-->

10 Tanda-tanda Wanita Hamil

Posted by Admin Saturday, July 28, 2012 0 comments

Sekiranya korang sangat memahami tubuh korang, korang mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan korang. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim.

Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Korang mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari korang.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit di sekitar puting korang menjadi kehitaman, kemungkinan korang sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing korang, korang akan merasa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan korang berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi diawal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya korang mengandung, buah dada korang akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada korang sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, korang mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Korang juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa korang sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya korang bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya korang memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas korang setiap pagi, korang akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid korang teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk korang menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya korang sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar korang sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah!

Misteriousgrapersz  

0 comments:

Post a Comment