-->

Perwatakan Wanita Mengikut Matanya

Posted by Admin Friday, August 10, 2012 0 comments

Wanita dan mata. Dua keajaiban ciptaan yang bila dikaitkan boleh menjatuhkan seorang lelaki. Tapi, apakah rahsia di sebalik mata seorang wanita itu? Pernah korang terbayang bentuk mata seseorang wanita itu pun sudah boleh menentukan bagaimana perwatakan dirinya?

Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang


Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup


Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Percaya? Sejauh mana kesahihan fakta ini pun tak tau. Macam mana pun bentuk mata ataupun perwatakan perempuan itu, pasti akan boleh dibentuk oleh seorang lelaki. Wanita ini sifatnya lembut, didiklah mereka dengan kelembutan dan penuh kasih sayang.

p/s: Info ini tak semestinya tepat bagi setiap perempuan, tapi sesetengahnya mesti ada yang kena kan.. Amacam si perempuan, agree with this entry? Hehe..

Misteriousgrapersz 

0 comments:

Post a Comment