-->

Betul Betul Info - Bagaimana Kaca Kalis Peluru Diperbuat?

Posted by syahira rusman Wednesday, August 15, 2012 0 comments
Mempunyai 3 lapisan

Rahsia sebenar untuk membuat kaca kalis peluru ialah plastik yang dikenali sebagai lamina (laminate). Setiap struktur yang mempunyai kaca kalis peluru mempunyai tiga lapisan iaitu kaca, plastik dan kaca yang lebih tebal daripada kaca biasa.


Plastik di dalam lamina diperbuat daripada bahan polikarbonat yang kuat tetapi boleh dilihat melaluinya. Apabila peluru ditembak ke arah tingkap kalis peluru, peluru itu akan melalui lapisan kaca terlebih dahulu. Kemudian lapisan plastik akan menyerap tenaga peluru itu dan peluru berkenaan akan terhenti. Ini bermakna peluru berkenaan tidak boleh melepasi lapisan akhir iaitu kaca berkenaan. Ok, lepas ni boleh la buat sendiri dan pasang kat tigkap kereta...hehe.

Sumber:  Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment