-->

WTF : Gadis Didera Sebulan Sehingga Parah Oleh Teman Lelaki Cemburu Di China (6 Gambar NSFW)

Posted by Unknown Tuesday, July 31, 2012 0 comments
Gadis Didera Sebulan Sehingga Parah Oleh Teman Lelaki Cemburu Di China.

Begini ceritanya...

Menurut tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang. Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya. Selain daripada kerja di situ, Xiao Ping juga dikatakan bekerja di sebuah kelab malam. Jadi segalanya bermula dari situ apabila teman lelakinya tahu yang dia juga bekerja di kelab malam. Teman lelaki ini terus mensyaki yang Xiao Ping curang dengan dia setiap kali ada orang menelefonnya. Disebabkan terlampau cemburu dan tak tahan dengan kehidupan Xiao Ping, dia mengurung Xiao Ping dalam rumah untuk menderanya menggunakan tali pinggang, kayu serta ashtray. Dia juga menggunakan pisau serta beberapa senjata tajam untuk mencederakannnya. Selepas itu, Xiao Ping akan dipaksa mandi dalam tub air panas. Kemudian, teman lelaki ini memaksa Xiao Ping memberi nombor akaun dan password. Teman lelaki ini berjaya mengeluarkan semua duit Xiao Ping tetapi selepas itu dia tetap menderanya. Akhirnya Xiao Ping berjaya melepaskan diri semasa lelaki tersebut keluar bermain kad dengan rakannya. Xiao Ping berjaya menghubungi rakannya di kawasan tersebut yang kemudian membawanya ke balai polis. Polis terkejut melihat kecederaan pada tubuh Xiao Ping. Polis berjaya menahan lelaki tersebut di flat tersebut. Kalau anda polis, mungkin anda juga terkejut selepas tengok gambar di bawah ini.

p/s: admin pernah ada kawan yang kena dera tetapi tetap tak nak tinggalkan dia. WTF kalau dah macam tu, bagus tinggalkan je. Ramai lagi lelaki yang lebih elok di dunia ini. C'mon dunia ini ada 7,000,000,000 homosapiens.







AkuStressGiler

0 comments:

Post a Comment