-->

Betul Betul Gempar - Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab Portugal

Posted by Unknown Thursday, August 16, 2012 0 comments
Jika lepasi ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab SC Beira-Mar

Bukan kerana nasib atau mendapat jemputan semata-mata sebaliknya pemain muda berbakat, Mohd. Nazmi Faiz, 17, bakal menjalani ujian pemilihan selama seminggu di kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar secara merit.


Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menjelaskan, Nazmi akan menjalani sesi ujian di kelab liga Portugal itu kerana bakatnya, tanpa campur tangan dari beliau atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bakal berada di Portugal selama seminggu bermula dari 13 hingga 21 Mei ini ditemani ayahnya, Mansor Mustafar, Nazmi akan menjalani pemilihan untuk menyertai skuad utama kelab tersebut. Jika berjaya, Nazmi bakal menyertai kelab itu secara kontrak pada umur 18 tahun.

"Bakat Nazmi mendapat perhatian dari seorang ejen yang datang ke sini dan berbincang dengan FAM, proses perbincangan telah dijalankan sejak sebulan lalu," kata Kim Swee yang mengumumkan perkara tersebut di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Kim Swee, penjelasan beliau diharap dapat menutup spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan beberapa kelab lain. "Saya memang suka Nazmi ke sana kerana corak permainan Liga Portugal lebih kepada skil individu berbanding beberapa negara Eropah lain yang lebih mengutamakan permainan bola tinggi dan kekuatan fizikal.

"Jika dilihat dari segi skil, saya lihat tiada masalah buat Nazmi mendapat tempat di sana. Lagi pun tiada syarat tertentu dari segi ranking atau jumlah cap bersama pasukan negara seperti di Britain. Apa yang mungkin menjadi persoalan bagaimana nanti perjanjian itu dapat dimeterai," katanya.

Sementara itu, Nazmi berkata, dia membuat keputusan mahu mencuba nasib ke Portugal selepas mendapat tawaran dari ejen kelab itu yang terpikat melihat aksinya dalam Liga Singapura. "Ini adalah kehendak saya sendiri. Saya mahu pergi lebih jauh dalam karier dan mahu memberikan yang terbaik semasa di sana. Ini adalah peluang yang saya tidak boleh dilepaskan. "Corak permainan di sana mungkin berlainan tetapi saya perlu cepat menyesuaikan diri supaya boleh meraih tempat," katanya.

Info Menarik Kelab SC Beira-Mar



1. SC Beira-Mar beraksi dalam Liga Primeira iaitu liga utama Portugal dan turut bersaing bersama pasukan-pasukan ternama Eropah seperti FC Porto, Benfica serta Sporting Lisbon dan kini berada pada tangga ke-12 daripada 16 pasukan.

2.Pemain lagenda Portugal, Eusebio pernah beraksi di SC Beira-Mar selama satu musim pada 1976.

3. Buat masa ini, kelab tersebut mempunyai seorang pemain dari benua Asia, Zhang Chengdong dari China.

4. Pernah menjuarai Piala Portugal pada musim 1998/1999 dan naib juara pada musim 1990/1991.

Sumber:Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment