-->
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Jangan Sembahyang Macam Ni

Posted by Unknown Tuesday, October 9, 2012 0 comments
Kalau masuk masjid sila switch off handphone anda, silent pun jangan. Dapat dari email blalang_group.


Aksi Lucu Para Fotografer Ketika Mengambil Gambar

Posted by Unknown 0 comments

Kedudukan yang tepat untuk ambil gambar bagi Fotografer adalah hal yang sangat penting kerana akan menjejaskan kualiti gambar dari sudut pandang yang berbeza. 

Untuk hal tersebut seorang Fotografer kadang melakukan hal-hal yang terbilang aneh bahkan kadang hal berbahaya. Berikut ini hal-hal unik yang dilakukan oleh para Fotografer untuk memperolehi hasil gambar yang terbaik dari objek fotonya.













Sumber : BeritaCeritaDunia

Sangat Lawak : Wanita Dipandu Ke Balai Cheras Dengan Berpaut Pada Bonet Kereta!!!

Posted by Unknown Friday, October 5, 2012 0 comments

Ini mungkin antara video tempatan paling lawak pernah Mynewshub temui. Mungkin sebahagian daripada pembaca telah menontonnya kerana klip 3 minit 42 saat itu agak viral di medai sosial.

Ia dimuat naik pada 14 Ogos lalu oleh individu bernama qhairin dan setakat ini sudah lebih 271,000 kali ditonton di Youtube.

Mengikut penerangan yang diberikan, ia asalnya melibatkan satu kes kemalangan yang kemudiannya berubah menjadi satu insiden lawak.

Kejadian belaku di Cheras pada 27 Julai lalu.

Mengikut penerangan itu, wanita warga China seperti yang dapat dilihat dalam video itu, telah melanggar kereta perakam video berkenaan.

Permasalahan timbul apabila wanita itu bukan sahaja tidak mahu membayar ganti-rugi tetapi sebaliknya menafikan sepenuhnya bahawa dia yang melanggar kereta perakam.

“Memandangkan wanita itu enggan membayar ganti rugi, saya dan ibu saya memutuskan untuk membuat laporan polis, jadi kami kembali ke kereta dan bersedia mahu ke balai polis.

“Namun, pada masa yang sama, wanita itu juga enggan melepaskan kami, jadi dia bersandar dengan meletakan perutnya ke atas bonet kereta kami dan berulang kali memberitahu para penunggang motosikal di sekeliling bahawa kami membulinya.

“Akhirnya kami hantar dia ke balai polis dengan dia bergayut pada bonet kereta kami. Wanita ini sangat menjengkelkan, harap pemandu sekitar Cheras tidak bertemu dengannya lagi,” kata perakam video berkenaan.

Disebabkan dia bergayut di hadapan kereta itu, maka wanita berkenaan telah diberi nama julukan The Wiper Women.

Lihat betul-betul, kereta itu sebenarnya sedang bergerak ketika rakaman diambil.

Penulis tidak pandai berbahasa Cina, tetapi penulis yakin suara wanita tempatan dalam kereta itu mesti cakap The Wiper Women tu gila. Ada sesiapa boleh sahkan….

Sumber : BeritaCeritaDunia

Lawak ! Budak ini Kencing Di seluar bila nampak Justin Bieber di Depan !!

Posted by Unknown Thursday, October 4, 2012 0 comments
                          

What a loser hahha...

Gambar-Gambar Lucu Dan Memalukan Bagi Presiden Amerika

Posted by Unknown Tuesday, October 2, 2012 0 comments
Gambar - Gambar Lucu Dan Memalukan Bagi Presiden Amerika..Jom Lihat..Cekidot..








Apa Gambaran Anda Pada Bentuk Negara di Eropah

Posted by Unknown Monday, October 1, 2012 0 comments
Setiap negara mempunyai bentuknya yang tersendiri.Bentuk yang terjadi secara semulajadi nie kadang-kadang menyerupai sesuatu bentuk. Mesti korang pernah bayangkan bentuk-bentuk negara yang menyerupai binatang. Kali nie kita tengok bentuk-bentuk negara di Eropah. Jom kita tengok.....
























Dan apabila semua bentuk-bentuk nie digabungkan kembali, nie laa jadinyer...huhuhuhuhu

Padah Tiru Video Gangnam Style

Posted by Unknown 0 comments

El Monte – Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.

Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.

Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.

Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.

“Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu”, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube. Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.

Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.

Lagu Psy kalahkan Bieber, sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat. – Agensi

JOM LAYAN VIDEO INI...

KISAH RAKYAT DAN AISKRIM PERCUMA (DICTATOR) LAWAK!!

Posted by Unknown 1 comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah komik terbaru berdasarkan situasi semasa! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!