yang melarangkan perempuan menunjuk-nunjukkan kecantikan diri mereka supaya perasaan lelaki tenteram dan supaya hati mereka tidak tertarik kepada panggilan-panggilan kejelitaan yang mempesona yang didedahkan di pasar-pasar. Islam juga menetapkan hukuman zina dan hukum menuduh perempuan dengan tuduhan yang curang. Islam telah menetapkan kehormatan bagi rumahtangga. Ia tidak boleh dimasuki melainkan lebih dahulu meminta izin.

Islam mengatur hubungan-hubungan suami isteri dengan undang-undang yang tertentu. Ia menegakkan sistem rumahtangga di atas dasar lelaki sebagai penguasa kerana lelaki merupakan kongsi yang lebih kuat dan lebih mempunyai kemampuan untuk menjadi penguasa rumahtangga. Langkah ini ialah untuk mengelakkan berlakunya kacau-bilau, kucar-kacir dan pertelingkahan-pertelingkahan rumahtangga dan lain-lain lagi dari berbagai-bagai jaminan dan peraturan untuk memelihara rumahtangga dari segala kegoncangan selain dari nasihat-nasihat dan bimbingan-bimbingan untuk mengawal perasaan dan selain dari menghubungkan hubungan itu dengan taqwa kepada Allah dan pengawasan-Nya.

Namun demikian, realiti hidup manusia membuktikan bahawa di sana terdapat keadaan-keadaan yang membawa keruntuhan dan perpecahan dalam rumahtangga walaupun di sana terdapat berbagai-bagai jaminan dan bimbingan-bimbingan yang dituju untuk mengelakkan keruntuhan itu. Keadaan-keadaan yang seperti ini perlu dihadapi secara amali sebagai mengiktirafkan logik realiti yang tidak lagi berguna dilawan apabila kehidupan suami isteri tidak dapat diteruskan dan apabila usaha untuk mengekalkan hubungan itu menjadi satu usaha yang sia-sia dan tidak dapat ditegakkan lagi di atas mana-mana asas pun.

25 Perkara Yang Suami Tidak Suka

Posted by Admin 1 comments

1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar. Contoh: “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. Contoh: “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih saya masak sardine jer ..ok tak?”

3. Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh: “saya dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.Contoh: “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca. Contoh: “eh.. saya suka la news pasal new peti ais tu..saya dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar atau supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. Contoh: “bang.. semalam saya lupa beli garam, gula beras dan susu budak….boleh singgah tak mana-mana ..please ”

7. Tidak memberi arahan yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami. Contoh: “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Contoh: “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan ?? 

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. Contoh: “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap atau bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber…Contoh: ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Contoh: “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”.

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat di rumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. Contoh: “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kahwin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. Contoh: "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul-betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. Contoh: "eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak tu..Contoh: “..eh biarlah budak-budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. Contoh: “…nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun..”

17. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak-budak atau buat benda-benda lain.Contoh: “..awak solatlah dulu, saya nak habiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. Contoh: “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. Contoh: "u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi...tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan diulang tayang semula tiap-tiap hari. Contoh: "i dah kata jangan kasi budak-budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. Contoh: "eh cik abang, awak nih ada affair ke? apsal sms beep beep beep tak henti-henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami atau keturunan suami dan asal usul suami. Contoh: “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. Contoh: “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. Contoh: “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. Contoh: “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Misteriousgrapersz 

Tanda-tanda Kita Semakin Tua

Posted by Admin 0 comments

1. Dulu, kalau nak membaca… dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat-dekat tak nampak….kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh…suuurrrrr!!!!! masuk.. . .!!!!.Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas… baru masuk…

3. Dulu, masa tidur mengadap muka…rapat-rapat, sekarang, berlaga punggung saje… itu pun dah kira rapat sangat dah tu….

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke..), sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…

5. Dulu, pakai baju mesti sama… sama color, sama design, sama brand… sedondon… Sekarang, ”Asal kau ada baju nak pakai udah le… !”

