-->

Serangan Comel: Kambing Biri-Biri Yang Mempunyai Bulu Seperti Beruang Panda (5 Gambar)

Posted by syahira rusman Monday, August 6, 2012 0 comments
Ini comel!

Usaha untuk mendapatkan baka panda baru telah gagal disebabkan dua ekor panda yang terdapat Zoo Edinburgh sudah terlepas musim mengawan tanpa sebarang 'aksi' haha.

Jadi, Jill Noble yang merupakan seorang peladang mengambil satu inisiatif untuk membiakkan satu baka biri-biri baru yang mempunyai bulu seperti panda dan hasilnya sebanyak enam ekor anak biri-biri panda telah lahir di ladang Windy Gowl yang terletak di Carlops, Peeblesshire.

Biri-biri ini merupakan kacukan daripada biri-biri Iceland dan Scotland bakal menjadi tarikan terbaru di zoo Edinburgh dan ianya mungkin juga mendapat sambutan di pasaran untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Apapun kepada dua ekor panda yang gagal mendapatkan anak, cuba lagi di musim hadapan. Biar anak biri-biri take over pameran comel untuk tahun ini.haha :>

good luck di musim hadapan.







0 comments:

Post a Comment