-->

Betul Betul Ohsem - Kawah Berapi Di Turkmenistan

Posted by syahira rusman Thursday, August 23, 2012 0 comments
Kawah berapi yang begitu dikenali di kalangan pelancong dengan panggilan "The Gates of Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.



Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi Soviet datang ke Darvaza, Turkmenistan dalam misi mencari sumber gas. Namun ketika proses menggerudi, tanah di bawahnya runtuh menyebabkan terbentuknya kawah seluas 60 meter dengan kedalaman 20 meter. Gas metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. Ahli geologi mengambil keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan. Sehingga kini, kawah ini sentiasa terbakar dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment