-->

12 Faktor Lemah Daya Ingatan

Posted by Muhammad Zulfadhli Friday, August 17, 2012 0 comments
Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya.

Lemah Daya Ingatan
Mudah lupa? 

Oke. Saya nak kongsi sikit beberapa faktor yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dalam erti kata lain lemah daya ingatan. 12 faktor itu adalah;

1. Bercinta tidak berlunaskan ajaran Islam.

2. Bermain mata dengan wanita dan sebaliknya (zina mata).

3. Buang air kecil sambil menggosok gigi.

4. Minum minuman atau makan makanan yang telah dimasuki semut.

5. Minum minuman dan makan makanan yang haram ataupun diperolehi secara haram.

6. Onani atau melancap.

7. Selalu mengadu domba serta mengumpat.

8. Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau berdukacita.

9. Suka melihat benda-benda yang haram.

10. Suka memikirkan perkara yang bukan-bukan.

11. Terlalu memikirkan pasal wanita dan begitu juga sebaliknya.

12. Tidak membaca Al-Quran dalam seharian.

Begitulah antara faktor yang menyebabkan kita boleh jadi pelupa. Kalau anda nak tambah faktor lain, silakan. Mudah-mudahan ia dapat  mengelakkan kita mudah lupa. :D


PetuaSejagat

0 comments:

Post a Comment