-->

Betul Betul Info - Fakta Menarik Mengenai Angkasa

Posted by syahira rusman Saturday, August 11, 2012 0 comments
Sistem solar terdiri daripada sembilan buah planet dan beberapa objek kecil seperti planet minor, meteroid, asteroid dan komet. Jom baca beberapa lagi fakta menarik tentang alam semesta kita.


  1. Saintis percaya sistem solar berusia lebih 4.6 billion tahun.
  2. Dianggarkan bilangan bintang di alam semesta lenih banyak daripada bilangan pasir di pantai.
  3. Bumi dikatakan mempunyai lapisan atmosfera yang amat nipis, lebih nipis daripada kulit epal.
  4. Bumi dihentam oleh enam tan meteorit setiap hari.
  5. Semua orang tahu 70 peratus bumi terdiri daripada air tetapi 97 peratus daripadanya adalah air masin dan menjadikan hanya tiga peratus merupakan air tawar. Bayangkan jika air yang ada untuk diminum telah tercemar.
  6. Jika anda meletakkan Zuhal di dalam tab mandi, ia akan terapung kerana planet itu kurang tumpat daripada air.
  7. Gunung paling tinggi dalam sistem solar adalah Olympus Mons di Marikh dengan ketinggian 24.14 kilometer, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Gunung Everest dan meliputi kawasan separuh Sepanyol.
  8. Suhu di Zuhrah amat panas sehingga boleh meleburkan besi.
  9. Musytari bertindak sebagai mesin pembersih hampagas yang besar kerana berupaya menarik dan membersihkan meteor dan komet. Dianggarkan tarikan graviti Musytari adalah 10,000 kali lebih kuat berbanding bumi.

0 comments:

Post a Comment