6. Dulu, kalau nak ke mana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung… ..Sekarang, ”Alah… you pakai yang “wrinkle free” tu jela… .!” (dalam hati… macam la ada orang nak tengok dia… hiyyyy!!! Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)

7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping, sekarang. .. tunggu dalam kereta jer. Kejap-kejap SMS… “Lama lagi ker?” “Apa lagi yang you cari nie… ?”.

8. Dulu, hebat.. . .!!! sebulan sampai 12 kali… sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge…

9. Dulu, menunggu pun dah keras… sekarang, menunggu nak keras… .

10. Dulu, isteri nak tidur pakai seluar pendek pun tak boleh, suruh buka… jangan pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur berkemban pun kena suruh buka juga… .”Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker… ?

Misteriousgrapersz 

Resepi Kebahagiaan Rumah Tangga

Posted by Admin Sunday, July 29, 2012 0 comments

Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami isteri)

Secubit campur tangan mentua Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:

Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.

Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Misteriousgrapesz

Petua Untuk Mendapat Pasangan

Posted by Admin 1 comments

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari korang. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan korang dengan pasangan korang.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga korang bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup korang dengan sempurna agar diri korang jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan korang kepada korang.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati korang daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar korang dan korang akan menarik sayang terhadap korang. Jika korang membenci orang, ditakuti bakal pasangan korang akan membenci korang.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan korang.

10. Buka hati dan minda korang untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni korang terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan korang kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

-Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Misteriousgrapesz

7 Sebab Isteri Mudah Bosan Di Ranjang

Posted by Admin 0 comments

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang “itu-itu saja”. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.

Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.

Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai isteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar korang. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.

1. Tindakan Mudah Dijangka

Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan korang dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat “hot” adalah korang dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika korang ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya korang menjaga suasana seks tetap segar.

2. Takut Cuba Perkara Baru

Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan korang lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya korang hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan korang juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.

3. Terlalu Kerap
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.

4. Lokasi Yang Sama
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi korang berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.

5. Sunyi Tanpa Suara
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.

6. Tiada Posisi Baru

Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.

7. Kekasaran
Jika selalunya korang hanya terus “menerkam” isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkah laku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk bercinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.

Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa korang untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah korang perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.

Misteriousgrapesz

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted by Admin 0 comments

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

20 Cara Mengoda Pasangan Anda

Posted by Admin 0 comments

Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada sedikit tips untuk korang. Harap-harap korang akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa korang gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nanya namanya.

2. Kenyit-kenyit
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan korang terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga pun menggembirakan hati korang.

3. Ops, maaf terpegang
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini korang lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada korang. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah korang dan ketika itu anak korang sedang tidur. Jika tidak, susah untuk korang melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat korang seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam korang tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5. Tersentuh tangan
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti korang tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut-mengurut
Sekali sekala, apa kata kalau korang urut-urut manja badan pasangan korang. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon
Sekali sekala, apa kata jika korang mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada korang perkenalkan lah diri korang. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan korang itu boleh diterima. Silap gaya, korang pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara korang berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji korang bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu korang berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa korang ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat korang. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada korang

13. Jeling-jeling

Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata korang jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada korang.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nanya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan korang lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan korang terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah korang sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati korang pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Misteriousgrapesz

Kesan Onani Pada Kesihatan Lelaki & Perempuan (18SX)

Posted by Admin 1 comments

Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika korang biasa dengan Foot Reflexology, korang akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Korang juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, korang dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.

Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology zakar:


Zon jantung zakar – kepala zakar – adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon-zon lain. Ini bermakan rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.

