-->

Rangkuman Kejohanan Euro 2012

Posted by Unknown Tuesday, August 14, 2012 0 comments
Iniesta pemain terbaik, Torres rangkul Kasut Emas

Kejohanan Euro edisi ke-14 berakhir dengan kemenangan bersejarah 4-0 Sepanyol keatas Itali sekaligus mempertahankan gelaran juara bola sepak Eropah yang dirangkul mereka 4 tahun lalu. Bukan itu sahaja, pemain perancang Sepanyol, Andres Iniesta dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala 9 lagi pemain mereka mendominasi senarai dalam Skuad Pilihan Euro 2012 yang dipilih oleh Jawatankuasa Teknikal UEFA.


Tambah menarik apabila penyerang sejati, Fernando Torres masih berjaya mencatatkan nama beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan walaupun kerap kali dimasukkan sebagai pemain gantian kerana skuad yang dikenali sebagai La Roja itu lebih banyak menggunakan khidmat pemain tengah. Berikut merupakan rangkuman sepanjang berlangsungnya Kejohanan Euro 2012.

Pemenang Kejohanan Euro 2012

Juara - Sepanyol

Naib Juara - Itali

Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan


Andres Iniesta (Sepanyol)

Anugerah Kasut Emas (Penjaring Terbanyak)


Fernando Torres (Sepanyol)

Skuad Pilihan Euro 2012

Penjaga gol: Gianluigi Buffon (Itali), Iker Casillas (Sepanyol), Manuel Neuer (Jerman)

Pertahanan: Gerard Pique (Sepanyol), Fabio Coentrao (Portugal), Philipp Lahm (Jerman), Pepe (Portugal), Sergio Ramos (Sepanyol), Jordi Alba (Sepanyol)

Pemain Tengah: Daniele De Rossi (Itali), Steven Gerrard (England), Xavi (Sepanyol), Andres Iniesta (Sepanyol), Sami Khedira (Jerman), Sergio Busquets (Sepanyol), Mesut Ozil (Jerman), Andrea Pirlo (Itali), Xabi Alonso (Sepanyol)

Penyerang: Mario Balotelli (Itali), Cesc Fabregas (Sepanyol), Cristiano Ronaldo (Portugal), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), David Silva (Sepanyol)

Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment