-->

Kisah Lawak #3 - Matahari di Tampoi

Posted by syahira rusman Monday, August 20, 2012 0 comments
Teringat cerita Keluang Man...

Bukan senang nak handle orang gila. Jiwa dan raga kena kental. Jom ikuti satu kes dimana dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.



Orang Gila 1: (Sambil naik atas meja) "Kamu tahu tak?"

Orang Gila 2: "Tahu apa?"

Orang Gila 1: "Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi)

lihatlah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang Gila 2: (Dalam hati) "Jangan-jangan dia ni bertambah gila, aku mesti lapor

pada doktor biar dia diperiksa..."Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku...

Orang Gila 2: "Doktor, kawan saya tu mungkin bertambah gilanya."

Doktor: "Kenapa?"

Orang Gila 2: "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah

matahari, dunia ni terang dia yang buat."

Doktor: "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang Gila 2: "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ni nanti..."


0 comments:

Post a Comment