Blowjob
Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang doktor selepas suami itu telah menganggap dia telah diserang penyakit jantung. Dia dihantar terus ke hospital di mana kakitangan memeriksanya, Setelah diperiksa dan didapati tiada apa-apa masalah, si suami dibenarkan pulang. Pasangan itu tidak puas hati. Mereka menemui doktor tadi untuk mendapatkan sebab munasabah atas masalah itu.

Doktor pun bertanya mereka “serangan penyakit jantung” bila telah terjadi dan mereka membalas bahawa ia telah terjadi pada lebih kurang jam sembilan pada waktu malam. Kemudian dia bertanya kepada mereka apa mereka telah lakukan menjelang ia terjadi, dan mereka membalas bahawa mereka telah berasmara berulang-ulang kali.

“Bagaimana cara kamu bersenggama”? dia bertanya. Pasangan tersebut merasakan mereka tidak perlu memberi ‘detail’ dan membalas bahawa mereka “hanya bersetubuh” (perasaan malu dan Ego sentiasa menyulitkan pemulihan kesihatan). Ketika doktor itu menekan bahawa penting baginya untuk mengenali betul-betul bagaimana mereka telah bersenggama, wanita mengakui bahawa dia telah “menghisap”. “Kamu menghisap bahagian yang mana”? dia mendesak. Setelah digelabahkan, wanita membalas bahawa dia telah menjilat dan menghisap kepala zakar dan tiba-tiba suaminya mengalami "serangan penyakit jantung".

Doktor tersebut menasihatkan mereka supaya jangan mengulanginya. Dia menerangkan kepada mereka iaitu dengan menghisap kepala zakar suaminya, wanita tersebut telah merangsang jantung dan paru-paru suaminya. Dan yang rangsangan seperti itu adalah lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh si suami.

Apa yang mereka sangkakan suatu serangan sakit jantung sebenarnya adalah degupan yang dipercepatkan oleh “urutan reflexology” si isteri yang menghisap kepala zakar suaminya. Kesan yang tidak seimbang ke atas organ yang berkaitan iaitu paru-paru dan jantung.

Rangsangan zakar yang tidak seimbang adalah berbahaya. Korang harus mengelak daripada menggunakan rangsangan terlalu banyak di sebahagian zakar. Korang mesti memelihara keseimbangan. Sudah tentu, setiap orang berbeza, maka korang mesti membuat eksperimen untuk mendapat tahu apakah jumlah rangsangan yang betul untuk korang.

Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.

Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat melancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya – kecuali jika dia inzal ( mengeluarkan mani)

Seperti yang diketahui, korang kehilangan nutrien, bahan penting dan tenaga korang bila inzal. Mengeluarkan air mani berlebihan bukan sahaja merbahaya, malahan ianya adalah mala petaka!!! korang tidak dapat kekal sihat bila kehilangan sebegitu banyak tenaga dan korang juga tidak usah menjangkakan hayat yang panjang menanti korang.

Oleh kerana melancap mudah dilakukan – ramai jugalah yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral; ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Korang dapat membezakan mereka yang melancap secara berlebih daripada mereka yang tidak – dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. Mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. Pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress. Semua ini akibat daripada melancap berlebihan.

Menurut cerita orang tua-tua, melancap akan menimbulkan kebutaan, kehilangan ingatan, dan masalah akal. Kehilangan tenaga batin menjejas kelenjar pituitary, yang mana mengawal fungsi ingatan. Kadar metabolisme dan edaran darah akan terjejas menyebabkan kelemahan tubuh luar dan dalaman.

Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. Dalam masyarakat Tao lama – urut reflexology ke atas zakar, selain daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untuk kelazatan – tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani!

Melancap: Wanita

Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita. Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam (mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam ) Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.

Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung, suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok (atau dalam buku Permata Yang Hilang – di sebut makam yang lima itu).

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seksual, di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu per satu tubuh!!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki mahupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang, iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.

Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit, mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi. Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

Jadi jika pasangan korang berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet – barangkali kekerapan melancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah korang “merawat” pasangan korang itu!!!

Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.

Misteriousgrapesz