-->

WTF : [Video] Lelaki Tolak Nenek Tua Keluar Bas Kerana Lambat Tekan Loceng Di Singapura

Posted by Muhamad Syafiq Saturday, July 28, 2012 0 comments
Lelaki Tolak Nenek Tua Keluar Bas Kerana Lambat Tekan Loceng Di Singapura.

Adakah ini satu perkara yang anda sebagai anak muda patut buat pada seorang nenek tua? Seorang lelaki yang bernama Alex Ong yang begitu marah dengan tindakan seorang nenek yang berusia 76 tahun kerana lambat menekan loceng. Selepas memarahi nenek tersebut, Alex tak tahan dengan jawapan dari nenek tersebut dan kemudian menolaknya keluar bas di sekitar Upper Thomson Road. Alex kemudian langsung tak mendengar teguran orang lain di dalam bas dan terus melepaskan geram di dalam bas tersebut. Dia kemudian muat naik satu Note ke Facebook untuk menerangkan perkara tersebut tetapi orang ramai tetap rasa dia yang salah. Apa komen korang selepas tengok video dan baca Notes tersebut?

p/s: admin rasa apa-apa pun tetap Alex yang bersalah. Bukannya nenek tu boleh tetap loceng dengan cepat kerana mungkin kadang-kadang dia mungkin terlepas atas faktor umur.

Video selepas gambar di bawah :







0 comments:

Post a Comment