-->

Betul Betul Info - Bagaimana Mesin Mengesan Penipuan Berfungsi?

Posted by syahira rusman Tuesday, August 14, 2012 0 comments
Poligraf

Mesin poligraf atau mengesan pembohongan sebenarnya tidak boleh menentukan seratus peratus sama ada seseorang itu berkata benar atau tidak. Ia hanya mengukur perubahan dalam kadar pernafasan, denyutan nadi, tekanan darah dan perpeluhan.


Apabila seseorang menipu, kadar pernafasan, denyutan nadi, tekanan darah dan perpeluhan meningkat. Pada permulaan ujian poligraf, penyiasat akan bertanyakan beberapa soalan ringkas dengan jawapan yang telah diketahui bagi mencipta garis panduan. Kemudian, jawapan lain yang diberikan tetapi tidak menepati data awal biasanya dikatakan menipu.


0 comments:

Post a Comment